Kalau hendak dilihat zaman sekarang ini memang sangat mudah untuk kita membeli sesuatu berangan.

Tanpa perlu bersusah-susah untuk ke kedai membuat pilihan, kita juga boleh membuat perbandingan harga dan kualiti barangan yang dihajati.

Andai jika telah berkenan namun belum pasti untuk membelinya, kita siap-siap letak dalam Shopping cart. Beli masa untuk membayarnya kita putuskan kemudian setelah semuanya puas hati. Senang cakap memang mudah untuk berbelanja pada zaman sekarang ni, semuanya di hujung jari!

Begitulah yang dipraktikkan oleh seroang ibu di New Jersey Amerika Syarikat ini. Dia telah melihat perabot-perabot di laman web Walmart dan letakkan barang-barang yang dia berkenan ke dalam cart. Hasratnya untuk memiliki barangan tersebut bila tiba masanya.

Pun begitu, tanpa disangka-sangka ibu ini yang Bernama Madhu Kumar ni keliru dan terkejut apabila tiba-tiba satu per satu kotak yang berisi barangan sampai depan rumahnya.“Semua Dalam Shopping Cart Dia Beli…”-Ibu Ni Berbelanja RM8000 Gara-gara Anak 2 Tahun!

Berdepan dengan situasi itu, wanita ini bertanya kepada suaminya  dan dua anaknya yang lebih dewasa sama ada mereka ada membuat pembelian online bagi mengenal pasti siapa empunya barangan tersebut.

Namun apa yang lebih mengelirukan, tiada seorang pun mengaku ada membuat pembelian barangan tersebut.

Ini sekali gus mereka dapat meneka pasti anak bongsu mereka yang membuat pembelian tanpa sengaja kesemua barangan tersebut saat bermain telefon.

“Semua Dalam Shopping Cart Dia Beli…”-Ibu Ni Berbelanja RM8000 Gara-gara Anak 2 Tahun!

“Macam tak percaya dia buat ni, tapi ini apa yang berlaku.”

Keluarga ini telah menerima beberapa kotak barangan sejak beberapa hari, antaranya kerusi, tempat letak bunga dan barang-barang lain yang berjumlah lebih RM8,000.

“Disebabkan dia kecil, kami rasa dia comel dan kami hanya ketawa bila dapat tahu dia pesan semua benda ni.”

IKLAN

“Semua Dalam Shopping Cart Dia Beli…”-Ibu Ni Berbelanja RM8000 Gara-gara Anak 2 Tahun!

Menurut keluarga ini, mereka akan simpan beberapa pakej dan pulangkan yang lain supaya boleh dapat balik wang yang telah dibelanjakan.

“Semua Dalam Shopping Cart Dia Beli…”-Ibu Ni Berbelanja RM8000 Gara-gara Anak 2 Tahun!

Suami Madhu, Pramod Kumar mengatakan selepas ini dorang akan pastikan telefon dorang dikunci dan akan letakkan kata laluan yang susah supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi.

Sumber: NBC News

Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.

IKLAN

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

IKLAN

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Semua Dalam Shopping Cart Dia Beli…”-Ibu Ni Berbelanja RM8000 Gara-gara Anak 2 Tahun!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI