Betapa beruntungnya bila kita mampu menyampaikan ilmu kepada orang lain dan ilmu tersebut dapat pula dimanfaatkan ke jalan kebaikan. Atas alasan ini juga, Najmi Nawawi gemar berkongsi ilmu parenting di media sosial untuk dimanfaatkan bersama.
Ini pula adalah salah satu perkongsian menarik daripadanya apabila berkesempatan menghadiri seminar parenting pada bulan Oktober yang lalu. Jom kita baca untuk manfaat bersama.
NOTA PARENTING DARI ANGKASAWAN
Seminar yang aku hadiri ini hanya dibuka untuk kelompok kecil dalam 50 orang. Selain daripada Dr Sheikh Muszaphar, turut serta ialah Ibu Rose dan Ummi.
Artikel kali ini aku kongsikan nota bernilai dari Dr Sheikh Muszaphar sendiri untuk manfaat semua. Ianya adalah berdasarkan catatan yang sempat aku salin dan juga kuasa memori. Haha.
1. Anak suka jadual
Buat jadual untuk anak-anak. Dr bagi contoh macam anak dia, Bella dan Tasya dihantar ke kelas Tae Kwan Do, Kumon Classes, Swimming Classes dan banyak lagi. Aku tengok jadual anak dia pun penat. Tapi anak-anak doktor ok je buat semua itu tanpa penat.
2. Anak tak penat
Ads
Percayalah anak tak akan penat sedikitpun. Bila dah biasa dari kecil aktif, insyaAllah bila dah besar nanti pasti akan sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Tak lemau. Kata Dr, anak-anak sangat suka aktiviti, nanti mereka akan sentiasa excited untuk tahu “what is next and what is next”. Wow kan. Vitamins and supplements pun doktor cakap dia beri pada anak-anak.
3. Cium anak banyak kali
Setiap hari kita nak atau tak nak, kita tetap perlu beri ciuman sayang kepada anak-anak. Aku tak ingat berapa kali sehari Dr cakap tempoh hari. Tapi memang banyaklah. Yang penting pastikan setiap hari tidak terlepas dari ciuman dan sayang anak-anak kita.
4. Say no to gadget
Ads
Aku masih ingat, ada seorang peserta yang tanya soalan tentang masalah anak dia mudah tantrum. Pada ketika dia bertanya, anaknya ada di sebelah sedang bermain phone. Sheikh Muszaphar terus cakap, “Haa, inilah masalahnya. Bagi anak phone tu. Tak boleh!”. Bayangkan suara dan nada Dr ketika itu. Terdiam semua dalam tu. Gulp.
5. Flash card for baby
Jangan rasa janggal untuk bercakap sambil ajar baby guna flash cards. Baby akan ingat. Masa kecil dan masih bayi itulah kita gunakan untuk tunjuk sebanyak mungkin flash cards. Tunjuk dan cakap sekali, macam ajar budak-budak tapi buat pada baby. Jangan ingat ianya tiada kesan, kerana kata Dr, babies akan ingat.
6. Nature bagus untuk anak-anak
Ads
Bawa anak-anak main dengan nature sangat bagus. Pantai, pasir dan hujan ialah antara contoh yang anak-anaknya selalu dibawa bermain. Sangat-sangat bagus untuk sensory anak-anak kita.
7. Tunjuk nak jentik
Hebatnya apabila kita jarang sekali marah anak. Kesan apabila marah walaupun sikit akan jadi sangat berkuasa dan amat berkesan. Berbeza dengan orang yang selalu marah anak. Anak-anak dah tak akan peduli, mereka dah immune. Kata Sheikh Muszaphar dia hanya tunjuk gaya nak jentik je, anak-anak akan terus behave. Cuba tunjuk jentik dekat anak-anak kita. Rasa-rasa berkesan tak?
Sambil aku tulis di atas, terbayang suara Dr bercakap macam mana. Dengan penuh semangat dan sangat yakin apa yang dia buat ialah yang terbaik untuk anak-anaknya.
Dr juga banyak kali cakap, “Ini ialah parenting cara saya”. Kalau rasa ok boleh buat, silakan. Tak ada paksaan untuk semua orang buat dan tiru.
Balik tu, aku rasa bersemangat nak pergi pantai terus!
Bila tandas sentiasa bersih dan berbau harum barulah selesa untuk digunakan seisi keluarga. Jadi tidak hairanlah bermacam-macam jenis tips penjagaan tandas ada dikongsikan di media sosial untuk manfaat bersama.
Terbaru tular ada satu cara untuk pastikan kebersihan dan keharuman tandas lebih praktikal dengan menggunakan sabun buku untuk mencuci pakaian. Caranya cukup mudah, hanya dengan leletakkan sebuku sabun tersebut ke dalam tempat tangki tandas dan apabila dipam dengan sendirinya akan bertindak sebagai pembersih dan pewangi tandas.
Lantaran itu, seorang pemilik akaun TikTok@kaklongrosie turut teruja untuk mencuba tips tersebut dan berkongsi hasil yang diperolehi selepas beberapa hari praktikkan di tandas rumahnya.
Langkah 1 : Ambil sabun buku untuk mencuci pakaian.
Langkah 2 : Buka penutup tangki dan masukkan ke dalam tangki tandas tersebut.
Langkah 3 : Pam dan tandas akan sentiasa wangi dan bersih.
Pun begitu, ada yang memintanya untuk tunjukkan hasil selepas seminggu menggunakan kaedah tersebut. Perkara ini kerana dikhuatiri buih dari sabun tersebut akan membuatkan tandas menjadi bersepah. Bahkan ada juga yang mengatakan telah mencuba cara tersebut tetapi tidak sampai dua hari sabun buku yang digunakan telah mencair sepenuhnya.
Namun apa yang mengujakan, hasil perkongsian video daripada @kaklongrosie selepas seminggu menampakkan keadaan tandasnya masih bersih dan terkawal. Tiada limpahan buih sabun seperti yang dikatakan bahkan sabun buku yang ada di dalam tangki masih ada lagi.
Jadilah bolehlah anda pula praktikkan cara ini untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan harum. Atau boleh juga menggunakan sebun khas yang sedia ada dipasaran dengan klik di siniuntuk membeli secara online.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sesungguhnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah bakal ditempuhi. Semua ini kerana setiap anak-anak itu mempunyai perkembangan yang berbeza.
Malah, memang benar mudah untuk memaksa anak untuk melakukan apa yang kita nak. Namun, hakikatnya ia bukan didikan yang betul. Malah ada yang sanggup menghina anak kerana tidak dapat mengawal kemarahan dan kesabaran dalam mendidik anak.
Menerusi perkongsian puan Maryam Thoraya Arifin jelas sungguh bermanfaat untuk kita pelajari sebagai panduan untuk menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak.
Write up bonda Noor Hayati Abdul Hamid sering saya cuba hayati, kerana ia terlalu bermakna. Biasanya tulisan Mama, saya tak boleh baca laju-laju, sebab ia perlu dihayati dengan mata hati. Bonda adalah Founder kepada konsep pendidikan di Naluri Kreatif.
Fasa sekarang ialah mari saling apply & memanjangkan ilmu kepada para pendidik, anak didik dan ibu bapa. Moga kesedaran ini, kita boleh upgrade diri saya dan kita semua. Sedikit sebanyak apa yang kita lakukan akan didengar, dilihat dan DIRASA, akhirnya akan terbiasa dalam memori anak.
.
Kita memasuki era yang amat pantas dan moden. Dalam pendidikan, kita mahu menyediakan anak kita agar selari dengan peredaran zaman. Antara satu yang amat penting, adalah dengan upgrade cara layanan kita dengan anak-anak
.
Jemput baca perkongsian beliau:
.
Kita nak anak dengar cakap kita tapi pada yang sama watak kita membuatkan anak lari dari kita….Sedihh….
Kita nak A….buat B pula..
Sampai masanya kita amalkan sunnah sebaik-baiknya, didik anak bukan hina anak.
Cakap dengan anak, beri sebab musabab sesuatu perkara tak boleh dan tak molek dilakukan. Memang memerlukan kesabaran serta kemahiran melakukannya. Sebagai penghibur hati dan menguatkan semangat kita..sama2 sentiasa kita ingat…pesanananNya
“Al-Baqarah:153 Wahai org2 yg beriman,jadikan solat dan sabar sbg penolongmu,sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang Sabar” dan byk ayt lain lagi.
Mendidik anak perlu kesabaran
Memaksa anak adalah senang. Nak bimbing anak buat dengan kerelaan hatinya sendiri, itulah bimbingan dan pendidikan yang hakiki.
Yang memerlukan kita menjadi seorang yang benar dalam tingkahlaku kita sebagai ibu bapa, penjaga,atuk ,nenek kepada anak cucu yang sedang membesar. Kuasa di tangan kita jangan disalahgunakan.
Tarik nafas panjang2…masukkan oksigen banyak2 dlm diri kita tu. Buya Hamka kata ..manusia yang baik..ialah yg panjang akalnya. Berfikir sebelum bertindak… Bukan bertindak dulu baru nak fikir.
Terlajak perahu boleh undur Terlajak tindakan.amat buruk padahnya.
Renungkanlah. Apakah kita telah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita tu.
Bagaimana mereka ke sekolah tadi…? Hendaknya dengan iringan doa dan senyuman serta semangat berkobar kita temankan dan jadi bekalan kpd anak2 kita. . Bukan mereka melangkah bawa bersama hati luka teringat2 kata cemuhan, herdikan di pagi hari tadi. Berjuanglah mereka dlm suasan jiwa yg celaru di sekolah…amat sedih. Mengikut kajian (Inst of Heartmaths,Philadelphia,US) perasaan ini akan bersama anak kita selama 6 jam.
Berapa lama anak kita di sekolah? Berbaloikah ledakkan emosi kita di pagi hari itu?
Jadilah ibu bapa yang BIJAK Bijak mengurus emosi Bijak mengurus diri Bijak mengurus keutamaan Bijak memilih kata-kata Seperti indahnya intan berlian yang tersemat di HATI . Selamat berjuang anak-anakku…ibu bapa generasi kini…sahabat2… Gelaran ibu bapa satu gelaran teramat mulia… . Allahuwaklam….
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan semamngnya indah buat pasangan suami isteri. Namun ada pasang surutnya. Lantaran itu, bagi memastikan rumahtangga sentiasa inspirasi dan bahagia, pasangan haruslah saling melengkapi.
Sebagaimana perkongsian wanita, Ashikin Hashim ini mengenai peranan isteri yang sungguh bermanfaat untuk memastikan hubungan suami sentiasa mekar dan indah. Jom kita semak perkongsiannya.
Saya pernah mendengar ceramah seorang ustazah tentang fasa dalam perkahwinan. Tidak selalunya perkahwinan itu indah belaka. Ia ada pasang dan surutnya juga.
Perkahwinan tidak pernah lari dari masalah. Pun begitu, apa jua masalah selagi ianya masih dalam keterbatasan kemampuan seseorang untuk menghadapinya, carilah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Satu yang saya paling ingat, ustazah itu menyebut: MASALAH JANGAN DICAMPUR ADUKKAN DENGAN KETAATAN.
Bagi saya, selagi seorang yang bernama suami itu tetap menjalankan tanggungjawabnya, tidak pula memukul atau mendera fizikal mahupun batin kita, kita masih wajib mentaatinya.
Saya kongsikan semula status ini. Semoga bermanfaat.
Selagi bernama isteri:
❤️Siapkan keperluan suamimu – baju kerjanya, stokin dan kasutnya, sapu tangan dan sebagainya. Walaupun mempunyai pembantu rumah, ianya masih tanggungjawab seorang isteri.
❤️Siapkan sarapannya dan duduk makan bersamanya. Walau hanya secawan kopi.
❤️Hantarkan suamimu ke kereta, salam peluk dan saling menciumi. Lambai suamimu hingga hilang dari pandanganmu.
❤️Tanya khabar suamimu ketika dia bertugas. Hantarkan kata rindu dan cinta. Doakan kesejahteraannya.
❤️Di dalam solatmu sentiasa mendoakannya dan doakan perkahwinanmu. Minta Allah jagakan suamimu untuk mu kerana tidak setiap masa kita dapat bersamanya. Tetapkan cinta dan kasih sayangnya hanya untuk kita hingga ke akhir hayat dan sampaikan ke syurgaNya.
❤️Kongsikan kebaikan suamimu bersama anak-anak. Ajari anakmu untuk sentiasa menghormati suamimu sebagai seorang ayah. Dan apa jua keputusan dan keizinan ajari anakmu untuk bertanya kepada suamimu.
❤️Sebelum suamimu pulang, pastikan rumahmu bersih dan dirimu juga berhias dan wangi.
❤️Sambutlah suamimu di muka pintu dengan senyuman dan kemesraan.
❤️Hidangkan makanan malam dan teman atau makan bersamanya.
❤️Mintalah bantuan suamimu. Jangan simpan dalam hati. Bantu dalam urusan anak-anak, keperluan rumah dan sebagainya. Libatkan suamimu.
❤️Sesekali bercutilah berdua atau bersama anak-anak. Atau buatlah aktiviti bersama.
❤️Usahlah segan untuk meminta dari suamimu – minta duit belanja, minta untuk belikan beras, minta untuk pergi ke spa.
❤️Minta izin – walau hanya benda kecil.
❤️Berbuallah dan lapangkan masa bersamanya sebelum waktu tidur. Dengarkanlah apa yang dia ceritakan. Rasa gembira ketika dia gembira dan sabarkan dia ketika dia sedih.
❤️Luahkan segala isi hati atau nyatakan cadangan selepas semuanya selesai dan tenang duduk bersama.
❤️Tidurlah dengan tenang dalam redha Allah swt.
Suamimu umpama BOSS besar dalam mentadbir rumahtanggamu. Libatkan dia dalam semua perkara. Jangan berahsia kepadanya. Dia partner rumahtanggamu.
Suami boleh jadi seperti BAYI yang sering mahu dimanja dan diberikan perhatian. Inilah keindahan ciptaan Allah. Kerana tempat terbaik seorang suami untuk bermanja adalah bersama isterinya.
Saya petik soal jawab ini dari kolum Sinar Islam Sinar Harian yang memetik. Sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan: Adakah sahih hadis isteri sujud pada suami?
Jawapan: Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadis sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadis adalah seperti berikut:
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadis ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadis ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadisini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulama’ mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka, sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Makna hadis
Antara yang boleh difahami daripada hadisini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada ALLAH SWT sahaja. Ini kerana, terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata, makna hadis ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:
“Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sahih li ghairihi]
Kesimpulan
Hadis di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana, sujud hanya dibenarkan kepada ALLAH SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada ALLAH SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas. Akan tetapi, hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagimana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Akhirnya, semoga ALLAH SWT mengurniakan kita suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumah tangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT. Amin.
Taatilah suamimu
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadis (4163), 471/9]
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.