Hati mana yang tak luluh, jiwa mana yang tak pilu . Saat gembira yang sepatutnya dikongsi bersama akhirnya bertukar duka. Insan tersayang bergelar ibu pergi buat selama-lamanya sebelum sempat melihat anaknya menaiki pentas untuk menerima segulung ijazah.
Demikian yang berlaku kepada pemuda bernama Fahim ini. Kisah sedih anak muda ini dikongsikan oleh saudara Syirfan Indra.
Menurut perkongsian tersebut, Fahim atau nama sebenarnya Muhammad Fahim Shamsuddin, 23, tidak berkesempatan naik pentas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) kerana perlu menguruskan jenazah ibunya, Rahayu Abu, 50.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir jam 12.20 tengah malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat komplikasi darah tinggi dan kencing manis.
Segulung Ijazah, Sekujur Jasad Ibu…
Bagaimana mahu mengambil keputusan – antara hadir konvokesyen ijazah pertama atau hadir sebuah majlis pengkebumian.
Itulah yang di alami graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Muhammad Fahim Shamsudin yang sewajarnya bergraduat dalam sesi Konvokesyen UMT hari ini terpaksa memilih untuk berada di atas pentas menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) atau menyempurnakan majlis pengkebumian ibunya yang meninggal dunia 12.20 malam tadi akibat kompilasi darah tinggi dan kencing manis.
Lebih menyedihkan kerana arwah sudah berada di Terengganu dan sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut. Fahim sempat menyarungkan jubah konvo kepada ayahnya dan hanya sempat menunjukan kepada ibunya.
Antara pilihan hadir majlis konvokesyen yang mungkin sekali seumur hidupnya, Fahim lebih yakin memilih untuk menyempurnakan majlis pengkebumian ‘cinta hatinya’ yang juga sekali seumur hidup.
Ads
Pada tika melihat dia mengendong ayahnya yang uzur, fahamlah saya bahawa anak muda ini bukan calang-calang anak. Nampak segala tanggungjawab akan terbeban di bahunya. Berat namun dia mampu. Dengan keyakinan dia memilih ‘cinta hatinya’ melebihi segulung ijazah – dia akan berjaya dengan segala restu.
Walaupun UMT menawarkan untuk beliau boleh memilih untuk naik di pentas paling awal atau paling akhir bagi memudahkan urusan pengkebumian, Fahim menolak dengan ketegasan seorang anak lelaki yang baik. Menyempurnakan pengkebumian dan bersama seisi keluarga jauh lebih utama.
Ads
Saya melihat kisah ini sebagai cerminan kepada apa itu pendidikan yang berjaya. Ia harus memperkasa daya fikir dengan memberi refleksi pada sesuatu situasi dengan penuh hikmah, ehsan dan kearifan. Ia bukan kebijaksanaan semata-mata. Segulung ijazah hanyalah tanda kecil pada ilmu, selebihnya adalah gerak hidup dan kehidupan, fikir manusia dan kemanusiaan.
UMT wajar berbangga berjaya membentuk seorang Fahim. Kekar, tegas, berjiwa dan berfikir dengan asas nilai yang betul.
Kita perlukan lebih ramai Fahim.
Selamat berangkat Puan Rahayu Abu ke negeri abadi. Tenanglah Puan di sana. Puan telah tinggalkan seorang Fahim yang hebat. Fahim pasti akan hidup dengan kuat.
Terima kasih Fahim kerana mengajar sesuatu.
UMT Sohor!
Ads
Sementara itu, dalam perkongsian bersama Harian Metro, Muhammad Fahim memberitahu arwah ibunya teruja ke majlis konvokesyen walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Malah dia yang paling awal bersiap bertolak ke Kuala Terengganu dari rumah di Bera, Pahang.
Katanya, pada awalnya dia merancang bertolak ke Kuala Terengganu Sabtu disebabkan baru tiba di kampung kerana bekerja di Kuala Lumpur sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat perkapalan.
“Majlis konvokesyen Ahad namun ibu mahu bertolak Jumaat. Saya ikutkan saja permintaannya dan bercadang membawanya dan ayah (Shamsuddin Md Amin) ke tempat menarik di Kuala Terengganu.
“Namun ketika menginap di rumah bapa saudara di Kampung Tok Jembal, keadaan kesihatan ibu merosot apabila demam dan sesak nafas hingga dibawa ke hospital,” katanya.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan ke HSNZ ibunya tidak sedarkan diri. Ketika dirawat, doktor menyatakan ibu mengalami bengkak di otak dan bergantung kepada mesin pernafasan. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengah malam,” katanya.
Muhammad Fahim berkata, walaupun tidak sempat naik ke pentas menerima ijazah, dia tidak ralat sebaliknya menguruskan jenazah ibunya lebih penting.
“Selepas pulang daripada mengambil jubah konvokesyen, saya sempat menyarungnya kepada ayah serta menunjukkannya kepada arwah ibu dan saya melihat wajahnya gembira walaupun dia dalam keadaan lemah,” kata anak kedua daripada tiga beradik itu.
Semoga allahyarhamah Rahayu Abu ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Salam takziah buat Fahim dan keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Manisan pencuci mulut seperti kek dan biskut jika dibuat dengan menggunakan bahan daripada coklat, semestinya mempunyai rasa yang cukup digemari ramai. Bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah kita orang dewasa juga amat menggemari keenakan rasa coklat yang manis.
Tentunya juga untuk menyediakan biskut raya pada tahun ini, ramai antara kita akan menyediakan biskut berasaskan coklat dan kebanyakkan coklat tersebut ada yang perlu dicairkan terlebih dahulu.
Untuk dapatkan coklat cair yang nampak berkilat dan enak rasanya seperti chef atau pakar hasilkan, perlulah tahu cara dan teknik serta ‘do and don’t’ berkaitan coklat. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Yatie Faizal.
Ini yang dikongsikan olehnya.
Tips yang boleh dikongsi.. sharing dr blog. cara cairkan coklat kaedah double boiler. Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat.. terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan..
Tools / ingredient
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
1. Masukkan air kedalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api
2. Cincang coklat compound kecil- kecil supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark cokla.t
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat
6. kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO’S and DON’TS DO
1. Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering
2. Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
3. Cairkan coklat di atas wap air, bukan di dalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat
4. Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat
2. Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah
3. Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air
4. Menggunakan pewarna water based
5. Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat
Ekstra info :
Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Bagi yang baru bergelar ibu bapa, perjalanan ini adalah satu laluan kehidupan yang cukup indah. Walaupun mungkin agak mendebarkan, tetapi percayalah, ia cukup menyeronokkan.
Namun adakalanya, keterbatasan masa sering menjadi lebih-lebih lagi bagi ibu bekerjaya.
Bagaimana nak uruskan rumah tangga dan kini ditambah pula dengan kehadiran anak kecil. Pasti kelam kabut dibuatnya kan. Sejajar dengan kehidupan serba moden ini, panduan ini mungkin dapat membantu ibu bapa baru dalam menguruskan rumah tangga.
Susun jadual menu
Bab panduan penyusunan makan untuk memudahkan kerja-kerja ibu di rumah. Misalnya, ibu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya.
Nak lagi mudah, ibu-ibu boleh sediakan dalam bentuk pes dan apabila pulang ke rumah terus memasak. Masa pun jimat, keluarga juga boleh dijamu dengan air tangan ibu.
Bab resipi, ibu-ibu tak perlu pening kerana semuanya di hujung jari. Taip sahaja menu atau hidangan apa yang ingin dicuba, semuanya ada. Mudah kan! Pilih pencuci pakaian yang terbaik
Mesin basuh zaman sekarang semakin canggih. Ada banyak ciri-ciri di dalamnya yang kita tidak pernah terfikir. Selain itu, pilih produk pencuci yang tak perlu letak banyak sabun sebab nak hilangkan kotoran, tak meninggalkan bau hapak yang menyebabkan kena basuh pakaian berkali-kali..dah buang masa dan tenaga kan? Yang penting jimat masa, tenaga dan wang ringgit. Jadi, ibu tak perlu buang masa mencuci atau menyental pakaian lama-lam. Dapat jimat masa dan boleh fokus pada bayi anda atau urusan lain.
