Bagi mereka yang mempunyai penyakit serius, mungkin ada antaranya pernah melalui pelbagai pemeriksaan dan ujian kesihatan termasuklah imbasan MRI (magnetic resonance imaging) bagi memastikan keputusan yang lebih detail berkenaan penyakit yang ditanggung.

Berkongsi tentang pengalaman itu, seorang pegawai perubatan ini berkongsi pengalamannya sendiri melakukan MRI di media sosial.

Ujar Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli, bagi sesiapa yang pernah alami sekali dalam hidup, pasti pengalaman itu cukup menginsafkan diri. Malah turut mengakui berasa takut  untuk menjalani MRI di masa akan datang.

Ini perkongsiannya.

*Kisah terowong MRI dan Claustrophobic (Klaustrofobik)*

Sebagai pengawai perubatan, agak biasa memohon, menghantar dan melihat pesakit melakukan MRI tanpa atau dengan ubat tidur untuk mencari punca atau pengesahan penyakit.

“Semakin Bingit dan Menyakitkan…” Dr Ni Kongsi Pengalaman Jalani MRI Yang Cukup Menginsafkan!

Sekarang giliran aku sendiri merasa pengalaman MRI tanpa ubat tidur…

Sebelum masuk, aku diberi penerangan oleh juru Mr mengenai proses MRI.

Sebagaimana yang dah diketahui, Akan ada banyak bunyi tembakan semasa imbasan MRI.

Tidak boleh banyak bergerak dan tidak boleh menelan air liur terlalu kerap terutama ketika mesin sedang melakukan tembakan/imbasan.

Sebelum aku ditolak masuk ke dalam terowong MRI,

Satu penutup yang berlubang diletak menutupi muka. Mungkin bagi menghalang pergerakan kepala atau melindungi kepala daripada tercedera.

“Semakin Bingit dan Menyakitkan…” Dr Ni Kongsi Pengalaman Jalani MRI Yang Cukup Menginsafkan!
Photo by National Cancer Institute on Unsplash

Kemudian juru MRI meletakkan satu bola kecil di tangan kanan dan badan aku diselimutkan sehingga paras leher.

Kalau ada apa-apa masalah ketika di dalam terowong mri nanti, genggam sahaja bola tersebut sekuatnya. Pesannya.

Semua petugas dan juru MRI keluar daripada bilik tersebut ke ruangan mereka. Tinggal aku sendirian dalam bilik tersebut. Sunyi sesunyinya.

Selepas 2 minit, aku disorong ke dalam terowong mri secara perlahan-lahan…

Kepala masuk, rasa okey walaupun sempit, jarak antara mata hidung dengan bumbung mesin MRI sekitar 5-10cm.

Kemudian masuk pula bahgian bahu, terasa bahu, lengan hingga ke siku bergesel dengan dinding mesin MRI.

IKLAN

Sempitnya!

Bunyi tembakan mula kedengaran.

Macam-macam bunyi, ada bunyi panjang, ada bunyi pendek. Ada bunyi macam pukulan tin, ada bunyi macam pukulan kayu.

Daripada perlahan menjadi semakin bingit dan menyakitkan.

5minit pertama, aku okey.

10minit, aku mula rasa nak menelan air liur dan tangan mulai kebas.

15 minit, aku mula sesak nafas, sakit dada dan tangan semakin kebas.

Nak bergerak tidak boleh kerana ruang yang agak sempit.

20minit, bunyi tembakan imbasan semakin laju dan semakin kuat, dada aku semakin ketat, aku semakin gelisah, aku lemas dan semakin sesak nafas.

Aku mula mengalami hiperventilasi.

Berkali-kali aku meramas bola yang diletakkan ditangan tadi. Ingin meronta tapi tidak boleh sebab ruang mesin MRI terlalu sempit untuk aku berbuat demikian. Dada semakin ketat.

Ya Allah, aku tidak tahan…

IKLAN

Adakah seperti ini himpitan kubur mu nanti?

Aku tidak tahan.

Ingin menjerit, tapi suara ibarat tersekat dikerongkong.

Lemas. Sesak nafas. Sakit dada.

Bagai mahu diserang panik (panic attack)

Makin kuat aku meramas bola yang dipegang.

MRI dihentikan, aku ditarik keluar.

Aku sesak nafas, hampir tercungap-cungap aku mengalami hiperventilasi.

Setelah ditenangkan oleh juru MRI,

Sekali lagi aku cuba untuk disorongkn ke dalam terowong MRI. Masuk je kepala, aku tidak lagi setenang seperti kali pertama tadi.

Aku terus sesak nafas, rasa ketat dada, berkeringat dan bagai hendak pitam ibarat pesakit yang terkena serangan jantung.

Aku Klaustrofobik… Sessi dihentikan.

IKLAN

Aku tidak mahu teruskan MRI ini. Tapi disebabkan physician perlu mengesahkan sesuatu menerusi MRI, maka MRI diteruskan pada petangnya dengan mengunakan ubat tidur (sedation).

Hasil daripada MRI tersebut, aku dirujuk kepada pakar orthopaedic spine dan juga pakar neurosurgery.

6 bulan lagi, aku perlu laluinya sekali lagi. Serius aku tak nak ulang MRI tanpa sedation.Ya Allah, aku takut himpitan kuburMu…

Di kubur nanti, Mana bola untuk aku ramas? Siapa yang akan tarik aku keluar semula ke dunia? Siapa yang akan tenangkan kegelisahan aku?

MRI prosedur yang menginsafkan. MRI adalah Kubur bagi klaustrofobik…

Sumber : Dr Hj Muhammad bin Hj Zolkifli

Jom tonton video menarik adik-adik Bintang Kecil di Scream Park Sunway Lagoon.

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!

Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Semakin Bingit dan Menyakitkan…” Dr Ni Kongsi Pengalaman Jalani MRI Yang Cukup Menginsafkan!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI