Perkongsian daripada Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataan yang dimuat naik di facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mohon didoakan mendapat respon yang sangat baik daripada warganet.
Syukur dan tahniah diucapkan!
Ads
Ads
Babak Pertama, Episod Baharu
Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.
Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan saya agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya.
Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata:
لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: (( يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ )).
“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia,
1) Sebarkanlah salam
2) Berikan makan
3) Sambunglah silaturrahim
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur,
Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”
Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya.
Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal.
Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58 terhadap bekas isteri Amber Heard, 36, akhirnya keputusan pihak juri yang bersidang di Mahkamah Circuit di Fairfax Country telah memihak kepada pihak suami.
Mahkamah dalam keputusannya bagaimanapun mendapati pelakon “Pirates of the Caribbean” itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Dalam perbicaraan yang penuh dengan kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood, akhirnya bekas isteri Johnny diarah membayar ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM43.7 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif terhadap aktor tersebut berhubung kes saman fitnah yang difailkan Johnny.
Bukan itu sahaja, pihak juri juga membuat keputusan bahawa Amber dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).
Kronologi Kes Saman Johnny Depp & Amber
Mengikut kronologi kes, Johnny memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya untuk kolum berita Washington Post dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta.
Kemudiannya Amber membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya.
Dalam keterangan kepada mahkamah, Johnny menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadam Amber, tetapi sebaliknya mendakwa bekas isterinya itu yang sering bertindak ganas.
Melalui kenyataan yang dimuatnaik di akuan instagram miliknya selepas diumumkan kemenangan kes berpihak kepadanya, Johnny Depp meluahkan segala perasaanya berkenaan sepanjang menjalani perbiacaraan tersebut dan turut meluahkan rasa terharu kepada semua peminatnya yang turut memberi sokongan kepadanya dalam masa itu.
Manakala meninjau perkongsian berkenaan kronologi kes Johnny Depp melalui dari sisi pandangan pemilik akaun facebook Hamka (Kereta Mayat), ini catatannya.
Johnny jatuh cinta pada Amber waktu berlakon dalam The Rum Diaries pada 2011. Lepas tu mereka kahwin di di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.
15 bulan sebagai suami isteri, tiba tiba Amber memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua.
Malah, empat hari lepas itu, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Johnny atas dakwaan keganasan rumahtangga.
Kesan saman dari isteri, Johnny tak dapat beberapa Job, dan Job yang sedang berjalan, ada yang kena cancel serta merta.
Nitezen pun kecam Johnny sebagai kaki pukul bini, dan macam macam lah.
Lepas tiga tahun kena kecam dengan nitezen, dan banyak job kena cancel, maka Johnny telah memfailkan saman malu dan fitnah terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019.
Amber kemudiannya menunjukan gambar dirinya cedera dipukul tetapi pihak Polis LAPD) tidak menemui sebarang bukti.
Sebaliknya Johnny ada bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Dan plot twist berlaku, Amber pula kaki pukul.
Kata Johnny, Amber sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sampai cedera jari tengah Johnny nampak tulang… Malah, Amber juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya.
Lepas tu Johhny ada bukti video panas isterinya curang bersama dua selebriti yang terkenal iatu Elon Musk dan juga pelakon James Fraco.
Masuk mahkamah, ada audio tape perbualan Johnny dengan Amber yang kedengaran jelas Amber mengakui bahawa dirinya ada memukul Johnny di muka
Maka kantoi sudah, ringkas cerita, akhirnya Johnny Depp menang saman ke atas bekas isterinya, Amber Heard dan menerima ganti rugi mencecah lebih RM60 juta (USD 15 juta).
Amber pula dalam kenyataan menyatakan dia patah hati dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut.
Abang mayat ada baca komen nitezen, Ada orang pertikaikan, tak logic perempuan boleh dera suami, lelaki kan kuat? Lagipun perempuan selalunya betul..
