Ada tak yang suka makan menu Kailan Ikan Masin, nak cuba tanam sendiri tak pokok kailan di rumah. Mudah je, boleh guna pasu, polibeg atau terus ke atas tanah.
Bukan tu je, dalam masa 4-7 minggu dah boleh tuai hasilnya. Lagi menarik, tanaman ini juga boleh menggunakan kaedah hidroponik. Jadi, kailan anda memang segar dan sihat.
Berbaloi Tanam Kailan Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi
Memang berbaloi tanam kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.
Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!
Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini: 1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.
2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.
Ads
3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik. 4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.
5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. 6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.
Petua penjagaan kailan: •Boleh siram dengan air basuhan beras •Guna baja tahi ayam
Ads
•Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.
Lendir pada sayuran bendi kadang kalanya boleh menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka untuk menikmatinya. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, mudah menyebabkan mereka berasa mual ketika mengunyah bendi.
Sebenarnya masih terdapat cara atau tips yang boleh menghilangkan lendir bendi tersebut. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie bahkan turut berkongsi resipi enak untuk menyediakan bendi sebagai sayuran istimewa untuk dihidang kepada seisi keluarga. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Kali ini abang kongsikan resepi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Tips Elak Kacang Bendi Dimasak Berlendir
Ada tipsnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni. Jom tengok resepi yang telah abang sediakan #DariDapurMR.
‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya seperti berikut:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara-caranya rujuk pada gambar satu persatu yer.
Selamat mencuba.
1- Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
– Segengam ikan bilis di cuci bersih.
– Tauhu potong dadu.
– Bawang putih potong kasar atau diketuk
– Cili merah potong serong nipis.
6 tips untuk goreng bendi ni supaya tak berlendir semasa digoreng.
– Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
– Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
– Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
– Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.
– Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
– Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang digoreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3- Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4- Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
5- Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6- Bila tauhu dah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ni garing sedikit. Masa ni masukkan sedikit garam, adjustkan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis tu dah masin.
7- Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah. Kahkahkah
8- Dah siap ‘Bendi Goreng Bilis’ abang ni.
Siap dihidang dah ni. Wahhh. Nampak bendi tu segarkan.
Memang cukup menyedihkan apabila kita terbaca berita mengenai kisah orang ramai ditipu ‘scammers’. Tidak kira tua atau muda, berkerja di kampung mahu pun di bandar, yang berpelajaran tinggi atau tidak, semuanya seakan mudah ditipu dengan skim-skim penipuan pelaburan (scam). Wang yang dikumpul dengan titik peluh bertahun-tahun, boleh lesap dalam sekelip mata!
Terbaharu memetik laporan berita yang dikongsikan Berita Harian, mendedahkan lebih 50 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bahru, Kelantan terpaksa menaggung kerugian akibat terpedaya dengan skim cepat kaya pembelian mata wang kripto.
Difahamkan kerugian tersebut lebih RM200,000 apabila masing-masing membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.
Sanggup Guna Wang PTPTN
Terpikat dengan janji manis dan keuntungan didakwa boleh melebihi satu peratus sehari dan 30 peratus sebulan itu, mereka juga sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masing-masing.
Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 21, berkata dia menyertai pelaburan membeli mata wang kripto itu apabila seorang pensyarahnya yang juga ketua atau ‘leader’ skim itu membuat iklan dalam kumpulan WhatsApp pada Jun lalu.
“Saya mula memasukkan RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza sehingga kerugian hampir RM3,900. Lebih malang, saya juga ajak adik melabur RM2,800 kerana percaya pelaburan itu memberi keuntungan selepas melihat akaun saya bertambah menjadi lebih RM9,000.
“Pada 18 Oktober akaun pelaburan saya tidak dapat dibuka lalu saya serta rakan lain sedar kami sudah ditipu sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Khamis lalu,” katanya.
Janji Manis
Seorang lagi penuntut, Johan, 21, mendakwa kerugian lebih RM2,000 apabila menyertai pelaburan berkenaan menerusi akaun atas beberapa nama pada Jun lalu selepas tertarik dengan keuntungan ditawarkan, manakala adiknya yang berada di IPTA lain melabur lebih RM2,400.
Penuntut yang mahu dikenali sebagai Yasmin, 27, berkata dia kerugian lebih RM10,000 dan sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut, namun ada rakan-rakan belum membuat laporan kerana bimbang diketahui ibu bapa dan untuk mengelakkan rasa malu.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi, berkata polis menerima 21 laporan termasuk daripada penuntut IPTA di bandar ini dengan jumlah kerugian didakwa hampir RM900,000 selepas membuat pelaburan berkenaan sejak 18 Oktober.
“Jumlah kerugian dilaporkan hampir RM900,000 dengan setiap mangsa mendakwa rugi antara RM140 hingga RM200,000 seorang. Polis menyiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK),” katanya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan membuat siasatan sebelum melabur bagi mengelakkan kerugian.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari pandangan kasar, hanya nampak dia biasa sahaja. Apatah lagi, empunya diri seorang yang ceria dan suka mengukir senyuman.
Namun, siapa sangka di sebalik senyuman itu, ibu bernama Azlina Aziz ini rupanya bertarung dengan penyakit yang digeruni kaum wanita iaitu kanser payudara . Kansernya kini berada di tahap dua.
Dugaan tidak terhenti setakat itu sahaja bila mana anak keduanya juga kemungkinan turut menghidap kanser.
Menceritakan detik awal disahkan menghidap kanser, Dia awalnya menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Selepas ke hospital dan membuangnya. Namun, tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan muncul semula tetapi kali ini di bawah ketiak.
“Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2. Jadi, saya terus terus sahaja buat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.
“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.
“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ujar Azlina memulakan perbualan bersama penulis.
“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.
“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payu dara dan sepupu sebelah ayah pula menghidap kanser hidung.
“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.
Reda dengan ujian Tuhan, menurut Azlina lagi, ketika bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri, dia mencuba produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan.
“Hampir dua tahun bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan. Mungkin itu salah satu faktor Tetapi saya tahu ini semua kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.
“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi.
Mengulas mengenai anaknya bernama Nadia yang kemungkinan menghidap kanser, akui Azlina mungkin itu disebabkan pemakaian produk pemutih wajah.
“Anak saya memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila dia menjalani ujian biopsi, Doktor cakap kemungkinan dia menghidap kanser kulit.
“Walaupun begitu, anak saya seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.
Biarpun dirinya menghidap kanser, namun itu tidak mematahkan semangat Azlina untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.
“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak. Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi.
“Cuma saya tak benarkan mereka datang menjaga saya. Sebab saya tak mahu mereka nampak ‘down’ bila melihat keadaan saya ketika itu. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.
Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.
“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menghidap kanser payudara.
“Saya juga sudah 6 kali buat rawatan kemoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.
“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.
“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring.
“Terbaru, doktor sahkan sel kanser saya sudah merebak ke tulang. Malah, saya juga ada membuat rawatan Zometa. walaupun dugaan ini cukup berat, tetapi saya reda dan menerimanya dengan hati yang tabah. Penyakit ini tidak membuatkan saya lemah, sebaliknya saya tetap aktif dan bekerja seperti biasa.” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.