Trending kini ramai yang memilih untuk bercuti cara camping. Setelah kerajaan membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri tempoh hari ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti meneroka alam semula jadi.
Biasanya sungai atau pantai menjadi pilihan keluarga untuk camping. Namun yang menyedihkan sikap segelintir yang tidak prihatin menjaga alam sekitar.
Mereka sewenangnya membuang sampah dan sisa makana di sekitar kawasan camping. Malah ada yang tanpa bersalah membuang sampah ke sungai.
Kecewa sikap begitu kian tular dikalangan masyarakat Malaysia, lelaki ini meluahkan rasa terkilan di facebook miliknya. Ikuti pesekongsian saudara Muhamad Azree Bin Abd Rahim ini.
Realiti kenapa ramai mula bergiat dan bercamping bukan sebab sekadar nak luangkan masa dengan keluarga, tapi sebab masing2 tahu poket tak berapa tebal nak sewa hotel mahal2 nak makan siakap sampai terkentut bayar riban2 ingatkan harga rm50 sepinggan anak bawak satu sampan.
sebab tu lah bomba dan JPAM busy sikit kali ni sebab limpahan pengunjung first timer ke lokasi2 piknik (air terjun, tasik, bukit, gunung, pantai even dalam kebun sekalipun) sampai cedera sana sini, lemas, sesak napas atas gunung.
apa yang mereka buat tu betul dah langkah bijak (berekreasi dan meluangkan masa dengan keluarga) tapi yg kurang bijak tu pulak bawak baby, lampin sekali ke pantai atau air terjun salin 3 4 kali. bawak barang berkati kati, tinggalkan sampah pun mengharapkan ada orang dah dibayar gaji jadi tukang kutip mcm balaci.
Hey, korang dah hebat sangat ke nak anggap tukang pembersih sampah tu selayaknya dipandang hujung2 mata je?
Ads
Mentaliti macam ni yang akan jadi domino effect kebanyakan lokasi sedia ada kotor akan terus kotor.
Saya tahu saya ni bukan sapa2 nak tegur. tapi xkan sampai dah takleh perbetulkan macam di Myanmar sana Kangkung pun tanam dalam Longkang air ungu kotor baru rasa nak menyesal?
Mereka negara miskin, boleh maafkan, kita negara semua ada Honda, ada MyVi n Kancil Turbo. Guna otak sikit.
Sampah bersepah
Kalau pergi air terjun, sakit mata tengok dawai BBQ sandar pangkal pokok, lampin pakai buang anak cirit birit berbuntang celah akar pokok, puntung rokok jangan cerita, plastik air ceduk, bekas tupperware asam boi traffic light, jamban jangan cerita, habis kotor dibuatnya. tulang2 ayam bbq tu dah abis makan kalau tak dibakar ditanam lah dalam2. lalat!
please lah rakyat Malaysia, kita tahu kita takde duit tapi tak bermakna kita takde otak kan? pantai di kuala selangor, pantai air papan, air terjun di belah hulu langat semua penuh dengan sampah. korang selera ke mandi and bawak anak kecik berlari tak pakai selipar terpijak sampah2 tu, kena kokak anjing, kena kembur monyet sampai luka sana sini, kencing tikus lagi.
Ads
proof that what im saying is wrong next time! bawak balik sampah tu, jangan buang dekat tong sampah yang dah sedia ada melimpah tu. kalau jijik, jangan berangan nak piknik2 lagi.
foto ini diambil sepanjang kayuhan solo saya di pantai di Jeram Selangor. nota kaki: saya dah kutip sampah tu semula dan masukkan ke dalam beg plastik n buang selepas ambil gambar ini.
Dalam pada itu netizen juga meluahkan rasa terkejut dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang bersikap begitu. Antara komen netizen.
“Teguran yg sgt bagus..mentaliti kebanyankan org di Malaysia…”org camping dia pun nak camping “..kesedaran sivik sgt rendah. Sampah sendiri xleh nk buang apa lagi nk tlg kutip sampah org..”
“Everything starts at home, children imitate their parents.” Mungkin kena belajar common sense, kita hidup bersama dalam masyarakat jadi kena fikir pasal orang lain bukan option tapi MESTI. Mengenali atau tidak bukan ukuran utk buat ikut suka hati. Agama pun tak ajar seseorang jadi KURANG AJAR DAN ADAB. Wallahu’alam.”
“Harap teguran ni dapatlah buka mata Kita semua.”
Moga jadi ikhtibar untuk kita menjaga alam sekitar. Camping-camping juga tapi sampah tu buanglah dalam tong yang disediakan.
Boleh dikatakan roti putih antara makanan yang sentiasa ada di rumah. Apatah lagi anak-anak memang menggemarinya. Jadi tidak hairanlah kita sebagai ibu ayah akan sentiasa membeli roti tidak kira waktu bagi memastikan anak-anak boleh menikmatinya bila terasa lapar.
Namun baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan notis memperlihatkan kenaikan harga roti berjenama Gardenia.
Rata-rata orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga tersebut apatalh lagi sebelum ini, Gardenia sudah pun menaikkan harganya pada 1 Disember 2021 membabitkan kenaikan 30 sen untuk Original Classic 400g dan 45 sen untuk Original Classic Jumbo 600g.
Ternyata ianya bukan khabar angin, dan memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, ia susulan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produknya.
“Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.
Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30, naik 30 sen.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.
Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.
Surat mengenai perubahan harga produk roti Gardenia yang dihantar kepada peruncit itu juga tular di media sosial dan turut dikongsi pengguna Twitter yang menggunakan nama @KlutzyKucing.
“Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik,” ciapnya.
Perubahan harga itu menyaksikan harga produk roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.
Berikut disenaraikan harga baru Roti Gardenia yang berkuatkuasa 1 September 2022 :
Gardenia Original Classic daripada RM2.80 kepada RM3.00
Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4.00
Rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5.00 kepada RM5.50
Meraikan insan tersayang sempena ulang tahun kelahirannya, lazimnya kita akan membeli kek dan menyanyikannya lagu Happy Birthday bersama-sama.
Pun begitu lain pula kisahnya bagi seorang gadis apabila baru-baru ini talah tular video di TikTok yang memaparkan gadis tersebut menerima kejutan seorang ‘uncle’ yang duduk di meja sebelah semasa sambutan hari lahir di salah sebuah restoran telah mencuri tumpuan.
Apa yang dapat dilihat melalui video tersebut, seorang gadis ini bertemankan rakannya sedang meraikan ulang tahun kelahiran dengan terhidang sepotong kek yang tertulis Happy Birthday di hadapannya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila rakannya ingin merakam momen sambutan hari lahir tersebut dan seterusnya ingin menyanyikan lagu Happy Birthday, namun tiba-tiba lelaki di meja sebelah menawarkan diri untuk menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Siapa sangka rupa-rupanya lelaki yang disangka uncle itu, adalah penyanyi Man Bai yang terkenal bersama kumpulan Gersang dan kemudian apabila bergerak secara solo, begitu popular dengan lagu ‘evergreen’ Kau Ilhamku.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga melebihi 200K tontonan, 39K tanda suka dan melebih 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan kemunculan Man Bai bahkan tumpang gembira dengan sambutan Hari Lahir gadis tersebut.
bday gift paling mahal ni 😭
The best birthday gift ever . I jealous 😅
Sir mambai. Thank you for bring back my childhood memory. Simple song but full memories.
Alhamdulillah.. Terbaikk.. suara masih mantap. Bertuahnya siap pakej nyanyi free & wish daripada artis Man Bai.
Pelakon dan pelawak Amran Tompel, 72, meninggal semasa dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.37 petang, hari ini (Sabtu).
Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.
“Saya sebenarnya baharu balik dari Perak dan sebaik sampai di Kuala Lumpur baru sempat baca mesej WhatsApp berkenaan kematiannya.
“Kematiannya berpunca dari kanser usus, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan jalani kuarantin.
“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya kepada Harian Metro.
Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie. Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.
Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.
Terdahulu Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramlie mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar.
Dia juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.
Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak.
Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.
Beliau yang pernah mewarnai industri lakonan tanah air sekitar 1990-an hingga 2014, sebelum ini pernah beberapa kali diserang angin ahmar.