Adohai.. dunia ni macam macam cerita ada, ada cerita lelaki lembik, perempuan ambik kesempatan, ada cerita lelaki kuat tapi takut bini hingga biar jer kena pukul, ada cerita laki terlalu cintakan bini, hingga tak kesah kena pukul, aku rela menjadi mangsamu demi cinta setia katannya.. macam macam! ada cerita lelaki yang kuat, tapi prinsip hidup tak pukul perempuan, isteri tumbuk muka, dia buat tak tahu jer..
Maka Johhny deep ni, dia kena dera dengan isteri, tapi dia tak saman pun, hinggalah bini dia yang mulakan dulu saman dia, tiga tahun baru dia saman, cinta Jonhhy pada isterinya kuat kot waktu tu..
Tapi sikitlah abang mayat nak komen, Tengok Johnny deep pakai subang, tertanya juga, apa alasan pakai subang? Kot dia ada ikut ajaran agama pakai subang? Ada siapa yang tahu?
Tapi abang ada tengok Movie Jackie Chan berjudul Who Am I, ada babak last Jackie Chan lawan orang jahat yang sangat handal berkungfu, semua skill Jackie Chan dipatahkan mudah oleh orang jahat tadi, tapi kantoi bila orang jahat pakai subang, terus Jackie Tarik subang dan orang jahat kalah serta merta siap menangis merayu jangan Tarik subang sebelah satu lagi, -woha!
So kepada orang lelaki janganlah pakai subang, sebab jika bergaduh dengan bini, sekali bini Tarik subang macam Jackie Chan buat, terus menunduk kalah walau korang terer kung fu, adohai.
Lagipun haram hukumnya lelaki pakai subang dalam Islam…
Moral Of the story, perempuan tak semuanya betul. Jangan pakai subang dan Peguam Johnny adalah perempuan, Now you know.
Orang tua-tua kita dulu boleh dikatakan setiap waktu ada sahaja nasihat dan pesanan, diulang-ulang percakapannya. Tidak pernah jemu menasihati anak-anaknya agar terdidik akhlak dan adab.
Hatta di meja makan sekali pun pasti ada pesanannya.
Berkongsi pengalaman ini, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut ada pandangannya. Jom baca untuk jadikan panduan dan Inspirasi mendidik anak-anak kita pula.
Ini perkongsiannya.
Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:
“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”
“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”
“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”
“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”
“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”
Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.
Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.
Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.
Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit.
Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya.
Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.
Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.
Beberapa hari yang lalu tular kejadian yang menyayat hati apabila bayi yang baru berusia enam bulan disahkan meninggal setelah mengalami sesak nafas akibat menempuh perjalanan sejauh 500KM dengan menaiki motosikal.
Difahamkan bapa bayi membawanya Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak, lapor laman berita Coconut News hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SESAK NAFAS
Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu bapa mereka dan ianya tular di Twitter (sebelum dipadamkan) dengan memberikan luahan rasa bersalah atas kesilapannya itu.
Menurut ayah kepada bayi tersebut, dia bersama isterinya bawa bayi tersebut menaiki motor dari Tegal ke Surabaya pada 30 Julai lepas untuk menonton pasukan bola sepak kegemaran mereka beraksi.
Menurutnya, mereka bertolak dari Tegal pukul 5:38 petang (waktu tempatan) pada Sabtu lalu dan tiba di Surabaya jam 7.15 pagi keesokan harinya.
Jarak antara dua wilayah itu adalah sekitar 500 kilometer (km).
Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, bayi itu mula batuk dan sukar bernafas. Ibu bapanya membawa anak mereka ke hospital, namun dia meninggal dunia walaupun doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.
Sesampainya mereka ke destinasi, bapa menjelaskan bahawa bayinya batuk-batuk dan susah bernafas. Mereka bergegas ke hospital dan disahkan meninggal dunia setelah doktor berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan bayi perempuannya.
“Ini semua kebodohan yang disaluti dengan ego dan kesombongan saya. Yang bertekad mangajak anak saya berusia 6 bulan untuk berjalan dari Tegal ke Surabaya untuk perlawanan bola sepak. Memang saya yang bodoh.”
Menerusi coconuts.co, dalam tweet tersebut, si bapa ada lampirkan bayi yang sudah di kafankan. Katanya, dia mahu jadikan pengalaman pahit dalam hidupnya ini sebagai satu pengajaran buat ibu bapa
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.