Selepas Habis Period, Orang Perempuan Jangan Tinggalkan Amalan Ni!

Share

Bagi wanita yang bergelar isteri,  ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan sumber makanan yang mampu memberi tenaga dan memelihara kesihatan luaran dan dalaman.

Justeru, petua orang dulu-dulu ada menyarankan untuk mengamalkan minuman herba.

Ini sebagaimana perkongsian  puan Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya untuk memastikan kesihatannya terpelihara.

Petua ini berupa minuman kesihatan yang perlu diamalkan oleh kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.

Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!

Halia ( anggaran 2inci )

Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )

Serai ( dua batang )

Daun Pandan (2 helai )

Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )

Air (3 cawan)

TAMBAH JIKA PERLU

Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.

Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)

CARA MEMBUAT:

1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.

2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)

Antara Kelebihannya:

1.Membersihkan rahim selepas datang bulan.

2.Mengeluarkan angin dalam badan.

3.Anti kanser

4.Memecahkan lemak-lemak.

5.Mengurangkan masalah bau badan

6.Mengatasi masalah kemaluan berbau.

TIP EKSTRA:

1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.

(Penggunaan Buah Manjakani,Daun Sireh,Kunyit Hidup yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid atau monopouse).

2.Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.

3.Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur

4.Bagi ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.

5.Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.

 

 

IKLAN