Sedar tak sedar, di sekeliling kita ada entiti yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Adakalanya, dia akan ‘menegur’ kita dengan cara buat bunyi-bunyian atau menggerakkan sesuatu objek. Misalnya yang terjadi pada ibu ini berkongsi pengalamannya diganggu ketika berada di rumah.
Sempat merakamkan kejadian misteri tersebut, pengguna aplikasi Tiktok yang menggunakan akaun arinayasminhassan memuatnaik sebuah video kipas di rumahnya bergerak sendiri meskipun telah dicabut suis masih lagi berputar seperti dipasang.
Yang peliknya, kipas yang hidup sendiri tersebut akan terhenti berpusing sejurus berada tepat menghadap Arina. Dia menjelaskan bahawa sempat merakam kejadian mistik itu sewaktu sedang mengemas rumah untuk berpindah keluar untuk tunjuk pada suaminya.
Tambahan pula, sebelum ini dia menceritakan pelbagai gangguan yang terpaksa dihadapi sewaktu tinggal di rumah berkenaan.
Maklum Arina, anaknya yang berusia setahun setengah sering diganggu dan menunjukkan tempat di dalam rumah dengan bercakap “kakak”. Adakala pintu grill rumah diketuk namun tiada orang sewaktu diperiksa oleh suaminya dan mainan bergerak dengan sendirinya.
Dah jadi adat setiap tahun mulanya persekolahan baru mesti ada perkara lucu yang dibuat oleh anak-anak pada hari pertama persekolahan.
Yang mana baru darjah satu dengan tangisan mereka, dan ada yang terlebih semangat. Malah bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun tak kurang peranan mereka dengan kostum kartun demi gembirakan anak-anak ke sekolah.
Kalau sebelum ini viral anak-anak ini tersangkut kepala di kerusi, tupperware mak tertinggal di sekolah, semalam, viral satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol minumannya.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna tiktok @rawahill, yang kelihatan jari pelajar cemas itu sedikit bengkak akibat tersangkut pada lubang kecil botol minuman miliknya.
Kedengaran juga suara seorang lelaki berkata bahawa jari budak itu tidak dapat dikeluarkan dari penutup botol tersebut.
Tersangkut botol air dah.. Nak buka tak boleh.. Hari pertama
Perkongsian itu mendapat lebih 700 ribu penonton semasa artikel ini dikeluarkan dan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
Putus haid atau menapous sering mengganggu emosi seorang wanita bergelar isteri. Rasa ketidakyakinan pada diri sendiri sering menghantui emosi setiap hari. Apa lagi jika tiadanya sokongan daripada suami dan anak-anak. Hati seorang ibu mudah rapuh dan sensitif dalam banyak perkara.
Akibat gagal untuk menguruskan emosi ini, ada wanita yang putus haid mengalami kemurungan yang serius. Nasihat dan pesanan daripada Prof. Dr Hamid Arshat ini patut kita sampaikan pada ibu-ibu kita. Baca dan tambahkan ilmu supaya kita dapat beri sokongan padu dan kasih sayang buat ibu tercinta.
Apakah gejala atau gangguan selepas berlaku putus haid itu?
Selepas putus haid tiada lagi hormone estrogen daripada ovari tetapi masih ada juga sedikit pengeluaran estrogen daripada lemak dan kilang adrenal. Zaman dulu ketika nenek moyang kita mengalami putus haid , jarang mereka mengalami gangguan melainkan sedikit kepanasan badan , sering berpeluh ,sukar untuk tidur dan gangguan emosi . Tetapi gejala-gejala tersebut akan lesap dengan sendirinya setelah beberapa ketika dan mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal.
Dalam zaman moden ini, minda wanita sering dalam keadaan tertekan (stress) dan juga tertekan emosi dan rohani. Oleh itu, apabila berlaku menopos dengan kekurangan estrogen tadi, mereka akan mengalami beberapa gejala.
1. Hot flushes.
Panas badan yang susah dikawal walaupun dengan menggunakan hawa dingin. Sukar untuknya menyejukkan badan. Ini boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan sukar untuk tidur. Kekurangan estrogen mengganggu pusat kawalan suhu badan dalam otak.
2. Gangguan emosi.
Ketandusan estrogen juga bolih mengganggu pusat kawalan emosi diotak tengah. Akibatnya wanita putus haid mengalami gangguan emosi seperti kesedihan, moody ataupun mudah marah, mudah tersinggung, kadang-kadang terasa sangat sedih sehingga menjauhkan diri; malah ada juga yang sampai ke tahap psychotic , meracau hendak bunuh diri. Itu kes estreem yang jarang berlaku.
3. Ketuan. Ketandusan hormone estrogen boleh mempercepatkan proses penuaan (Ageing Process) .Hormone estrogen memainkan peranan penting dalam percambahan sel-sel dan keutuhan tisu untuk organ dalam badan khususnya connective tissue saperti kolejen, yang menjaga keutuhan dan kestabilan organ.
Kesan yang ketara sekali dari peroses ketuaan ialah perubahan pada kulit; yang munkin mengalami kedutan dan kekenduran akibat connective tisyu yang lemah.
Rambut mula menjadi putih dan berguguran.
Pada keseluruhan organ2 lain juga menjadi semakin lemah fungsi mereka khususnya otak, jantung, buah pinggan dan liver. Gangguan fungsi otak saperti hilang ingatan dan daya pemikiran bolih berlaku dalam umor tujuh puluhan ekoran dari pengurangan sel2 neuron dalam otak.
4. Kekenduran peranakkan.
Gangguan pada percambahan sel2 khususnya yang melibatkan connective tisyu yang berasaska kolegen akan menyebabkan faraj, rahim dan payudara mengalami pengecutan atau atrophy. Saluran faraj menjadi kering dan kekurangan lendir pelincir.
Dinding faraj mudah melentur , menimbulkan cystocele, dan kesannya hilang kawalan kencing. Bila terbatuk atau bersin, ia tidak dapat kawal pundi kencing dan terus mengeluarkan sedikit air kencing.
Ini digelar stress incontinence dan bolih mengganggu amal ibadah sebab membatalkan wuduk. Ada setengah wanita mengalami masalah rahim prolapse, digelar ‘tombong’, rahim terkeluar dari saluran faraj. Kaedaan ini mengganggu keselesaan dan juga hubungan kelamin.
5. Sakit sendi dan osteoporosis.
Ketandusan estrogen mengirangkan penyerapan logam kalsium, kesan jangka panjang ialah osteoporosis, kereputan tulang. Warga emas sering mengalami patah tulang pada gelang tangan (wrist), tulang peha (femur). Osteoporosis bolih melibatkan mana2 tulang dalam tubuh badan.
Sakit sendi khususnya lutut akibat osteoarthritis juga dialami. Cartilage sendi jadi nipis dan cecair sendi berkurangan mengakibatkan kesakitan ketika berdiri dan berjalan, perlu guna kerusi untuk solat duduk.
6. Risiko serangan jantung dan angin akhmar.
Risiko serangan penyakit jantung dan angin akhmar (stroke) meningkat 10 tahun lepas putus haid. Keutuhan saluran darah ke organ2 penting, otak dan jantung mula terganggu dan bolih pecah akibat tekanan darah tinggi. Perdarahan (hemorrhage) dalam otak menyebabkan stroke.
Kaedah-kaedah mengatasi gejala-gelaja putus haid.
1. Kuat iman dan yakin diri.
Sangat penting bagi setiap wanita apabila mencapai keumor 50an telah mantap imannya dan yakin dirinya ( self esteem) agar dapat menangani gangguan emosi dan rohani ketika berlaku putus haid. Allah beri peluang untuk meningkatkan amal ibadah degan ketiadaan haid. Berfikir positif sentiasa, katakan kepada diri ‘ aku sihat, aku cantik, aku sayangkan diriku’. Kata-kata saperti ini akan beri sengamat untuk kita terus hidup sihat dan bahagia.
2. Sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan.
Sokongan moral dan spiritual dari suami dan anak-anak sangat penting untuk mengatasi kemurungan dan kesedihan yang munkin timbul. Anak-anak perlu sering menghubungi melalui talipon dan menziarahinya. Tingkatkan pergaulan dan kemesraan dengan kawan-kawan lama sekolah, sekerja dan seqariah masjid.
3. Pemakanan seimbang, berkhasiat dan berzat.
Amalkan memakan bahan2 yang berkhasiat dan berzat serta dari bahan2 mentah dan segar, buah2, sayur2 hijau ; sawi , bayam, broccoli dan ulam-ulam. Tentukan jenis-jenis makanan karbohaidret, lemak dan perotin adalah seimbang. Kurangkan gula dan lemak-lemak haiwan. Jauhkan kegemukkan yang mungkin menyebabkan kencing manis dan darah tinggi.
4. Exercise dan physiotherapy.
Exercise selama 30 – 60 minit stetiap hari, berjalan, jogging, menonggang basikal, treadmill atau gym memberi banyak menfaat kepada kesihatan fizikal, mental dan rohani. Exercise menguatkan otot2 dan sendi, menguatkan jantung dan fungsi paru2, mengurangkan tekanan mental (stress) dan jiwa, meningkatkan keceriaan dan keriangan ekoran dari pengeluaran endorphins dari otak.
Pelvic floor dan Kegel exercise membantu menguatkan otot2 rahim, mencegah prolapse rahim dan kuatkan kawalan kencing, kawal stress incontinence, disamping menghasilkan lebih kepuasan hubungan kelamin.
5. Supplement vitamin dan logam.
Penting setiap wanita yang telah putus haid mengamalkan makan supplement dari multivitamin dan logam kerana seringkali bekalan bahan-bahan tersebut dalam makanan seharian munkin tidak mencukupi, lagi pun sistem penyerapan dalam usus munkin tidak berfungsi sepenuhnya.
Terdapat berbagai-bagai jenama multivitamin dipasaran diantaranya obimin, prenavit, iberet, proviton dan lain2, kandungan utama ialah vitamin B. Vitamin C dalam dose satu gram dan vitamin E 400 IU , logam kalsium dalam 400 mg setiap hari dapat membantu mengurangkan kesan2 dan gejala menopos.
Pengamilan extra virgin oil sebanyak satu sudu besar, minyak kelapa dara sebanyak satu sudu kecil setiap hari bolih bantu melindungi kesihatan dan fungsi otak, disamping mencegah masalah dementia dan alzheimer.
Minyak habbatus sauda sebanyak satu sudu kecil setiap hari juga bolih bantu meningkatkan kekebalan badan (immunity). Biji anggur (grape seeds) , sumber antioxidant, resvereterol, dua kapsiul setiap hari bolih bantu lindungi kesihatan jantung dan otak.
6. Pembedahan.
Pembedahan dilakukan jika ada gangguan dalam peranakkan dan sistem perkencingan. Munkin perlu bedah buang rahim; vaginal hysterectomy atau pelvic floor repar ( PFR). Disamping itu pembedahan tersebut bolih meningkatkan nikmat hubungan kelamin. Jika masalah osteoarthritis pada lutut menyebabkan kesakitan terok, munkin perlu bedah ‘ knee replacement.
7.Hormone replacement therapy (HRT)
Esterogen sering dikatakan hormon penyeri paras dan bentuk tubuh badan wanita, ia penting mengkekalkan kecantikan dan seterusnya berperanan dalam usaha kekal ‘awet muda’. Ia juga banyak digunakan dalam produk2 kecantikkan dan sering didapati dari uri.
Estrogen krim juga ada dipasaran untuk pelbagai kegunaan, ada yang menggunakan sebagai pembesar payudara, ada juga yang digunakan untuk mengatasi kekeringan pada faraj yang kadang kala dialami wanita putus haid.
HRT atau hormon estrogen gantian banyak digunakan olih ramai wanita pada zaman sekarang. Tujuan utama ialah untuk mengatasi gejala2 menopos yang disebut diatas, disamping mengkekalkan kecantikkan, paras rupa serta melambatkan peroses ketuan.
