Hari konvokesyen sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.
Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.
Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.
Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.
Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.
“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.
“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.
Ads
“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.
Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.
Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.
Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.
“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari konvokesyen. Tak kira apa pun.
Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.
Ads
“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.
Difahamkan ibu Ayeesha meninggal dunia sekitar September lalu.
Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.
“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.
Ads
Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.
“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.
“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
Jika suka dengan pokok fiddle fig terasa tidak cukup pula sekiranya ada sepasu sahaja. Jadi bolehlah dibiakkan sahaja dengan cara yang mudah sepertimana yang dikongsikan oleh Eddy Rusdi Abdullah ini.
Cara Tanam Guna Keratan Batang & Daun
Cara tanam pokok fiddle fig menggunakan keratan batang dan daun, inilah pokok paling cantik tanam dalam rumah! Menyegarkan suasana.
Jaga pun tak susah! Harga dia mahal, tp beli anak murah lepas tu biakkan dgn cara keratan dahan dan daun.
Memang mudah! Cara tanam pokok Fiddle Leaf Fig dengan mudah agar subur dan cantik dan boleh biak dan jana pendapatan yang lumaian!
1. Pencahayaan
Kebiasaanya, Fiddle leaf fig dijadikan sebagai tanaman indoor. Walaupun ia tanaman indoor, tak bermakna ia seperti puteri lilin. Seperti yang telah dikatakan terdahulu, ia merupakan spesies tanaman hutan. Jadi, macam mana sekali pun pencahayaan terus diperlukan.
Jika di dalam rumah, anda perlu letakkan pokok fiddle leaf fig ini berhampiran dengan tingkap yang mempunyai cahaya matahari terus terutamanya waktu pagi. Jadi pastikan setiap hari anda perlu buka langsir pada sliding atau tingkap tu.
2. Penyiraman
Fiddle leaf fig merupakan tanaman yang tidak memerlukan air yang banyak. Jadi, jangan lah siram pokok nya setiap Hari. Lakukan siraman 2 kali seminggu pun sudah memadai atau jika perlu sahaja. Sebelum siram tu, rasa tekstur medium tanaman dalam pasu fiddle leaf fig tu. kalau masih rasa lembap, tak perlu disiram
3. Baja
Fiddle leaf fig tak memerlukan pembajaan yang kerap sebab tujuan kita tanaman pun bukan untuk hasil buah atau bunga. Baja 2 minggu sekali pon dah memadai. Apa kata, anda guna je air basuhan beras. Tak perlu beli baja
4. Gembur
Pastikan medium tanaman sentiasa digembur. Paling tidak pun 2 minggu sekali. Sebelum baja, gemburkan dulu. ia bertujuan memperbaiki sistem pengudaraan dan saliran yang terdapat di dalam tanah
5. Bersihkan daun
Memandangkan fiddle leaf fig ni menjadi indoor plant dan tidak pernah menerima siraman sepenuhnya dari hujung hingga pangkal pokok, anda perlu lap untuk hilangkan habuk yang melekat pada permukaan daun. Jika habuk dibiarkan meliputi permukaan daun, ia akan mengganggu proses fotosintesis dan mengakibatkan masalah kepada tanaman
Untuk membersihkan permukaan daun fiddle leaf fig ni, anda hanya perlu ambik kain bersih yang telah dilembapkan dan lap perlahan-lahan pada permukaan daun. Mana daun yang sudah kelihatan kuning tu, buangkan sahaja
Fokok fiddle leaf fig ni juga mudah dibiakkan melalui keratan batang. Nak tahu macam mana?
1. Pastikan pokok atau dahan yang hendak diambil keratan batang sihat dan sebaiknya telah bercabang.
2. Potong serong dahan atau ranting yang telah dipilih dengan ukuran 10 hingga 15 inic dari pucuk. Pastikan perkakas memotong yang digunakan tajam untuk elak dahan cedera dan mengundang ancaman penyakit
3. Buang semua daun dan hanya tinggalkan 2-3 helai sahaja di bahagian atas
4. Ambil bekas dan letak air, rendam batang pokok dan selalu tukar air
5. Daun2 tadi boleh juga direndam batangnya utk keluarkan akar. Nanti dah keluar akar boleh tanam.
Selamat mencuba.
Sumber : Eddy Rusdi Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wajah penuh keibuan ini nyata sangat mesra dengan siapa sahaja biar pertama kali bersua muka.
Penulis menelusuri isi hati insan bernama Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali mengenai kehidupannya yang pernah bergelar Wanita Pertama ke-4 apabila suami kesayangannya, Tun Dr Mahathir Mohamad bergelar Perdana Menteri.
Dan kini sekali lagi, beliau menyandang gelaran tersebut bila mana suami kesayangannya sekali lagi dilantik sebagai orang nombor satu negara sekali gus bergelar PM ke-7.
penulis berpeluang mengabadikan kenangan bersama Idola dan Ikon Wanita, Tun Dr Siti Hasmah
Jujur mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri perdana menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandangnya banyak membantunya.
“Cabaran sentiasa ada tetapi tidak banyak sebab saya sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat. Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak langsung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara tidak langsung menjaga nama baik suami. Jika kita buat sesuatu nanti orang akan menyebut itulah isteri kepada orang itu ini. Gambaran sebegini sudah menjadi perkara biasa yang sering berlaku dalam masyarakat.
Risiko tidak diterima oleh masyarakat memang buruk terutama bagi isteri kepada pemimpin. Alhamdulillah sepanjang suami saya menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh menjejaskan suami. Baik ketika suami bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu Negara.
“Bukan kerana saya sudah siapkan diri untuk itu tetapi jawatan doktor yang saya sandang itu banyak membantu. Masyarakat sangat hormat pada doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya, bagaimana kita berusaha dengan masyarakat dengan berhubung rapat dengan mereka. Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru, sebagai doktor sudah bersiap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status isteri yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,”ulas Tun Hasmah sambil memberitahu tanggungjawab isteri pemimpin kena sentiasa berada di belakang suami dan memberi sokongan sepenuhnya dalam apa jua yang dilakukan kerana itulah tugas utama seorang isteri.
Sentiasa di belakang suami
Jujur mengakui bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri pemimpin, namun berkat sokongan suami dan keluarga, beliau berjaya mengharunginya.
“Bergelar isteri pemimpin dan dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai doktor, bukan perkara yang mudah. Apatah lagi, saya perlu berhadapan dengan masyarakat yang mempunyai masalah kesihatan. Bagaimana cara kita yakinkan untuk membantu mengubati penyakit mereka itu yang penting. Alhamdulillah, saya melalui perjalanan sebagai doktor dan isteri pemimpin negara dengan baik.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah. Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang memang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh orang anak iaitu Marina , Mirzan, Melinda, Mokhzani , Mukhriz , Mazhar dan Maizura. Yang sulung, Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langkah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut. Yang ketiga, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa. Dia sangat low profile.
“Yang keempat, Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri minyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga. Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya. Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita sendiri.
“Cuma, sekarang ini memandangkan yang lain ada yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, tinggal yang bongsu lebih rapat memandangkan dia masih bujang dan kebetulan tinggal bersama kami. Sebagai ibu saya sentiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga.
Saya ada tiga anak lelaki dan masing-masing ada karenah tersendiri. Kalau ikutkan anak yang paling nakal Mokhzani waktu kecil dahulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat melayan andai ada tetamu datang ke rumah. Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan dipanggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” jelas Tun sambil memberitahu, dia tidak mengamalkan pilih kasih terhadap anak-anak sebaliknya bersedia bila-bila masa untuk mereka datang bercerita masalah atau sebagainya.
Kena banyak sabar
Status dan pangkat yang disandang bagaimana pun bukanlah tiket untuk anak-anaknya bermewah dan hidup seperti di dalam sangkar emas. Sebaliknya, Tun menegaskan kepada anak-anak supaya kena usaha sendiri jika mahukan sesuatu.
“Apa jua kemudahan tidak akan datang bergolek jika tidak berusaha. Ini nilai-nilai mulia yang harus diajar pada anak-anak. Yang utama, hormat kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua, kerja keras manakala yang ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu uruskan wang ringgit dengan bijak.
