Dah jadi lumrah bila duduk di kawasan flat atau apartment, tak dinafikan terdapat banyak situasi dan perangai manusia yang mengjengkelkan yang perlu dihadap hampir setiap hari. Kalau sekali dua berlaku mungkin boleh bertolak ansur lagi. Tapi bila dah semakin ‘naik lemak’, ia sekali gus mengganggu kehidupan dan emosi jiran-jiran yang lain.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang penghuni apartment @daddydos yang melepaskan rasa ketidakpuasan hati di TikToknya baru-baru ini. Akui kehidupan keluarganya tidak tenteram apabila lantai dan kain yang dijemur di luar sering berminyak, gara-gara wap yang terhasil daripada aktiviti jiran bawah unit apartmentnya memasak di beranda.
Difahamkan isu ini sudah berlanjutan dalam tempoh setahun. Segala usaha termasuklah bersemuka dengan wakil pihak pengurusan dan jiran tersebut sudah pun dibuat, namun begitu tiada sebarang perubahan berlaku.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga mempersoal apakah tujuan jiran tersebut memasak di bahagian luar walhal setiap unit apartment sudah dilengkapi dapur luas. Tidak ketinggalan, mereka turut berkongsi 1001 ragam tidak prihatin jiran di kawasan tempat tinggal masing-masing.
Setiap hari pasti ada yang menantikan perkembangan terkini adik kesayangan ramai iaitu adik Ainul Mardhiah yang kebelakangan ini kesihatannya tidak memuaskan.
Untuk perkembangan terkini, ayahnya Ahmad Safiuddin untuk hari ini berkongsi perkhabaran kurang baik apabila Ainul diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan semula bertujuan untuk merehatkan badan serta otaknya dari demam sawan berulang.
“Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.
“Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik.” tulisnya.
“Saya Redha & Halalkan Anak Saya”
“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
“Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya.” tambahnya.
Ruang laundry kini menjadi satu ruang yang tidak hanya menempatkan mesin basuh semata-mata tanpa diberi sentuhan dekorasi oleh pemilik kediaman.
Bahkan untuk menampakkan ruang mencuci pakaian lebih selesa dan teratur, perletakkan bahan-bahan pencuci pakaian juga turut diberi tumpuan.
Contohnya seperti perkongsian daripada Nadzirah Azlan yang begitu kreatif dan praktikal dalam menghasilkan laundry dispenser dengan menggunakan balang kuih dan kepala paip.
Walaupun menggunakan bahan-bahan yang biasa-biasa sahaja, namun hasilnya memang hebat.
Buat anda yang ingin hasilkan laundry dispenser dengan cara jimat, bolehlah baca perkongsian penuh daripadanya di sini.
Nama Lara Khadijah McAfee menjadi perhatian netizen di media sosia gara-gara tular kisahnya mengutuskan surat kepada Ketua Pengarah Malaysia. Apa yang lebih istimewa lagi, surat tersebut kemudiannya mendapat balasan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut murid Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman itu, dia tidak menyangka akhirnya sepucuk surat daripada Ketua Pengarah Kesihatan tiba di peti surat rumahnya.
Surat yang tular itu adalah tulisan Lara dalam menghargai usaha Dr Noor Hisham dalam mengekang wabak Covid-19. Dalam pada itu, si cilik yang tinggal di terengganu turut menghadiahkan ‘loom band’ atau gelang getah sebagai tanda salam perkenalaan lepada Ketua Pengarah Kesihatan.
Kedua-dua surat tersebut juga telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Ada yang berkongsi ucapan tahniah atas kebijaksanaan dan keluhuran hati Adik Lara dalam mengungkapkan kata-kata kepada Datuk Dr Noor Hisham.
Comel je adik Lara Khadijah Anuar Mcafee pandai menghargai ‘frontliner’ kita
Adik Lara cakap tak sangka dapat respond dari Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Katanya surat yang diterima akan di ‘frame’ di bilik. Wah! Inspirasi sangat kan…
Baru berusia 9tahun, kecil kecil cili padi, adik Lara ni bergiat aktif dalam sukan gimnastik dan muay thai malah pernah memasuki pelbagai pertandingan tau.
Beauty with brain ni 😍
Oh sebab ada yang tanya kenapa nama Lara ada Mcafee.. she mix gaisss…. daddy omputih 😁
mommy name Mutiara.. daddy name Anuar Mcafee. adik beradik 3 orang.. Cornelius, Aidan dan Lara. 2 lelaki 1 perempuan and she is the youngest..
Sementara itu, Puan Faridah Mohd Ali dalam perkongsiannya di Facebook turut membuat ulasan mengenai kisah adik Lara.
Surat Lara Khadijah Kepada Datuk Dr Noor Hisham ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surat yang ditulis oleh Lara kepada Datuk Dr Noor Hisham ini menarik hati seluruh rakyat Malaysia. Terharu sekali membacanya. Surat Lara menyentuh hati kita. Anak sekecil itu menaruh harapan kepada beliau. Lara mungkin telah memasang impian menjadi insan sehebat Datuk Dr Noor Hisham.
Lara Khadijah McAfee, pelajar tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu ini benar-benar mengkagumi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia itu atas segala usaha dalam melaksanakan tanggungjawab beliau menangani Covid 19 yang melanda negara. Melalui handphone ibunya, surat itu dihantar kepada Ketua KKM Datuk Dr Noor Hisham itu.
Dan Datuk Dr Noor Hisham membalas surat Lara Khadijah itu. Beliau berterima kasih kepada Lara yang mengirimkan gelang tangan biru yang sangat cantik itu. Dipakaikan gelang itu kepada cucunya dan ia sangat menyukai pemberian Lara. Beliau sangat berbesar hati berpesan kepada Lara dan seluruh rakyat Malaysia agar terus tetap di rumah. Seluruh rakyat telah memainkan peranan yang baik dan bersama-sama beliau untuk menangani Covid19. Suatu hari nanti giliran Lara pula yang akan membantu menaikkan Malaysia.
Betapa beliau berjaya menambat hati seluruh masyarakat Malaysia dari sekecil Lara sehingga warga emas di hujung kampung. Inilah yang disebut “Doctor By heart”😭😭😭😭😭
Kata beliau kepada petugas Kementerian Kesihatan.. “Harapan negara kini disandarkan ke bahu kita. Sama ada kita berjaya atau tidak, ia bergantung kepada kita untuk menerajui perjuangan ini dan melakukan yang terbaik demi Raja dan negara.”
Figura ini menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Setiap hari kemunculannya dinantikan untuk mendengar beliau mengumumkan status serta laporan semasa berkaitan dengan Covid19. Beliau cukup tenang, matang dan bersikap begitu profesional, meskipun tugas itu cukup berat baginya. Dalam kepenatan yang belum nampak penghujungnya, kemunculannya menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat. Harapan dan jiwa rakyat indah berbunga.
Malahan seluruh rakyat semakin mengkagumi Ketua Pengarah KKM ini apabila beliau dan dua orang doktor lagi dipilih antara tiga orang doktor terbaik dunia oleh Portal China Global Televisyen Network (CGTN). Portal itu menamakan Datuk Dr Noor Hisham sebagai wajah yang paling dipercayai.
Lebih mengharukan, Datuk Dr Noor Hisham begitu berjiwa besar apabila pujian dan pengiktirafan yang beliau perolehi itu dipulangkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kesihatan, Menteri-menteri, seluruh petugas frontliners, seluruh rakyat dan negara Malaysia. Begitu menyentuh hati sekali. Insan ini begitu luhur budinya.
Kita doakan rahmat dan keberkatan untuk Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Dilanjutkan usia dan terus kuat dalam tugasnya.