Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan gambar pertemuan semula antara Dato’ Awie dan anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha selepas 8 tahun terpisah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Awie ketika malam gala filem, Sue-On baru-baru ini, Aidiladha kali ini sangat bermakna untuk Dato’ Awie.
Menurut laporan portal Berita Harian, Dato’ Awie berkumpul bersama anak-anaknya ini di sebuah hotel. Perjumpaan ini turut disertai oleh anak-anak Dato’ Awie yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan juga isteri Dato’ Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Bekas isteri Dato’ Awie, Rozana Misbun juga turut sama bersama keluarga besar ini. Antara ungkapan yang ditulis oleh Dato’ Awie berbunyi ‘Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah’.
Dato’ Awie turut mengatakan anak-anaknya ini hartanya dunia akhirat dan berharap agar perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Sudah besar Rezzki dan Qasseh, cantik dan handsome sama seperti kakak-kakak dan abang mereka.
Ads
Pastinya rasa gembira yang Dato’ Awie rasanya kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Impian untuk bersatu kembali bersama anak-anak dimakbulkan oleh Allah. Melihat kesemua anak-anak di hadapan mata, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya Dato’ Awie atas nikmat ini.
Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah.Awie dan Rozana bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.
Awie juga memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.
Inilah yang dikatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bergelar suri rumah bukan alasan untuk tidak berjaya dan mempunyai impian.
Bagi wanita ini, kira-kira tujuh tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk tidak bekerjaya, mula merancang hala tuju kehidupannya. Dengan melakukan perniagaan secara atas talian, beliau kini mampu membeli rumah hasil daripada simpanannya sejak bergelar suri rumah.
Kisah inspirasi buat suami. Jangan anggap wanita yang hanya duduk di rumah tidak tahu mencari pendapatan sampingan. Moga jadi panduan buat kita semua.
MULA MERANCANG SETELAH BERGELAR SURI RUMAH
Bila Allah detik pada hati kak tiqa. “ini lah masanya”. Ya.. Kak tiqa pasti dan yakin. Allah dah bagi “green light” untuk kak tiqa. Kak tiqa mula mengira poket. Ya…sudah CUKUP! Kak tiqa pergi sendiri melihat rumah yang masih dalam pembinaan. Lokasi bagus! Harga bagus! Developer bukan calang-calang! Terletaknya di KUALA LUMPUR! Ok baik.. Langkah diatur.
Bermulalah perjalanan seorang suri rumah membeli rumah. Ya..suri rumah! 7 tahun lalu sejak hari pertama kak tiqa membuat keputusan untuk tidak bekerja. Kak tiqa sudah mula merancang.
Kak tiqa nak beli satu rumah kecil di Kuala Lumpur. Senang kalau balik kampung di Selangor anak-anak lebih selesa jika ada weekend’s home. Jadi macam mana nak kumpul modal?
PENGURUSAN WANG KENA ADA
Pengurusan wang harus dibuat sebaiknya. Ada duit simpan! Ada duit simpan! Ada duit simpan! Macam mana nak ada duit? Kita buat bisnes online. Duit untung jangan belanja tapi simpan.
Buat ASBF then dapat dividen jangan usik!
Biar compaund agar hasilnya lebih besar. ASBF sudah masuk tahun ke 8 dan ianya mengajar kak tiqa untuk menabung secara paksa. Dah jadi habit! Tahan juga diri beli sesuatu yang bukan keperluan. (yang ni mencabar ).
Modal membeli rumah ini dan kos renovasi serta dekorasi adalah sepenuhnya hasil bisnes online, pelaburan ASBF dan simpanan. Kalau suami bagi duit.. Simpan! Sebab dah jadi duit kita.. Haha!
CABARAN BISNES ATAS TALIAN
Bisness online ni cabarannya bila pegang phone orang kata kita main henpon. Padahal kita nak iklan atau nak layan whatsap customer. Lagi stress bila kita tengah deal nak close sale dengan customer, time tu lah anak tarik kaki baju seluar kita sambil nangis. Dan time tu jugak suami kita kata kita main henpon dari tadi! Ha.. Kau ghase?
