Senang Simpan Ayam Cara Ni, Tak Perlu Keluarkan Semua Dari Peti. Elok Seketul-Seketul Tak Melekat. Mudah Nak Masak!

Share

Ibu-Ibu pasti ada cara dan tip terutama dalam bab nak menyimpan bahan basah supaya tahan lama, tetap segar dan memudahkan urusan apabila nak masak kelak.

Cara puan  Suzana Zainal ini simple tapi menarik juga untuk dicuba. Dia berkongsi cara simpan ayam supaya tak melekat dan senang nak masak. Tak perlu nak rendam semua, ambil kuantiti yang diingini sahaja untuk dimasak.

Bukan tu je, cara ini juga memudahkan untuk ayam tersebut cepat cair dan tak keras melekat antara satu sama lain.

Saya nak berkongsi cara saya simpan ayam atau daging atau ikan.

Tip:

1.Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.

2.Selepas itu letak dalam dulang, pastikan tak melekat antara satu sama lain.

3.Masukkan dalam tempat beku dalam 2 hingga 3 jam.

4.Selepas dah beku ambil satu persatu dan masukkan dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang, tak payah rendam semua, cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.

Selamat mencuba!

Sumber: Mingguan Wanita

 

IKLAN