Pelakon Izreen Azminda baru-baru ini telah mengadakan majlis tahnik serta aqiqah untuk anak keduanya, Aaron Ibrahim.
Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan ini tampil berpakaian serba ringkas dengan tema turqoise, sedondon dengan suami dan anak keduanya itu.
Majlis tersebut diadakan dalam keadaan sederhana namun penuh bermakna untuk dirinya dan suami, Ude Wahid. Momen tersebut dikongsikan Izreen dengan memuat naik foto mereka sekeluarga di instagram.
Ads
“Terima kasih bagi mereka yang menjayakan majlis tahnik dan aqiqah semalam. Serba sederhana tapi penuh bermakna,” kongsinya secara ringkas.
Begitu pun, penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2013 sehingga kini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak ketiganya pada orang ramai.
Ads
Dalam kesempatan tersebut juga, Izreen turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua kepada suaminya, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Aaron selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibu kota.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.
Bila ada kerajinan dan minat untuk berkebun sayur, walau sekadar di balkoni kediaman pun boleh, tiada masalah. Bahkan bukan satu dua jenis sayur yang dapat ditanam, malah pelbagai. Ini sebagaimana perkongsian dari Gee Ja di laman Facebook yang memiliki ‘kebun sayur’ walau tinggal di tingkat 10!
Difahamkan Gee Ja ada menanam sawi choy sum, pakchoy, kailan, kangkung, bayam, bayam brazil, genovese basil, thai basil, bendi, ulam raja, kunyit, bangun-bangun, pudina.
Cabaran:
-angin kuat, pasu tergolek tu biasa. Saya tak guna pasu yang berat nanti susah nak alih-alih.
-balkoni saya agak terlindung, hujan memang tak kena, cahaya matahari pun agak terhad.
Kena gilir-gilir alih pasu supaya semua sayur-sayur dapat cahaya yang cukup.
-sangkaan awal saya kalau bertanam di tingkat tinggi ni kurang perosak. Sebenarnya tidak – banyak serangan aphid, spider mite (ni paling susah nak lawan), mealy bug & fungus gnat. Setakat ni guna cuka kayu & juga buat spray cili+garlic+sabun cuci pinggan untuk control. Tak berjaya sangat.
Semua pasu saya ni bercampur kulit telur, memang niat saya nak kurangkan sampah dari dapur, guna kulit telur, guna kopi/teh.
Apa lagi ya yang boleh diguna? Saya tak nak guna racun.
Pertanyaan Gee Ja mendapat perhatian warganet dan ramai memberi komen berkenaan cara kawalan serangga perosak secara lebih selamat menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Antaranya Hans Ryder memberikan cadangan, “Tabur kulit telur.. tajam2… jemur kulit telur pastu hancurkan dgn tgn.. kasar sikit tabur dlm pasu… lagi buat buh seulas bawang putih pada setiap pasu.. kasi serangga perosak jauh dari tanaman…”
Selain itu dia menambah lagi, “Boleh spray dgn baja organik iaitu cili api campur bawang putih blend dgn air sabun basuh pinggan… test dulu sikit2.. takut melecur daun nanti…”
Manakala Kuan Kwong Foo memberi komen, “Can Try Neem Oil mixed with Baking Soda and Dish Detergent Liquid … Works for me 🙏”
Komen daripada Afiq Zulkifli pula, “Sy guna jgk kaedah guna spray cili tu.. tp xberhasil, blh cuba pulak nga air cengkih. Saya tukar kaedah ini alhamdulillah serangan aphit, benang dan daun yg kerinting pd cili dah tak ada”
Lain pula cara yang dipraktikan oleh Sarita Subramaniam, ujarnya “Air basuhan beras perap 24jam, siram kat pokok. Memang bau tapi pokok sihat & gemuk.”
Malah banyak lagi komen dan cadangan yang diberikan oleh warganet, apa yang pasti antara mereka tidak lokek berkongsi ilmu penanaman untuk menfaat bersama.
Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan.
Dengan kata lain, anak-anak memerlukan bantuan kita terutama dalam keadaan seperti ini. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi… hati dan jiwa mereka tercalar.
Berikut perkongsian oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan tentang bagaimana cara untuk mengawal anak yang suka mengamuk terutama mereka yang berusia 2 hingga 6 tahun:
Pertama – Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.
Kedua – Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.
Ketiga – Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata- kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.
Empat – ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dengan tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dengan tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.
Lima- Tenangkan diri anda dulu – Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya. Lihat punca mengapa dia mengamuk dan sebagainya.
Enam- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
Tujuh- Minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.
Lapan- Setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik untuk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya.
Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi ibu bekerja, bangun pagi sebelum waktu subuh bagi menyediakan makanan buat bekalan anak-anak ke sekolah memang menuntut usaha yang bukan sedikit.
Anda memang ibu yang hebat kalau berjaya jadikan amalan ini secara berterusan sepanjang tahun. Syabas!
Bagi ibu yang baru nak mencuba dan nak jadikan ia sebagai azam tahun baru, ada baiknya anda ikut langkah wanita ini menyediakan bekalan buat anak-anaknya. Lebih 50 resipi dikongsikan wanita ini. Mengagumkan!
Siap ada menu ketam dan paling best ada lamb grill!
Paling menarik bukan hanya sarapan pagi, malah siap lengkap untuk makan tengahari. Ini memang awesome!
Jom tinjau apa menu yang disajikan oleh Suzana Othman di facebooknya. Kalau anak suka, kita pun gembira. Lagi semangat nak sediakan buat mereka setiap hari.
“Tinggal beberapa hari je lagi nak naik sekolah. Kita share bekal yang kita pernah buat dulu. Sudilah kiranya panjang-panjangkan supaya lebih ramai dapat manfaat. Terima kasih.
Harini kita nak share tips macamana nak bagi juadah nampak menyelerakan, padahal masak tak lah sesedap mana pun..kihkihkih..
1. Pelbagaikan jenis juadah dan pastikan sesuai antara satu sama lain. Jangan masak asam pedas dengan kari pulak ya. 2. Mesti banyak warna. 3. Gunakan bahan yang segar, baru la segar mata memandang. 4. Susun dengan teratur dan kemas. Kalau ada comot-comot kat bekas tu jangan lupa lap ya. Itu je.. Selamat mencuba!
Antara koleksi inspirasi bekal ke sekolah dan tempat kerja. Menu sarapan pagi dan makan tengahari.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.