Pernah dengar nama kuih ini. Bagi yang tinggal di Pantai Timur mungkin familiar. Katanya kuih ini sukar dapat dan hanya diperoleh apabila tiba bulan ramadan.
Bagi yang menggemari kuih ini, bolehlah cuba nanti. Admin tengok pun rasa teringin juga nak cuba.
Kuih favourite orang pantai timur…bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa …sekaya telur…
– Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).
Ads
– Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.
– Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
Ads
– Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)
– Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk…
*Salah satu cara lagi…panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..
– tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja…tapis dan kukus…
Kredit Resepi : imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu kita semua perasan bukan? Setiap kali kupas buah epal dan jika tidak dimakan terus ia akan berubah warna keperang-perangan atau dalam erti kata lain nampak lebam dan warnanya itu nampak tidak menyelerakan untuk dimakan.
Jadi sebenarnya ada petua untuk pastikan buah epal berada dalam keadaan baik walaupun sudah dikupas dengan cara gunakan petua orang dulu-dulu. Mudah dan senang sangat rupanya untuk dibuat.
4 Petua Elak Epal Lebam Lepas Dipotong, Segar Walaupun Terdedah
Petuanya elak epal lebam yang pertama ini sangat senang. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu.
Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan.
Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit.
Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
Petua elak epal lebam yang ketiga ini pun sangat mudah.
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah!
Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
*Sumber asal adalah daripada Puan Malina melalui blog Teratak Mutiara Kasih
Nak masak mi kuning ni kadang-kadang dilema tau. Salah masak, masih lagi rasa kapur pada mi tu boleh terbantut rasa nak makan! Tapi.. Kalau terlajak masak nanti mi kembang pula. Hmm rasa serba salah nak masaknya!
Jangan pening mak-mak semua, sekarang ni kita dah ada cara penyelesaiannya! Ikut je cara hilangkan kapur step by step ni, insyaAllah mi kita masak bebas rasa kapur. Tak percaya? cer cuba!
Step by step hilangkan kapur pada mi kuning
1. Leraikan mi kuning dalam bekas.
2. Masukkan air. Tak kisah air paip ke air tapis ke asalkan room temperature.
3. Masukkan sedikit gula putih atau gula perang. Kacau sekejap biar rata.
4. Biarkan direndam dalam 15-30 minit.
5. Basuh dan tos airnya. Dah hilang rasa kapurnya! Sedia untuk dimasak!
Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.
Jangkitan ini menyebabkan kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkeruping, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabkan tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbangkan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.
Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringkannya juga boleh meningkatkan risiko mengalami jangkitan kulat.
Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:
Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.
Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.
Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalaminya.
Mitos: Kerap mandi mencegah penyakit kaki makan air.
Hakikat: Anggapan ini sama sekali tidak benar. Walaupun kulat sukakan kawasan yang lembap, tetapi menjaga kebersihan diri adalah penting dalam mencegah kebanyakan jangkitan penyakit. Bagaimanapun mandi saja tidak akan membersihkan fungus atau kulat pada kaki tidak kira berapa cermat pun anda menjirus kaki. Apa yang penting, lap celah jari kaki hingga kering setiap kali selepas mandi atau mencuci kaki.
Mitos: Individu yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah cenderung untuk mempunyai masalah ini.
Hakikat: Sebenarnya penyakit ini tiada kaitan dengan kebersihan. Walaupun anda mencuci kaki dengan sabun beberapa kali sehari, anda masih boleh mendapat jangkitan – apatah lagi jika kaki dan celah jari tidak dikeringkan sebaiknya.
Mitos: Anda hanya akan menghidapi penyakit ini jika berjalan di kawasan yang ada kulat.
Hakikat: Berjalan berkaki ayam bukan satu-satunya cara anda mendapat jangkitan kulat ini. Orang yang berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan individu yang dijangkiti juga berisiko mengalami masalah sama.
Mitos: Penyakit ini hanya menjangkiti bahagian kaki.
Hakikat: Penyakit kaki makan air tidak hanya berlaku pada anggota kaki sebaliknya boleh merebak ke bahagian badan lain termasuklah celah paha dan bawah lengan. Ia juga boleh merebak ke badan lain melalui sentuhan dengan pakaian yang dicemari kulat.
Mitos: Jika tiada rekahan atau keruping di celah jari, ia bukan penyakit kaki makan air.
Hakikat: Gejala yang dialami setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami masalah kulit merekah dan berkeruping pada jari. Orang lain pula alami gejala kemerahan atau kekeringan yang teruk. Jika anda tidak pasti, pergilah berjumpa doktor.
Mitos: Anda tidak akan dapat jangkitan jika kaki ditutupi stoking dan kasut sepanjang hari.
Hakikat: Kulat yang menyebabkan penyakit ini sukakan keadaan yang gelap dan lembap. Stoking dan kasut lembap adalah habitat yang tepat untuk pembiakan kulat. Kaki anda akan terlindung jika ia kering. Sesekali beri kaki anda bernafas dengan memakai sandal apabila berada di pejabat.
Mitos: Jangkitan ini akan sembuh sendiri.
Hakikat: Tanpa rawatan, masalah kaki makan air akan berlanjutan dan semakin teruk seterusnya merebak ke kawasan lain. Kaki akan terasa lebih gatal dan ia boleh membuatkan anda semakin tidak selesa. Jadi, jangan biarkan keadaan ini berterusan. Sapu krim antikulat mengikut yang disarankan doktor.
Mitos: Anda tidak akan dijangkiti lagi selepas jangkitan pertama.
Hakikat: Semua orang mengharapkan perkara ini benar. Bagaimanapun, jika tidak menjaga kebersihan dan mengeringkan kaki dengan baik, ia boleh berulang pada bila-bila masa
Kredit : Dr Zubaidi via Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di