Ibu mana yang tidak risau kalau jam dah mencecah tengah malam, tetapi anak gadis masih belum pulang ke rumah!
Itulah yang dirasai oleh penyanyi Sharifah Zarina yang menunggu anaknya, Athalia Deena Khamis lalu yang berdepan detik cemas selepas sesat ketika mencari jalan pulang ke rumah.
Perkara ini dikongsikan oleh Sharifah Zarina sendiri menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya.
Difahamkan Athalia yang baru selesai menghadiri sebuah majlis gagal menjumpai jalan pulang disebabkan aplikasi waze tidak boleh digunakan kerana telefon bimbitnya sudah kehabisan bateri.
“Saya hairan dah pukul 12:30 malam dia tak balik-balik, saya dah panik dan risau waktu itu. Saya check guna aplikasi Friends Finder dia berada di Kepong, waktu itu saya anggap dia guna jalan belakang.
“Tapi saya hairan kenapa dia lama sangat dekat situ tak bergerak, saya rasa dia habis bateri, rupanya memang betul dia habis bateri dan wayar caj telefon pula rosak ketika itu. Malam tu juga nak rosak, tak pernah-pernah rosak.
“Dia kata dah hampir sejam pusing dekat kawasan sama, anak saya sesat di kawasan tersebut selama sejam rupanya, Allahuakbar,” katanya dalam video tersebut.
Ads
Bagaimanapun, penyanyi yang hits dengan lagu Langit Ketujuh itu menjelaskan akhirnya Atahlia berjaya sampai ke rumah selepas dibantu oleh seorang penghantar makanan.
Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya itu memanjat rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada individu tersebut yang dikenali sebagai Muhd Zul Naim kerana membantu anaknya.
Ads
“Athalia berhenti dekat satu stesen minyak dia pinjam telefon dekat orang di situ. Mula-mula ada yang tak bagi pinjam sebab khuatir dia penipu kan.
“Kemudian ada seorang abang grab food, dia sudi beri pinjam. Bukan itu sahaja tau, abang itu sanggup hantar dia balik sampai depan rumah. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap apa.
“Saya sampai mesej abang itu minta nombor akaun nak upah sebab dah bantu anak saya. Saya cakap dengan dia susah nak cara orang baik macam itu zaman sekarang ni.
Ads
“Dia kata ikhlas, dia hanya minta saya doakan dia dapat lebih banyak order lepas ini,” jelasnya.
Setiap orang memiliki impian untuk memiliki kediaman sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Inilah syurga kecil keluarga untuk berteduh.Hasil titik peluh dan penat berbaloi apabila melihat hasilnya Di depan mata. Demikian juga dengan penyanyi Black Hanifah. Dia baru-baru ini berkongsi kegembiraan apabila kediaman yang menjadi impiannya selama ini bakal siap tidak lama lagi.
Menerusi laman Instagramnya, bapa kepada sepasang cahaya mata ini memuatnaik video yang menunjukkan ruang dia bahagian Dalam Dan luar rumahnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai yang rata-rata memuji rumah tersebut nampak cantik walaupun belum siap sepenuhnya.
Menurut Black, ini adalah rezeki anak-anak dan isteri untuk tahun 2022. Rumah corner lot yang dibeli itu nampak luas dan bakal diduduki tidak lama lagi oleh Black sekeluarga.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran anak, tentu kita sebagai ibu ayah teruja untuk memberikan hadiah istimewa sempena meningkatnya usia anak kita. Kalau dapat, kita akan cuba usahakan untuk membeli hadiah yang menjadi kesukaan anak-anak.
Begitulah juga kisahnya untuk keluarga ini yang sedang meraikan majlis hari lahir anaknya yang juga turut dihadiri oleh ahli keluarga yang lain. Di majlis tersebut ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal kepada anak lelakinya.
Ternyata anak tersebut cukup gembira dan bahagia menerima hadiah daripada ayahnya namun setelah datuknya sampai di muka pintu, tiba-tiba anak tersebut dilihat lebih teruja melompat keriangan dan gelagatnya cukup menarik perhatian warganet.
Hadiah Atuk Lebih Hebat
Menerusi video ini dilihat anak lelakinya hanya menaiki basikal tersebut beberapa minit sahaja dan terus turun daripada basikal tersebut apabila terlihat atuknya datang dengan membawa hadiah yang lebih hebat pada pandangannya.
“Tak tahu nak nangis ke gelak, ayah dia tak sempat nak tekan button record anak dia naik basikal”-Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Bahkan di perkongsian video lain, dapat dilihat bukan sahaja hadiah daripada ayahnya sahaja ‘direject’ malah boleh dikatakan semua hadiah lain tidak dapat menandingi kehebatan hadiah yang diberikan oleh atuknya.
Apa yang pasti, memang hebat pemberian daripada atuk ini sebab dalam banyak-banyak hadiah yang diberikan tiada satu pun mampu ‘menawan’ hati anak ini.