Seterika baju seminggu sekali
Selain penggunaan pencuci, ibu-ibu luangkan masa seterika baju pada hujung minggu untuk dipakai pada minggu hari bekerja. Kaedah ini dapat menjimatkan masa anda pada waktu pagi. Jadi, tidaklah ibu-ibu kelam kabut atau terkejar-kejar masa untuk seterika baju, menyediakan sarapan, menyiapkan barangan anak dan sebagaianya.
Jadi satu perkara sudah dapat dikurangkan pada awal pagi kerana tidak perlu menggunakan masa untuk seterika baju. Barangan anak juga boleh disiapkan pada malam hari. Jadi waktu pagi dapat dijimatkan. Kuranglah sedikit penat dan tension kan!
Latih anak tidur awal.
Apabila sudah bergelar ibu bapa, ini bermakna hilang sudah nikmat tidur dan perlu berjaga malam. Lebih-lebih lagi jika si kecil kerap bangun untuk menyusu pada waktu malam dan sebagainya. Jadi, latih si kecil dari awal supaya tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
Biarkan si kecil terus bermain walaupun kelihatan sangat letih dan mengantuk. Selain itu, biasakan anak-anak diletak di dalam bilik dengan suasa sunyi dan tenang. Ibu-ibu tak perlu ambil masa lama untuk tidurkan si kecil. Dapat juga berehat tatkala si kecil sudah lena. Pilihan lampin sesuai
Satu lagi bab paling penting – lampin apa yang paling sesuai? Namun sekarang banyak jenama lampin yang ditawarkan kepada ibu bapa. Pasti pening kan, mana satu yang harus dibeli? Sejajar dengan gaya hidup moden sekarang ini, ibu-ibu tak perlu nak risau lagi.
Pilih jenis yang mempunyai serapan lebih kuat dan tahan lama bagi membantu menjadikan punggung bayi lebih kering dan selesa serta. Dalam masa yang sama, ibu tak perlu lagi bangun tengah malam semata-mata mahu menukar lampin. Anak pun dapat tidur dengan nyenyak hingga ke pagi.
Dengan harganya berpatutan, lampin jenama Genki juga cukup sesuai untuk anak-anak yang lasak sepanjang hari. Malah, ia boleh dipakai dengan kemas agar mencegah kebocoran dan melecet. Malah, lampin seluar yang bergetah dan kemas memudahkan lagi pergerakan lasak anak-anak.
Walaupun harganya murah, namun kualitinya cukup terjaga. Sesuai dengan namanya, Genki bermaksud ceria, cergas, sihat dan aktif. Ia direka bagi memberi keselesaan berpanjangan kepada bayi untuk bergerak ke sana ke mari tanpa sebarang masalah.
Penggunaan teknologi dari Jepun dengan ciri inovatif lapisan selembut kusyen dan teras serapan ultra 3D memberikan lampin yang muat, selesa serta terbaik kepada si comel.
Ia turut didatangkan dengan teras serapan ultra 3D yang terdiri daripada pulpa halus yang cepat menyerap air kencing bayi dengan pantas agar kulitnya sentiasa kering dan selesa.
Menariknya, pampers jenama ini juga pernah merangkul anugerah ‘Excellence in Brand Awareness’ dalam Anugerah Kecemerlangan Pemasaran. Untuk maklumat lanjut, ibu-ibu boleh layari di Genki
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berseleranya melihat menu Sagu Gula Melaka yang dihasilkan penuh warna warni seperti ini.
Kalau boleh hendak dinikmati masa ini juga, apatah lagi pada musim panas sekarang ini.
Jadi tinggu apa lagi, jom buatnya sekarang dengan mengikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini.
Jom semak.
Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir-sebutir..puas hati.
Untuk panduan yang nak cuba membuatnya…takda resepi spesifik ni just agak-agak ya..
Resepi Sagu Gula Melaka ——————————————–
Sagu Rm1 direndam sekejap…dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air..agak-agak ya kang hancur abes plak sagunya hihi.
Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak-agak seinci dari paras sagu tu.
Kemudian masak atas api macam biasa.
Sentiasa kacau supaya sagu masak serata.
Bila sagu dah jadi jernih takdak biji-biji putih maknanya dah masak.
Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan-lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.
Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.
Untuk hidangan
1. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
2.Susu cair.
Untuk menghidang masukkan gula..kemudian sagu berselang seli..kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu…
Selamat Mencuba..semoga bermanfaat
Sumber: Zaini Talib Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di