PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Ads
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Bagi MUA Bellaz, jurusolek terkenal, peluang menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Disebalik pergelutan hidup diselubungi pandemik, ibu kepada tiga cahaya mata ini diberi peluang yang boleh diibaratkan bualn jatuh ke riba.
Lebih manis lagi, peluang Itu bukan sekadar bersama suami bahkan MUA Bellaz turut membawa ketiga-tiga anak kecilnya bersama-sama menunaikan ibadah umrah.
Kegembiraan tersebut dikongsikan Bellaz menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik beberapa keping gambar dan video ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Allahuakbar masyallah. Rezeki ya Allah.Doakan semoga dipermudahkan urusan kami pergi dan balik ke tanah suci. Alhamdulillah dapat bawa anak-anak sekali,” tulisnya ringkas menerusi Instagram.
Malah melalui Insta Storynya, Bellaz turut memohon doa agar perjalanannya bersama anak-anak dipermudahkan Allah SWT.
“Apa-apa kalau uolls nak tengok suasana tanah suci boleh tengok dekat IG Bellaz muabellaz. Insyallah Bellaz kongsi serba sedikit suasana dekat sana nanti,” tulisnya lagi.
Perkongsian Bellaz turut mendapat reaksi pengikutnya. Rata-rata mendoakan agar perjalanan Bellaz dipermudahkan. Malah ada yang memintanya berkongsi tip membawa anak ke Tanah Suci.
Dah jadi lumrah tanggungjawab seorang suami menyediakan kelengkapan rumah buat suri hatinya dan anak-anak. Tapi menjadi sebaliknya buat si isteri ini yang sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Sudahlah dapat suami kedekut, dapat pula ibu mentua yang suka berkira!
Bayangkanlah, hanya berbekalkan RM20 seminggu dari suami, itulah duit dapur itulah juga duit belanja anak. Lepas itu, diugut bercerai pula oleh suami.
Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang Peguam Syarie untuk tauladan kita semua. Mari, sama-sama ambil ikhtibar. Buat si isteri, anda seorang yang kuat dan tabah. Didoakan semoga ada sinar kebahagiaan buat anda kelak.
UNGKIT PASAL BELANJA RUMAH, SUAMI UGUT CERAI
Sepertimana yang dikongsikan oleh seorang wanita anak tiga yang mana ketika ini hanya mampu meluahkan rasa sedih di hati sebab tidak bernasib baik seperti isteri-isteri di luar sana.
Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM 20.00 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah.
Cukup tak agak-agak? Itulah wang belanja dapur yang isteri tersebut dapat setiap minggu. Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata “RM20.00 kau masak ini saja?, baik aku lepak mamak”.
RM20 SEMINGGU TU TERMASUK DUIT POKET ANAK, KESIANNYA ISTERI…
Isteri tidak bekerja selepas berkahwin sebab suami minta isteri memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Jaga anak-anak. Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja.
Isteri tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan. Suami kata mampu tanggung.
Kini RM20.00 itulah termasuk duit poket anak sekolah.
DIRI TAK BEKERJA, IBU MENTUA PANDANG MENANTU DENGAN PENUH BENCI
Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun dengan penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.
Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tak banyak dalam RM 150.00 sebulan. Kalau tak ganti memang akan kena marah dengan suami.
SAMPAI MACAM ITU SEKALI SI SUAMI ZALIMI ISTERI…
Suami akan kata “pandai pinjam pandai bayar”.
Isteri tersebut sudah makan hati hampir 8 tahun perkahwinannya sampai naik malu dengan keluarga sebelah isteri dan suami. Hidup susah sebab suami kedekut sangat.
Duit habis ke mesin judi dan bayar hutang kawan-kawan suami. Harta suami memang harta suami sahaja dan tak akan berubah jadi harta isteri dan anak-anak.
ISTERI SUDAH PENAT! BUKAN PENAT HILANG HARI INI, ESOK SUDAH HILANG
Kini isteri tekad dan nekad untuk menuntut perceraian sebab sudah tawar hati dengan hubungan suami isteri ini lagi. Perkahwinan sudah jadi huru-hara.
Isteri sudah penat. Penat yang bukannya harini rehat esok sudah hilang, tetapi penat mental & emosi. Tak boleh lagi dibawa berbincang, jika didesak akan bergaduh.
Kalau isteri saja yang perlu buat segalanya, jadi sukar juga untuk isteri memberikan layanan seperti yang diharapkan. Mungkin pada pasangan lain, lain pula ceritanya.
Oleh itu, dengan membuat suatu keputusan secara berlapang dada dan menerima segala nasihat positif meyakini segala konflik dan problem pada hari ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin untuk manfaat bersama yang berkepentingan dalam perkahwinan tersebut.
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.