Tiada kejayaan yang datang bergolek di depan mata andai tidak disusuli dengan usaha gigih. Bagi pasangan ini, kehidupan mereka mula berubah bila mana suami yang sihat tiba-tiba jatuh sakit.

Menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada pemberian sumbangan baitumal dalam menyara lima anak. Enggan duduk menanti bantuan, isterinya yang bernama Titin mengambil keputusan untuk bekerja dengan menjual susu.

Kisah pasangan Titin dan Syafizan ini dimuatnaik oleh Azmi Zainal menerusi laman facebooknya. Menurut Azmi, kisah ini  dikongsikan oleh Sakinah Lee yang membantu pasangan ini sehingga berjaya.

“Suami Tiba-Tiba Jatuh Sakit & Hilang Punca Pendapatan.” Kisah Pasangan Ini Bangkit Semula Dari Kegagalan Sangat Berinspirasi.

Kesusahan membuatkan pasangan ini bangkit dan berjaya.  Cukup berinspirasi kisah ini.


Hilang punca pendapatan

IKLAN

Titin dan syafizan mengharungi cabaran kehidupan apabila syafizan seorang usahawan oil & gas tiba2 jatuh sakit dan hilang upaya setahun yang lepas. Kehidupan keluarga ini bertukar 180 darjah. Suaminya perlukan rawatan dan bekalan susu khusus melalui tiub… mereka hilang punca pendapatan.

Mereka hanya bergantung dari pemberian keluarga dan juga baitul mal untuk menyara anak seramai 5 orang. bagi keluarga ini duit bantuan baitul mal itu ibarat macam mendapat seketul emas setiap bulan. Titin tidak boleh bekerja kerana syafizan harus di bantu untuk bergerak.

“Suami Tiba-Tiba Jatuh Sakit & Hilang Punca Pendapatan.” Kisah Pasangan Ini Bangkit Semula Dari Kegagalan Sangat Berinspirasi.

IKLAN

Tak punya modal

Sakinah di pertemukan dengan pasangan ini apabila ada sahabat mohon sumbangan untuk mereka. Bermula dari situ lah juga Titin di latih oleh sakinah menjadi HD. Titin dan syafizan tak punya modal… sakinah buat event bersama mereka d sekolah2 dan keuntungannya dijadikan modal buat Titin. Syafizan tidak mahu tewas… di dalam kesukaran itu beliau tetap berdegil untuk turun berjualan bersama.

“Suami Tiba-Tiba Jatuh Sakit & Hilang Punca Pendapatan.” Kisah Pasangan Ini Bangkit Semula Dari Kegagalan Sangat Berinspirasi.

IKLAN

Anak2 ini sedar kesusahan ibu bapa mereka, anak2 ini tidak meminta malah anak2 ini juga turut sama membantu dengan menjual d sekolah pada rakan2 dan untungnya dijadikan duit belanja sekolah mereka. “Cik hari ni kita makan kenduri cik”… itulah kata2 anak2 ini pada sakinah bila ibu mereka membelikan mereka nasi goreng pattaya sekembalinya dari berniaga. Bagi anak2 ini nasi goreng pattaya itu begitu enak ibarat makan kenduri.

“Suami Tiba-Tiba Jatuh Sakit & Hilang Punca Pendapatan.” Kisah Pasangan Ini Bangkit Semula Dari Kegagalan Sangat Berinspirasi.

Bangkit semula

Kini jualan titin dan syafizan telah meningkat. Dalam kesusahan itu mereka boleh jual 1 pallet susu uht seminggu. bulan ini sahaja beliau boleh dapat untung kasar hampir RM 2000 ringgit. Jadikan lah cabaran Titin dan syafizan ini sebagai pendorong kita untuk belajar erti kehidupan, cabaran, ketahanan, kesetiaan, semangat untuk bangkit semula. Titin punya sejuta alasan untuk gagal, syafizan juga begitu…tetapi mereka sedar… alasan tidak dapat membantu mereka.?sakinah ?Titin… SELAMAT HARI WANITA

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI