Sesungguhnya bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah bakal ditempuhi. Semua ini kerana setiap anak-anak itu mempunyai perkembangan yang berbeza.

Malah, memang benar mudah untuk memaksa anak untuk melakukan apa yang kita nak. Namun, hakikatnya ia bukan didikan yang betul. Malah ada yang sanggup menghina anak kerana tidak dapat mengawal kemarahan dan kesabaran dalam mendidik anak.

Menerusi perkongsian puan Maryam Thoraya Arifin jelas sungguh bermanfaat untuk kita pelajari sebagai panduan untuk menjadi ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak.


Didik Anak, Bukan Hina Anak. Deep Perkongsian Ilmu Ini!

Write up bonda Noor Hayati Abdul Hamid sering saya cuba hayati, kerana ia terlalu bermakna. Biasanya tulisan Mama, saya tak boleh baca laju-laju, sebab ia perlu dihayati dengan mata hati. Bonda adalah Founder kepada konsep pendidikan di Naluri Kreatif.

Fasa sekarang ialah mari saling apply & memanjangkan ilmu kepada para pendidik, anak didik dan ibu bapa. Moga kesedaran ini, kita boleh upgrade diri saya dan kita semua. Sedikit sebanyak apa yang kita lakukan akan didengar, dilihat dan DIRASA, akhirnya akan terbiasa dalam memori anak.
.
Kita memasuki era yang amat pantas dan moden. Dalam pendidikan, kita mahu menyediakan anak kita agar selari dengan peredaran zaman. Antara satu yang amat penting, adalah dengan upgrade cara layanan kita dengan anak-anak
.
Jemput baca perkongsian beliau:
.
Kita nak anak dengar cakap kita tapi pada yang sama watak kita membuatkan anak lari dari kita….Sedihh….

Kita nak A….buat B pula..

Sampai masanya kita amalkan sunnah sebaik-baiknya, didik anak bukan hina anak.

Cakap dengan anak, beri sebab musabab sesuatu perkara tak boleh dan tak molek dilakukan. Memang memerlukan kesabaran serta kemahiran melakukannya. Sebagai penghibur hati dan menguatkan semangat kita..sama2
sentiasa kita ingat…pesanananNya

“Al-Baqarah:153
Wahai org2 yg beriman,jadikan solat dan sabar sbg penolongmu,sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang Sabar” dan byk ayt lain lagi.

Mendidik anak perlu kesabaran 

Memaksa anak adalah senang. Nak bimbing anak buat dengan kerelaan hatinya sendiri, itulah bimbingan dan pendidikan yang hakiki.

Yang memerlukan kita menjadi seorang yang benar dalam tingkahlaku kita sebagai ibu bapa, penjaga,atuk ,nenek kepada anak cucu yang sedang membesar. Kuasa di tangan kita jangan disalahgunakan.

Tarik nafas panjang2…masukkan oksigen banyak2 dlm diri kita tu. Buya Hamka kata ..manusia yang baik..ialah yg panjang akalnya. Berfikir sebelum bertindak…
Bukan bertindak dulu baru nak fikir.

Terlajak perahu boleh undur
Terlajak tindakan.amat buruk padahnya.

Renungkanlah. Apakah kita telah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita tu.

Bagaimana mereka ke sekolah tadi…?
Hendaknya dengan iringan doa dan senyuman serta semangat berkobar kita temankan dan jadi bekalan kpd anak2 kita.
.
Bukan mereka melangkah bawa bersama hati luka teringat2 kata cemuhan, herdikan di pagi hari tadi.
Berjuanglah mereka dlm suasan jiwa yg celaru di sekolah…amat sedih.
Mengikut kajian (Inst of Heartmaths,Philadelphia,US) perasaan ini akan bersama anak kita selama 6 jam.

Berapa lama anak kita di sekolahBerbaloikah ledakkan emosi kita di pagi hari itu?

Jadilah ibu bapa yang BIJAK
Bijak mengurus emosi
Bijak mengurus diri
Bijak mengurus keutamaan
Bijak memilih kata-kata
Seperti indahnya intan berlian yang tersemat di HATI
.
Selamat berjuang anak-anakku…ibu bapa generasi kini…sahabat2…
Gelaran ibu bapa satu gelaran teramat mulia…
.
Allahuwaklam….

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI