Tahukah anda bahawa setiap 29 September setiap tahun adalah Hari Jantung Sedunia. Penyakit jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia.

Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2019, sebanyak 18,267 kematian (15.6%) daripada 117,387 kematian (yang disahkan secara perubatan) pada 2018 disebabkan penyakit jantung.

Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. Ramai tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi kerana tiada simptom atau gejala. Hidup secara aktif, lakukan aktiviti fizikal atau bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu.

1 daripada 3 lelaki mengidap penyakit darah tinggi manakala 1 daripada 4 lelaki mengalami paras kolesterol yang tinggi.
15.3% kaum lelaki mati disebabkan serangan jantung manakala 6.4% disebabkan penyakit kardiovaskular pada tahun 2016. [Jabatan Statistik Malaysia, 2017]

LAKUKAN! 
Penyakit kardiovaskular boleh dicegah dengan
– Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 3 kali seminggu
– Mengamalkan pemakanan seimbang
– Mengekalkan berat badan unggul
– Berhenti merokok
– Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

IKLAN

Hanya 30 minit yang diperlukan dalam sehari untuk anda kekalkan kesihatan tubuh badan melalui senaman berjalan.
Senaman ini nampak mudah, tapi ia sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan jantung selain mengurangkan berat badan. Jadi, petang ni kalau cuaca cerah, ambillah peluang berjalan di sekeliling kawasan rumah ataupun taman ya!
Jangan lupa patuhi SOP ketika berada di luar rumah.

TAKE NOTE

IKLAN

Semoga kita kekal menjaga kesihatan diri dan jantung.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA