Baru-baru ini pelakon, Datin Almy Nadia dimasukkan ke pusat rawatan akibat hamil luar rahim dan terpaksa menjalani prosedur pembuangan cyst. Oleh sebab posisi ketumbuhan itu berhampiran dengan rahim, operation perlu dijalankan segera kerana dikhuatiri pecah.
Sedang melalui proses sembuh di rumah, ibu kepada 4 orang anak ini bagaimanapun sangat beruntung kerana Datuk Fizz Fairuz tidak berkira menjaganya. Umum sedia maklum, selain dari watak serius, Datuk Fizz yang juga pelakon sering memainkan watak lucu dalam drama atau filem yang dilakonkan. Malah, bagi yang mengikuti pasangan suami isteri ini pasti tahu bahawa Datuk Fizz sememangnya sering kelakuan lucu ketika di rumah.
Dalam tempoh pulih dan demi menggembirakan mood si isteri, aktor tersebut dilihat sanggup memakai uniform lengkap petugas kesihatan (scrub suit) dan lagaknya tak ubah seperti seorang doktor profesional.
Setiap kali masuk ke bilik untuk memberikan injection, ada saja benda ‘gila’ yang akan dibuat oleh Datuk Fizz Fairuz. Ini termasuklah memakai PPE lengkap satu badan dan berdialog seperti jururawat sekali gus membuatkan isterinya tergelak besar sepanjang masa.
Ads
Momen ini dikongsikan oleh Datin Almy sendiri di story Instagram miliknya dan pada masa yang sama ada peminat yang sempat tangkap layar video tersebut dan dimuat naik di laman Tiktok miliknya.
Meninjau di ruangan komen laman Tiktok tersebut, rata-rata terhibur mendengar dialog kelakar Datuk Fizz Fairuz, malah turut memuji sikapnya sebagai seorang suami yang baik. Ada juga yang berharap semoga mereka dikurniakan pasangan selucu itu satu hari nanti.
Tular video & audio empat orang anak maut akibat campuran ubat batuk dan ubat selesema dengan susu yang mengakibatkan ibu bapa terutama kaum ibu melahirkan rasa kebimbangan atas faktor keselamatan anak-anak. Admin sendiri pun pernah memberi anak masa kecil, campuran ubat demam dalam susu tetapi atas nasihat doktor bahawa susu itu kena dihabiskan supaya dos ubat tepat.
Namun, kisah yang menjadi tular ini, walaupun tidak diketahui kesahihannya, sehingga pihak pihak pun menafikan, ia tetap memberi impak kepada ibu bapa bahawa jangan buat main-main dengan ubat-ubatan terutama yang diberikan kepada anak-anak.
Untuk mengelak berlaku kekeliruan dan atas dasar tanggungjawab sosial, melalui perkongsian Dziehan Mustapa _Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3), memberi komen mengenai video audio tular itu dan memberi pendedahan kepada ibu bapa teknik yang betul dan mudah memberikan ubat kepada anak. Moga perkongsian ini bermanfaat.
_______________________________________________________________
TULAR VIDEO & AUDIO MENGISAHKAN CAMPURAN MAUT SUSU & UBAT
Cerita audio itu adalah seperti berikut :
[ Seorang ibu ada 4 orang anak yang batuk. Ibu ini campurkan ubat batuk dan ubat selesema dalam susu. Sebab anak tak mahu makan ubat. Untuk mudahkan anak minum. Maka 4orang anaknya itu pun tidur. Kemudian suaminya balik ke rumah, dia tanya apa itu di atas meja dan si ibu jawab ia adalah balance susu tadi. Suaminya test minum dan terus muntah. Suami tanya kenapa susu rasa semacam? Kemudian si ibu tadi kata dia campur ubat dalam susu itu. Si suami terus pergi lihat anak-anaknya untuk dikejutkan daripada tidur, sekali lihat semua dah meninggal. Kemudian mereka bawak pergi hospital dan doktor sahkan apa-apa ubat jika campur dengan susu boleh jadi ‘poison’. So take note jangan campur ubat dengan susu formula sebab kita tak tahu nanti jadi apa ] *****************************************
Sekali dengar dan lihat video seolah-olah macam meyakinkan . Namun melalui cerita ini boleh timbul banyak persoalan.
* 4 orang anak itu berapa umur mereka? * Berapa banyak si ibu campur ubat batuk dan selesema itu ke dalam susu formula itu? * Bagaimana cara anak dia minum susu itu?guna cawan atau botol susu * Adakah susu tersebut habis diminum? * Adakah suami muntah lepas minum balance susu itu disebabkan ia beracun atau sebab rasa tak best sehingga boleh muntah? * Jika rasa susu semacam dan tak best sebab campur 2 jenis ubat, bagaimana 4 orang anak itu boleh minum? * Suami kejutkan anak tapi semua sudah meninggal… Jika sudah meninggal kenapa bawak pergi hospital? * Kemudian audio itu berkata doktor sahkan apa-apa ubat dicampur dengan susu formula boleh bertukar menjadi racun… Hmm bagaimana doktor tersebut mengesahkannya? *****************************************
Kemudian keluar penafian oleh pihak polis di Bera Pahang bahawa klip video yang tular pada hari ini adalah kes lain dan bukan kononnya kes kematian 4orang anak.
Maka siapalah punya angkara kisah tular audio dan video ini hari ini? Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya benarkah semua ini?
Betul ke cerita ini? Entahlah , saya pun tidak mengetahuinya. Tapi melalui penafian pihak polis berkaitan video itu, kemungkinan juga file audio yang ditularkan juga boleh dipersoalkan.
*****************************************
OK mari kita bincang sikit beberapa perkara.
Bab ubat bercampur susu jadi poison…. Saya cuba cari kajian jika ada, tapi tiada yang dijumpai. Yang dijumpai adalah fakta yang memberitahu bahawa resapan besi(iron) dan kalsium boleh dipengaruhi apabila diambil bersama-sama. Resapan ubat yang berbeza atau terganggu…Namun tiada pula dinyatakan campuran boleh menjadi poison.
Seterusnya ubat batuk dan selesema daripada kumpulan Antihistamine memang dilarang pemberiannya kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kerana boleh menyebabkan “respiratory depression”. Namun dalam kisah ini kita tidak tahu umur semua kanak-kanak yang terlibat dan daripada audio itu juga tidak diberitahu berapakah dos 2 jenis ubat itu telah dicampurkan dalam susu tersebut. *****************************************
Oleh itu boleh ke tidak boleh campur ubat dengan susu formula?
Saya pun tidak tahu jawapannya. Tetapi saya mungkin nak bagi tips lain untuk atasi situasi ini.
OK, kenapa nak campur ubat dalam susu? Memang tujuan untuk sorokkan rasa pahit atau tidak sedap ubat agar mudah ubat kanak-kanak mengambil ubat tersebut.
TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR / SIRAP KEPADA BAYI (Rujuk Infografik)
1. Jika bayi meronta-ronta ketika hendak diberikan ubat, membendung bayi boleh membantu mengurangkan pergerakkan bayi seterusnya memudahkan pemberian ubat
2. Gunakan picagari untuk membantu menyukat dos ubat dalam bentuk cecair dan sirap dengan tepat dan memudahkan pemberian ubat kepada bayi.
3. Dukung bayi agar berkedudukan sendeng (tidak mengambil atau berbaring) dan masukkan picagari ke dalam mulut bayi.
4. Halakan picagari ke arah bahagian dalam pipi bayi, kemudian tekan picagari secara lembut dan perlahan-lahan. Masukkan dos ubat sedikit demi sedikit.
5. Elakkan mencampurkan ubat ke dalam susu bayi kerana jika bayi tidak menghabiskan susunya maka pemberian dos ubat menjadi kurang tepat
**Teknik no.3&4 itu penting. Sebab kita pancutkan ubat melalui picagari ke bahagian dalam pipi bayi dan di hujung adalah kerana kawasan tersebut bukan kawasan deria rasa pahit pada lidah… dan di bahagian hujung sebelah dalam untuk memudahkan ubat mengalir dan bayi terus menelannya. *****************************************
Oleh itu, tidak perlu pun sampai nak campurkan ubat ke dalam susu mahupun ke dalam apa-apa makanan seperti pisang. Yang penting teknik pemberian dan sukatan dos kena tepat.
