Sengal Kaki Buat Ibu Ayah Tak Selesa. Redakan Segera Dengan Cara Mudah!

Share

Umumnya kalau kita selalu berdiri lama di tempat kerja tentu akan menyebabkan kaki berasa lenguh-lenguh dan sengal-sengal.

Bila rasa tidak selesa,  hendak keluar berjalan-jalan dengan keluarga pada hujung minggu pun tentu terasa malas.

Tapi tahukah anda, ada  petua orang dulu-dulu yang diamalkan untuk redakan keletihan dan ketidakselesaan kaki dengan teknik rendaman dengan air suam.

Ternyata cara ini dapat melegakan kaki dan menjadi terapi yang menyegarkan. Bahkan menurut  Kakyu,  air rendaman tersebut hendaklah dicampur dengan garam untuk kesan yang optimum.

Ayuh ketahui cara penyediaan air rendaman kaki agar tiada lagi lenguh-lenguh dan anda semakin aktif bergerak.


PETUA HILANGKAN LENGUH KAKI

Hari ni Kakyu nak share satu petua. Bagus untuk sesape yang selalu ada sakit tumit, sengal dan kebas kaki. In shaa Allah boleh hilang kalau amalkan selalu.

Caranya:

 

1) Sediakan garam kasar segenggam, baldi dan air suam.

2) Masukkan segenggam garam dalam baldi yang berisi air suam tadi.

3) Rendam kaki selama 15 minit. Buat waktu pagi seeloknya selepas solat subuh. Buat seminggu sekurangnya 2x.

Inshaallah nanti akan berpeluh dan urat kaki akan lembut. Bila urut kaki dah lembut, sakit atau sengal akan berkurangan dan hilang.

sumber : Rohayu Yusoff

IKLAN