Apa pun.. Terima kasih korang yang sudi membeli apa yang kak tiqa jual.. Macam-macam kak tiqa jual Dexandra, periuk belanga, cadar, handbag dan banyak lagi semua korang tapau! Tanpa sedar anda dah bantu seorang surirumah mencapai sebuah impian
FASA AWAL BERGELAR SURI RUMAH
Pada awal menjadi suri rumah. Kak tiqa pernah melalui fasa di mana rasa macam looser. Ada degree tapi tak bekerja jauh sekali berduit. Hanya lihat kawan-kawan yang bekerja wahh makan tengahari bersama rakan sekerja di restoran mewah. Ade me time! Pergi shopping balik kerja.Mesti seronok!
Sedang Kak tiqa pula berhempas pulas di rumah menjaga anak. Tapi itu dulu. Sekarang bila anak dah besar sikit kak tiqa dah tak heran pasal semua tu. Malah lebih bersyukur kerana banyak sebenarnya hikmah untuk diri dan keluarga bila kak tiqa tak bekerja di luar.
Tapi ini jalan kak tiqa ye. Lain orang lain hidup dan cabarannya. Percaya pada aturan Allah s.w.t.
RUMAH IDAMAN
Ok berbalik pada perjalanan beli rumah tadi. Ianya tak lah mudah. Ada liku-likunya. Tapi biarlah kak tiqa simpan yang pahit tu jauh di hati. Selepas setahun menanti.. Akhirnya dapat kunci. Kak tiqa kata dengan suami.
“saya nak deko nampak macam hotel supaya anak-anak rasa macam pergi bercuti dan bukan balik kampung” Haha.. Besar betul angan kak tiqa! Kak tiqa pergilah jumpa ID beberapa ID company tapi iya lah.. Harganya boleh tahan. Fikir punya fikir.
Wang harus dialir dengan tepat supaya tak bocor dan lebih jimat. Tambahan pula pandemik covid19 menjadikan tahun ini tahun yang mencabar! Jadi kak tiqa decided untuk upah kontraktor buat renovasi ikut citarasa kak tiqa dan selebihnya kak tiqa deco sendiri.
Tak ada 2D 3D drawing. Semua aku bayangkan aje dalam kepala. PKPB agak sukar untuk kak tiqa pergi survey barang secara offline. Anak tak ada orang jaga kalau keluar. Suami pula kerja. Jadi banyak juga barang dibeli secara online. So akhirnya.
Inilah hasil renovation dan deco yang kak tiqa buat. Apartment 805sqf Stress juga sebab kita sorang2 kena deal dengan kontraktor/aircond/wiring/curtain.. Kalau bayar ID semua dia buat tak payah pening.
SURI RUMAH JANGAN TUNGGU LAGI!
Buat suri rumah di luar sana.. Jangan hanya tunggu! Jika anda mahukan sesuatu.. Kejarlah impian anda. Menjadi suri rumah bukanlah alasan untuk tidak boleh mencapai sesuatu matlamat. Go for it!! Ok lah mari kita menabung lagi untuk next mission! Dah banyak minggu sepi beriklan sebab busy uruskan rumah baru. Busy jugak pindah balik Johor sebab suami dah transfer kerja semula ke Johor. Semoga apa yang kak tiqa cerita ini menjadi inspirasi kepada suri rumah di luar sana. Tujuan kak tiqa tulis tak lain hanyalah ingin berkongsi pengalaman. Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan ianya hanya cerita biasa. Tapi bagi sesetengah orang ianyalah boleh menjadi satu motivasi untuk apa saja tujuan dan matlamat untuk dicapai! Jika kita mahukan sesuatu..Kejarlah ia.. berusahalah! Akhir sekali, terima kasih korang yang sudi baca sampai habis! Panjang gile kot karangan sis.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. InsyaAllah. Hidup bukan hanya untuk kita melihat pada kejayaan seseorang. Tapi bagaimana seseorang itu boleh memberi inspirasi kepada orang lain.
Melancong bersama keluarga pastinya menjadi pengalaman yang istimewa. Apatah lagi jika berpeluang menjejakkan kaki ke luar negara, dapat kiranya kita anak beranak merasai sendiri keunikan dan keistimewaan sesebuah negara yang dikunjungi.
Menyentuh tentang negara yang memiliki keistimewaan tersendiri dan menarik untuk dijadikan destinasi percutian keluarga, pastinya negara Jepun tidak tertinggal di dalam senarai negara yang harus dilawati.
Malah menurut perkongsian daripada seorang lelaki Melayu yang juga sudah lama tinggal di sana, katanya ada satu tempat di Jepun ini memberi peluang pelancong merasai budaya Jepun dengan PERCUMA! Rugi jika tidak dilawati.
Wow, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan untuk info sepenuhnya, ini perkongsiannya.
TIPS MERASAI BUDAYA JEPUN PERCUMA
* pakai Kimono – PERCUMA
* pakai Yukata – PERCUMA
* belajar kaligraphi Jepun – PERCUMA
* belajar bungkusan Furoshiki – PERCUMA
* kraftangan kertas Jepun – PERCUMA
Tidak sah anda datang ke Jepun tidak memakai pakaian traditional Jepun iaitu:
– Kimono bagi perempuan
– Yukata bagi lelaki
Pihak pelancongan Jepun (JNTO) telah menyediakan segala perkhidmatan di atas secara percuma kepada pelancong. Apa yang korang harus buat adalah hanya pergi sahaja ke pejabat mereka.
Japan National Tourism Organisation (JNTO) terletak lebih kurang 800 meter dari stesen utama Tokyo dan 300 meter dari metro stesen Hibiya. Boleh cuba dengan google maps.
Alamat:
新東京ビル, 3 Chome-3-1 Marunouchi, 千代田区 Chiyoda-ku, Tōkyō-to 100-0005, Japan
Kimono dan Yukata diberi pakai secara percuma dan korang boleh bawak keluar berjalan-jalan seketika dengan pakaian tersebut tidak kurang dari 1 jam.
Jika di Asakusa, sewa bagi pakai kimono dan yukata paling minimum adalah 3000 ¥ bersamaan RM120. Di JNTO ini, mereka mempunyai 27 pasang kimono bagi setiap masa. Tetapi had limit setiap orang datang adalah 10 orang.
JNTO juga menyediakan tour secara percuma kepada pelancong yang ingin ke Emperial Palace iaitu istana kepada Maharaja Japan dimana maharaja masih lagi tidur di situ.
Tips ini hanya untuk pengembara dan pelancong untuk ke Jepun SAHAJA bukan kepada travel agent yang jual pakej untuk jimat.
Ibu dan ayah adalah tempat kanak-kanak untuk bermanja, namun ada juga yang tidak dapat merasai kemanisan bermanja ini apabila ibu atau ayah telah pergi untuk selamanya.
Ingat lagi dengan seorang kanak-kanakyang dipanggil Omok. Omak pernah tular suatu ketika dulu apabila videonya mengundang sebak netizen apabila dia senyap-senyap menangis apabila melihat gambar arwah ayahnya ditelefon.
Sekali lagi, kanak-kanak ini mencuri perhatian netizen apabila dia ke pusara ayahnya selepas waktu persekolahan bagi melepaskan kerinduan.
“Ayah.. Omok nak pergi sekolah ni”
Antara salah satu yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian seorang ibu dikenali Aishah Sanusi di aplikasi TikTok mengenai anak lelakinya di sebuah tanah perkuburan Islam.
Menurut Aishah, anaknya yang mesra disapa ‘Omok’ menatap gambar arwah ayahnya yang meninggal dunia pada penghujung tahun lalu dengan memberitahu dia mahu pergi ke sekolah.
Ceritanya lagi, anaknya meminta untuk dibawa berjumpa ayahnya selepas balik dari sekolah bagi melepaskan kerinduan yang bersarang dihati.
Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat…
Perkongsian itu mengundang rasa sebak di kalangan warganet sebaik sahaja kanak-kanak yang memakai uniform sekolah Tadika Kemas itu mengucap salam dan mencium batu nisan di pusara ayahnya.
Masing-masing menitipkan doa agar kanak-kanak ini membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Al-fatihah, salam takziah. Sesungguhnya kehilangan orang tersayang terutama ibu bapa adalah kesakitan yang tiada ubatnya.