Banyak jenama produk estrogen dipasaran, diantaranya ialah premarin yang hanya mengandungi estrogen sahaja. Ada juga produk yang mengandung estrogen dan progesterone, tetapi ia akan menyebabkan keluaran haid setiap bulan, saperti pil perancang. Biasanya dos hormon2 tersebut amat rendah, walau demikian pengguna perlu mendapat nasihat dan pemeriksaan dari pakar gyne sebelum makan. Jika ada tumbuhan saperti fibroid dalam rahim dan payudara, juga lain-lain penyakit saperti darah tinggi atau penyakit jantung dan kanser, lebih baik jauhkan dari makan hormon gantian.
Berapa lama perlu makan hormon gantian?. Sebenarnya tiada had, alhamdulillah isteri saya pun makan premarin, sudah melebihi 20 tahun, tetapi sekarang hanya makan selang hari, ada kala dua kali dalam seminggu.
Yang penting ialah pemantauan dari doktor pakar, dengan melakukan pemeriksaan ultrasound scanning dan pap smear pada organ peranakkan, juga pemeriksaan payudara untuk mengesan ketulan. Sebaiknya juga buat ujian darah komprehensif untuk mengesan apa2 penyakit dipetingkat biokimia setiap tahun sekali. Jika dikesan sesuatu masalah , pembetulan bolih dilakukan dengan kaedah dan kawalan pemakanan, exercise dan physiotherapy, detoxifikasi atau dengan ubat-ubat khusus.
Selain kegunaan hormon estrogen gantian, ada juga produk herbal yang khusus bolih mengawal gangguan saperti panas dan ketidak selesaan badan, gangguan emosi dan sukar tidur. Produk ini digelar ‘Remifemin’, yang perlu dimakan setiap hari, ia sering diberikan kepada mereka yang ada penyakit-penyakit yang tidak membolihkan guna hormon estrogen.
Rumusan
Putus haid adalah satu peroses physiology, ia bukan penyakit. Olih itu berwaspada sebelum mengambil hormon estrogen gantian. Dapatkan perundingan dari doktor pakar gyne anda, semoga kesihatan dan keserian anda terus kekal demi untuk keharmonian hubungan suami isteri.
Gambar isteri saya. Sudah lama menopause tapi masih minat hiasan pearls of Hyderebad.
Kredit: Prof. Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasang sebuah kabinet dapur yang cantik dan lengkap dengan segala fungsi memang didambakan oleh semua wanita.
Pun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Ada daripada kita yang gemarkan gaya luar biasa, bersahaja mahupun cara paling simple dalam menghias rumah. Begitu juga di dapur.
Bagi anda yang lebih gemar melakukan sendiri, ada baiknya anda mencuba hasil ilham Shuhaimi Zulkefli yang membina sendiri kabinet DIY nya di rumah dengan hanya menggunakan rak buku.
Cantik, kemas dan kreatif. Bukan hanya cantik dan kemas, malah ideanya ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat berminat dengan hasil kerjanya.
Pemuda ini berkongsi hasil kerjanya dengan turut menyenaraikan bajet yang diperlukan. Menarik!
“Oleh sebab ramai pm cara buat kabinet pakai rak buku tu, saya bagi gambar detail di bawah sekadar berkongsi.
Saya hanya pakai :
1) Rak Buku (Tesco) – RM14.90 x 6 Biji
2) Angle Bar L Shape (Kedai D.I.Y @ hardware) – RM3.60 (12 pcs)
** Setiap rak, saya letak 2 pcs Angle Bar (atas & bawah) tepat pada tulang tengah tu. Tingkat atas tak perlu ikat, letak jer kat situ.
** Beban paling berat saya, lesung batu & botol pencuci.
Cantikkan hasilnya? Bukan hanya itu sahaja malah dia juga dengan sedang mempersiapkan beberapa projek DIY lain.
Next insya allah, sekarang saya tengah siapkan projek diy yang lain :
1) Sofa L Shape size 9 kaki untuk 12 orang duduk, dengan modal RM250 sahaja. 2) Buaian katil bayi dengan bermodal RM60. 3) Kitchen Hood – Penyedut Asap Dapur DIY kos dalam RM100
Hebat!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.