Struggle Gaji Hanya RM1600, Wanita Ini Buktikan Mampu Bertahan
Persaingan sengit punca ramai termasuk graduan sanggup menerima gaji rendah. Tiada lagi sikap memilih kerja tetapi semuanya hanya untuk mencari pengalaman dalam pelbagai sektor pekerjaan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini membuktikan gaji kecil bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan biarpun bergaji kecil.
Pengalaman pernah survive dengan gaji hanya RM1600 di Kuala Lumpur, wanita ini kongsikan pendekatan yang digunakannya.
Biarpun ia perkongsian sekian lama namun kisahnya ini harus dijadikan inspirasi bagi yang melalui situasi yang sama. Moga kisah ini jadi motivasi buat semua!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Struggle dengan gaji hanya RM1600
Tika saya di offer kerja fresh graduate starting RM1,600. Saya terus grab, walaupun tempat kerja tersebut jauh dengan keluarga. Peluang hanya datang sekali, kita rebut-rebutkan 1. Rumah takda, kita cari bilik sewa
2. Kenderaan takda, kita guna apa yang ada saja iaitu motor kesayangan saya
3. Macam-macam cerita menakutkan saya bila tinggal di kawasan perumahan tersebut, termasuklah kes bunuh berdekatan perumahan saya sewa tu. Allah kan ada, saya pujuk hati.
4. Rakan-rakan baru yang kita tak kenal, jangan di musuhi. Kita kenal dulu, kot-kot terbina masjid kita kat situ
5. Rasa cemburu juga lihat member bawak pamphlet honda di hari pertama training, waktu tu baru setengah bulan kerja. Gaji yang masuk dalam akaun hanya lah RM400. Rasa nak nangis masa tu.
6. Waktu ni baru nak belajar dalam industri perbankan, banyak benda baru yang dipelajari. Tapi hati-hati tak semua orang suka berkongsi skill mereka, takut kurang bisnes mereka kata. Saya redha dan terus mencari jalan dan rentak dalam industri ni.
7. Di saat serba kekurangan waktu ni lah mula panjang akal, saya mula rekod segala perbelanjaan saya. Segala resit semua saya simpan. Terhadkan perbelanjaan yang tidak penting.
8. Kerja di dalam service centre bank iaitu dalam shopping mall, dugaan hebat sangat. Tiap-tiap hari nampak barangan cantik dan ada je sale yang di offer. Ku kuatkan iman, ini semua dunia.
9. Dulu tak suka isi minyak penuh, nanti mula lah panjang langkah. Ku isi cukup untuk ulang alik ke tempat kerja.
10. Tinggal sorang-sorang dalam bilik sewa hampir 3 tahun, ku penuhi masa dengan mengaji dan peluk al quran. Selalu doa, agar dimudahkan urusan dan diberi kekuatan.
11. Tiba lah satu masa, di offer kerja admin dengan permulaan gaji RM1000 waktu tu. Saya terus grab! Bukan senang nak dapat RM1000, saya tekun kerja part time hinggalah ke waktu subuh siapkan kerja yang agak heavy masa tu.
12. Walaupun kerja admin tu dibuat selepas waktu kerja, Alhamdulillah saya masih boleh perform dengan kerja hakiki. Saya dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun. Syukur!
13. Rezeki tak pernah salah alamat kan.
14. Di ketika saya buat kerja hakiki dan kerja admin, saya adalah seorang student part time degree accounting di shah alam. Bila dah mula kerja, priority kita adalah mencari rezeki, saya masih cekal cuba untuk kekal on track. Waktu cuti saya dihabiskan di library sorang-sorang hinggalah ke waktu malam.
15. Waktu ni keluarga mula merajok dengan saya sebab jarang balik dan jadual terlalu padat. Hinggalah saya terbaring, kepala pening dan muntah. Rupanya doktor bagitau, darah tinggi saya naik mendadak.
16. Saya diberi pilihan mahu tidur dan rehat atau mau makan ubat seumur hidup. Pastinya saya pilih untuk tidur! Dari situ saya let go satu per satu kerja saya. Dari belajar part time, kerja hakiki dan last sekali kerja admin dan pa.
17. Biasa dengar kan 3 tahun pertama kerja adalah tempoh membina kewangan kita. Saya latih dan disiplin kan diri. Bukan mudah dan senang nak jadi seperti sekarang. Simpanan yang dibina terus terbina dengan jayanya. Sifat merendah diri dan menghargai keluarga kita terus utuh dalam diri.
18. Jika sekarang korang tak nampak apa yang korang kena buat, pejam mata dan bayangkan siapa big why kita dan kenapa kita kena terus kuat dan berjaya?
19. Setiap orang punya cita-cita dan impian yang nak di capai, belajar berdiri di atas kaki sendiri dan belajar buat keputusan sendiri iaitu yakin dengan diri kita sendiri. Baru lah keluarga kita pun yakin yang kita ni satu hari nanti mampu bina keluarga dan bina empayar sendiri kemudian hari. Aamin.
Sekian dari saya, Kini saya seorang consultant di area kl dan seremban, masih berkerja keras mencari rezeki untuk masa depan kita
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.