Mungkin boleh jarakkan juga pemberian ubat dan minum susu kerana ditakuti jika diambil bersama-sama menyebabkan proses resapan ubat terganggu.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800886722 (8am-5pm Isnin-jumaat). Gunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh KKM ini. Elakkan bertanyakan soalan kepada penjual produk.
Pegawai Farmasi Anda Mohd Dziehan Mustapa Medical Mythbusters Malaysia (M3) #kenaliubatanda #RunWithM3
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan suami isteri memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan.
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid terharu apabila menerima kejutan sempena ulang tahun kelahiran ke-28 yang dilakukan oleh suaminya Raf Yaakob.
Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, hari lahir dan sambutan tersebut dijayakan pada April lalu namun baru sempat dikongsikan di laman Instagram baru-baru ini.
Mawar berkata, suaminya yang juga adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu menyewa sebuah banglo dan menampilkan seorang tukang masak daging wagyu bagi meraikan hari lahirnya bersama rakan-rakan mereka.
“Kali pertama menangis ketika menyambut hari jadi. Suami sewa banglo dan siap sewa tukang masak wagyu, kawan-kawan bawakkan belon,” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Malah dalam perkongsian tersebut kelihatan pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut memeriahkan momen istimewa berkenaan dengan penuh bahagia.
Dalam masa sama, pelakon drama TQ Captain itu mengakui jarang menyambut hari lahir secara bermewah sekali gus menghargai usaha rakan-rakannya yang memberikan hadiah bernilai ribuan ringgit.
“Semua bagi hadiah mahal-mahal kat Mawar. Kali pertama kawan-kawan habiskan beribu untuk hari jadi. Segan pula sebab tak pernah.
“Mawar ni sederhana, kalau hari lahir, potong kek kat rumah bersama keluarga pun dah gembira. Memang dah terbiasa dari kecil potong kek je kalau hari lahir.
“Sebab tu hargai sangat bila dapat hadiah masa hari lahir. Terima kasih suami dan rakan-rakan semua. Terharu yang teramat sampai tak dapat menahan air mata. Sayang korang,” katanya.
Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.
Selain itu, Mawar turut mempunyai dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 12, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 8.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan pengumuman PKP terus dilanjutkan sehingga awal Ramadan, pastinya kita semua rindukan suasana solat tarawih di masjid.
Namun begitu, pastinya kita juga tidak mahu terlepas peluang untuk menunaikan solat tarawih di rumah bersama keluarga tercinta.
Jadi sebelum tibanya malam 1 Ramadan, jom kita fahami dahulu cara dan bacaan-bacaan dalam solat tarawih terutamanya untuk persiapan menjadi imam sepertimana yang dikongsikan ini.
Terawih Ramadhan 2020M / 1441-1442H 🌙
Memandangkan PKP Covid19 masih berlanjutan sehingga ke bulan puasa maka persiapan awal boleh lah di buat antaranya ialah solat terawih.
Berikut adalah panduan ringkas & lengkap untuk solat terawih di rumah. Para ayah2 atau semua boleh la persiapkan diri lebih awal utk berjemaah dgn ahli keluarga nanti.
Ajak ank2 dan semua ahli keluarga yg berada di dlm rumah utk berjemaah bersama supaya suasana lebih meriah dan penuh berkat. Tiada istilah ponteng para abah2 semua.
Mudah2an menjadi latihan dan bekalan utk kita kelak. Anggaplah peluang ini sekali seumur hidup Allah bagi kepada kita. Semua yg terjadi ada hikmah dan rahmatNYA.
Selamat beramal semua..
* Nota – Surah selepas Al Fatihah tu sunat hukumnya , jika surah yg dicadangkan itu kita tak ingat , boleh ditukar kepada Surah yang kita dah ingat
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...