“Selain itu kena juga praktik kan dalam diri anak-anak amal bakti dan kebajikan supaya dalam diri terbit rasa kesedaran dan keinsafan selain bersyukur dengan apa yang kita peroleh dan lagi satu kena banyak bersabar.
“Saya berkahwin lambat. Waktu itu, umur 29 tahun tu kira lambat tetapi Alhamdulillah kami dikurniakan anak dan dapat membesarkan mereka dengan baik. Lebih membahagiakan apabila dikurniakan anak-anak yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Saya dan suami sudah sepakat, apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, kami akan hadir di konvokesyen mereka dan itu kami praktik kan pada semua anak-anak.
“Zaman dulu tidak sama seperti sekarang. Dulu waktu anak-anak tengah periksa, saya tidak terbang kerana ingin berada bersama mereka supaya mereka tidak risau. Seperti menantu-menantu lakukan kini bagi anak-anak mereka.
“Kalau nak dibandingkan ibu dahulu dengan kini jauh bezanya. Saya faham situasi ibu sekarang kerana era sudah bertukar, kalau zaman saya dulu tiada internet, sosial media dan sebagainya. Anak-anak dulu tekun dengan apa yang ibu cakap. Malah minat mereka juga simple tetapi sekarang sudah bertukar ditambah pula kini zaman informasi. Tidak perlu penat mencari, segalanya boleh diperoleh hanya di hujung jari sahaja. Ibu bapa sekarang profesional dan masa untuk anak-anak terbatas
“Tetapi itu bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kita. Walaupun sibuk wajib ambil berat pada anak-anak. Tiada alasan sibuk dengan kerja jika sayangkan masa depan anak-anak. Sungguhpun sekarang zaman informasi, elakkan membiarkan anak-anak terperuk atau terkurung dalam bilik dan melayani komputer.
“Kalau nak tengok televisyen kena di ruang tamu atau bilik keluarga. Ini bagi mengelakkan anak-anak bersendirian di dalam bilik tanpa bergaul dengan ahli keluarga yang lain,” cerita Tun lagi sambil mengakui momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang yang diceburi.
Suka muzik
Seperti mana wanita biasa lain, beliau juga mempunyai minat tersendiri terutama dalam bidang muzik selain suka membaca, menulis dan menonton.
“Kalau dulu saya suka bermain piano dan sebagainya. Saya suka muzik dan kebetulan dalam keluarga ada yang berdarah muzik. Sebab itu saya jatuh cinta dengan bidang ini. Kadangkala waktu reunion keluarga, kami akan berkumpul dan waktu masing-masing akan tunjukkan kebolehan masing-masing. Tetapi sekarang mata saya sudah tidak nampak jadi kuranglah nak main piano dah tak nampak ‘taugeh’ di kertas,” seloroh Tun lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Khas Hari Ibu Mei 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerusi akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan gambar pertemuan semula antara Dato’ Awie dan anak-anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha selepas 8 tahun terpisah. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dato’ Awie ketika malam gala filem, Sue-On baru-baru ini, Aidiladha kali ini sangat bermakna untuk Dato’ Awie.
Menurut laporan portal Berita Harian, Dato’ Awie berkumpul bersama anak-anaknya ini di sebuah hotel. Perjumpaan ini turut disertai oleh anak-anak Dato’ Awie yang lain iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan juga isteri Dato’ Awie, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Bekas isteri Dato’ Awie, Rozana Misbun juga turut sama bersama keluarga besar ini. Antara ungkapan yang ditulis oleh Dato’ Awie berbunyi ‘Terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah’.
Dato’ Awie turut mengatakan anak-anaknya ini hartanya dunia akhirat dan berharap agar perjumpaan ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Sudah besar Rezzki dan Qasseh, cantik dan handsome sama seperti kakak-kakak dan abang mereka.
Pastinya rasa gembira yang Dato’ Awie rasanya kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Impian untuk bersatu kembali bersama anak-anak dimakbulkan oleh Allah. Melihat kesemua anak-anak di hadapan mata, hanya Allah yang tahu betapa syukurnya Dato’ Awie atas nikmat ini.
Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah.Awie dan Rozana bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.
Awie juga memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.