Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Ads
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seronoknya apabila memilik dapur yang kemas dan cantik. Lagi suka jika mempunyai kabinet dapur. Macam-macam barang boleh letak dengan mudah. Dapur pun kelihatan lebih bersih.
Namun untuk upah orang membuatkan kabinet dapur memerlukan modal yang banyak.
Bagaimana pun ada kemahiran bertukang boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh saudara, Mohd Zakri ini untuk isteri tersayang.
Bagi yang newbie boleh tengok langkah demi langkah cara buat kabinet dapur. Lelaki ini siap sediakan lukisan plan bagaimana membuat kabinet. Lengkap dan detail!
Projek Mega PKP. Memasang Pintu Kabinet Dapur.
Cerita dia macam ni. Anak aku yang hero baru setahun lebih tu asyik dok punggah barang-barang kat dapur. Bini aku dok mengeluh tak larat nak kemas balik. Dia minta aku cari tukang mai buat.
Aku servey harga nak buat dengan bagi ukuran. Anggaran kos lebih kurang RM1500 dan kalau nak tambah drawer kena topup lagi RM200. Total dekat RM1700 juga la nak kena stanby. Duit tu cukup dah tapi masalah dia kawasan Daerah aku PKPD. Tukang tak boleh nak mai.
So aku study cara-cara nak buat kat dalam blog dan youtube. Nampak senang ja. So aku offer kat bini aku nak buat sendiri.
Alhamdulillah siap juga akhirnya. Aku buat makan masa dekat sebulan juga sebab dengan komitmen kerja sekali tak boleh nak tumpu. Tapi bagi yang pakar aku ingat dalam 3 atau 4 hari boleh siap dah.
Dekat bawah ni aku kongsikan barang-barang nak kena beli. Jangan pm aku nak suruh buat pulak. Aku hanya buat kat rumah sendiri ja na. hehehehe
Langkah demi langkah
Gambar sebelum. Bini aku letak tirai jenis plastik.
Keadaan bila buka tirai tersebut. Kes ni la anak aku dok kerap mai dapur nak punggah barang.
Sebelum nak bina apa-apa kita buat pelan dulu. pelan ni bukan apa supaya kita senang nak kira barang yang nak beli nanti.
Kos jimat RM1000
Ni senarai barang termasuk harga masa aku beli. Mungkin kat tempat hampa boleh dapat harga lagi murah dari ini. Sebelum ni aku ada buat servey untuk nak pasang pintu kabinet ni. Anggaran tukang tu bagi RM1500. Tu baru pintu. Kalau nak buat drawer kena tambah dalam RM200. So total akan jadi RM1700. Ni kalau buat sendiri lebih kurang jimat dekat RM1000 juga la.
Ni contoh barang yang diperlukan untuk nak pasang pintu kabinet ni. Cuma takdak gambar Soft Close Hinge ja pasang dah pasang semua dah tak sempat nak masuk gambar kat sini.
Ni barang aku beli bawa balik sendiri. Sebab dalam daerah aku PKPD. Kebetulan aku kerja di daerah lain. So, beli minta kedai tolong potong bagi jadi saiz yang boleh masuk dalam kereta.
Barang-barang ni kena lapik bagi elok. Takut calar kat cermin dan dashboard.
Antara tool aku aku gunakan. Ada lagi yang tak masuk ni seperti Measuriang Tape dan Apit G. Lepa malu nak ambik gambar so aku ambik yang ni ja la.
Benda ni sangat membantu. Hampa nak potong sudut 90 darjah dan 45 darjah mudah. Dan potongan lebih tepat.
Ni meja mini bengkel aku. Dok belakang rumah. Kecik ja. Beda aku sorang nak bertukang.
First sekali kita kena buat kerangka kabinet dulu.
Proses menyiapkan kerangka kabinet
Alhamdulillah. Siap dah kerangka. Boleh start buat pintu pulak.
First time buat pintu ni memang kekok wei. Dua tiga kali gak potong nak bagi dapat ukuran tepat.
Tinggal 1 pintu lagi. Bahagian lain nak buat drawer.
Ok. Proses nak buat drawer.
Siap dah drawer kita cuma nak buat laci ja letak kat situ.
Siap dah 2 laci. lagi 2 lagi. laci aku palai kayu pallet. Bahagian bawah laci aku pakai Aluminium Composite Panel.
Alhamdulillah. Siap dah semua.
Keadaan bila dah tutup semua pintu dan laci. Belum koyak plastik lagi.
Tadaa. Bila koyak plastik akan jadi macam ni. Asal nak boh kaler putih. Tapi kedai tu ada stok kaler ni ja. Ok la masuk dengan table top hitam.
Ok la tu baru pertama kali buat.
Pandangan depan dapur.
Pandangan depan sinki.
Saja nak promote baju tu. Sambil-sambil tu ampa boleh masuk dalam Youtube search AYAH IZZ CHANNEL. Banyak juga video-video DIY yang member aku tu buat.
Bagi yang ingin mencuba DIY buat ikuti panduan yang dinyatakan ini. Selamat mencuba!
Ketika mendidik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan sopan tingkah lakunya bukanlah kerja mudah.
Tambah pula semasa membesar, mereka mudah untuk mengikut contoh dari orang sekeliling tidak kira yang positif atau negatif.
Oleh itu, perlakuan yang baik mestilah dididik oleh ibu ayah sejak awal lagi. Jika ada perbuatan atau percakapan yang tidak betul segera ditegur supaya anak faham cara mana yang sewajarnya mereka boleh dan tidak boleh lakukan.
Contohnya bila berlaku keadaan anak meninggikan suara pada ibunya. Sebagai seorang suami dan ayah, bila lihat keadaan tersebut terjadi, perlu bertindak dan tentang hal ini saudara Mohd Fhais ada berkongsi pandangannya.
Katanya bila ada anak tinggi suara pada ibunya, tolong tegur please….
Baru ni bawa anak ke DIY, ternampak seorang anak ni meninggi suara pada ibunya. Naik stress nampak wajah ibunya.
Si ayah pula datang, “adik nak beli apa?”, si ayah cakap dalam gaya manja…
Allahu.. tak boleh begitu. Anak tinggi suara perlu di tegur dulu.
Tinggi suara pada ibu ni dosa besar!
Bila kita selaku ketua keluarga tak ambil serius hal ini, maka hilanglah rasa hormat anak pada ibu.
– hal adab
– hal hormat
– hal akhlak
Ini 3 hal yang jadi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga didik pada anak.
Tak ada orang lain dah, tugas kita tu!
Tolong cakna tentang ini. Tegur bila ada anak tinggi suara, kasar atau memukul ibunya.
Anak yang hormat ibu tandanya si ayah berjaya didik adab, sifat hormat dan akhlak pada anak-anaknya.
Hubungan kekeluargaan pastinya tidak lepas daripada ditimpa masalah. Marah adalah satu penyakit emosi yang sememangnya sukar dikawal. Apabila dimarahi atau memarahi ahli keluarga, banyak perkara yang perlu anda fikirkan.
Jangan hanya sewenang-wenangnya melemparkan kemarahan anda tanpa usul periksa. Ini semua akan hanya mengundangkan masalah kecil hati dan punya impak yang besar dalam hubungan.
Tambah lagi ketika ini kita sedang berada di bulan puasa nan mulia. Ada baiknya kita mengawal kemarahan yang meluap-luap. Semua ini adalah bisikan syaitan yang tidak sihat untuk minda kita.
Tip tenangkan diri ini patut anda contohi bila setiap kali anda marah.
Tip Kawal Kemarahan
*Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.
* Duduk dalam keadaan badan tegak, letakkan kedua tangan di atas paha dan genggam tangan kemas. Buka dan genggam tangan anda dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Ini akan membantu tubuh menjadi lebih relak dan kemarahan juga makin reda.
*Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan.
*Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.
*Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.
*Membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda anda lebih terbuka dan relaks. Secara tidak langsung kemarahan juga makin reda.
* Jika perlu, beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah anda. Keluar dari rumah atau bercucuk tanam di luar rumah pastinya buat mood anda semakin baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.