Tampil cantik berbusana anggun beberapa hari lalu sehingga ramai menyangkakan ibu kepada Jebat Jayden ini sudah pun kembali berumah tangga.
Namun usahawan dan pempengaruh Noor Nabila menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti baharu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Engku Emran pada 19 Mac 2021 lalu.
Tambah Nabila lagi, dia kini bahagia dengan kehidupan solo dan ingin memberi fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jadyen Ahmad yang bakal memasuki alam persekolahan.
“Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang.
“Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi,” katanya.
Akuinya lagi, dia kini mahu fokus untuk membesarkan Jebat, lebih-lebih lagi anak kesayangannya itu kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
“Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi,” katanya.
Nabila menjawab soal jodoh selepas foto dirinya mengenakan busana ala pernikahan di akaun media sosial miliknya telah menimbulkan dakwaan yang konon sudah kembali mendirikan rumah tangga.
Jelas Nabila, foto yang dimuat naik itu adalah sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.
Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa memberitahu dia akan berkongsi sekiranya mempunyai berita gembira.
“Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey,” katanya lagi.
Cabaran hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi. Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan, tanggungjawab ini sangat besar.
Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.
Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.
Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa
1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu
2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu
3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu
4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu
5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu
6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu
7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu
8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu
9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu.
10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menjalani kehidupan ini kalau boleh kita mahu semuanya lancar dan mudah dilalui. Sentiasa rasa bahagia di samping keluarga, dimurahkan rezeki dan sentiasa tenang tanpa tekanan.
Namun hakikatnya, kehidupan itu adalah suatu ujian. Pasti ada pasang surutnya, ada waktu tenang ada masanya bergelora.
Begitu juga bila menyentuh tentang rezeki, pasti antara kita pernah berdepan saat kesukaran hidup.Apatah lagi bila mengenangkan ketika mula belajar hidup berumah tangga.
Setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza dan yakinlah setiap ujian yang diberi Allah, hadapi dengan reda dan terus bergantung harap denganNya. Pasti ada habuan yang indah dipenghujungnya, seperti munculnya sang pelangi yang indah selepas bumi ditimpa hujan.
Namun amalan bagaimana harus kita lakukan untuk menjemput rezeki?
Hal ini dikongsikan di fb Pakar Diari Hati berkenaan Tips Murah Rezeki..Perkongsian daripada pengalaman seorang sahabat.
Jom semak.
Tragedi Bukit Changkat Asa meruntun hati ramai apabila remaja berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki bersama keluarganya di Tanjung Malim.