Pasangan Datuk Sheikh Muszaphar dan isteri sememangnya terkenal kerana sering berkongsi tip kekeluargaan menerusi laman media masing-masing.

Bahkan, Angkasawan Negara ini juga sangat komited dalam mendidik anak-anaknya sedari awal kelahiran lagi. Terbaru, beliau memaklumkan bahawa anak kembarnya, Adam dan juga Noah baru sahaja memulakan kelas mengaji Iqra.

“Seronok Belajar, Tak Nak Balik.” Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Harap Khatam Umur 6 Tahun!

Walaupun baru menjangkau usia 3 tahun, kedua-dua anaknya itu tetap bersemangat mengikuti kelas mengaji tersebut. Melalui perkongsian itu, Sheikh Muszaphar juga memberitahu bahawa anak-anaknya itu menggunakan kaedah Baghdadi dalam pembelajaran membaca Al-Quran kerana terbukti keberkesanannya.

“Seronok Belajar, Tak Nak Balik.” Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Harap Khatam Umur 6 Tahun!

IKLAN

Dalam masa yang sama, beliau turut mensasarkan untuk anak kembarnya itu khatam Al-Quran seawal usia 6 tahu, seperti mana kakak-kakaknya dahulu habis mengaji dalam usia tersebut.

“Sasarannya adalah untuk mereka khatam ketika usia 6 tahun, sama seperti kakak mereka Bella dan Tasha,” Kongsi Sheikh Muszaphar  lagi menerusi laman instagramnya.

 

IKLAN

“Seronok Belajar, Tak Nak Balik.” Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Harap Khatam Umur 6 Tahun!

Dalam masa yang sama, bapa kepada enam cahaya mata ini mengakui keterujaan anak kembarnya untuk belajar dan sering menunjukkan rasa seronok ketika mempelajari sesuatu.

“Seronok Belajar, Tak Nak Balik.” Anak Kembar Mula Mengaji, Sheikh Muszaphar Harap Khatam Umur 6 Tahun!

IKLAN

“Seronok belajar sampai tak nak balik,” katanya. Bagaimanapun, itulah watak si kembar Adam dan Noah menurut Sheikh Muszaphar. 

Sumber: drsheikhmuszaphar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI