Membina atau mengkhususkan satu ruang bilik di dalam rumah menjadi ruang ibadah atau dipanggil mini surau, tentunya menjadi salah satu impiran antara kita untuk direalisasikan.
Harapannya bila ada ruang tersebut, dapatlah kita anak beranak lakukan solat berjemaah atau membaca al-quran dengan lebih selesa.
Begitu juga buat pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad berkongsi berita gembira apabila berjaya merialisasikan ruang surau idaman di dalam rumahnya.
Berkongsi berita gembira itu, Nabil turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada team yang bertanggungjawab menyiapkan surau idamanannya seperti yang diharapkan.
“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impiana untuk siap kan surau ni memang kemas sangat workmanship!!
Ads
“Semoga ALLAH balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!”, tulisnya.
Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan artis iaitu pelakon Saharul Ridzwan yang turut menyatakan hasrat membina surau dalam kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah,” tulis Saharul.
Ads
Memang seronok bila ada surau dalam rumah, boleh solat berjemaah dengan keluarga setiap hari. Seronok tengok Nabil akhirnya dapat surau idaman.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Insiden kematian akibat tertekan pedal minyak berulang kembali. Kali ini yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun.
Peristiwa tragis tersebut berlaku selepas mangsa dilanggar sebuah kereta yang mengundur disebabkan pemandunya tertekan pedal minyak. Kejadian tersebut berlaku di rumah panjang Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi maut akibat kecederaan parah di kepala ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Mak (nenek) panggil…Sumayyah nak pergi,” itu antara kata-kata terakhir Annur Sumayyah Syabandi, yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di kepala Nur Daliia Yusoff, 28.
Nur Daliia, ibu kepada Annur Sumayyah bercerita mengenai ‘tabiat’ anak tunggalnya itu sehari sebelum kejadian.
Pada mulanya dia menyangka Sumayyah yang memanggil neneknya dengan panggilan mak mungkin terlalu rindu dengannya. Menurut Daliia lagi, ibunya meninggal dunia pada April tahun lalu kerana kanser usus.
“Sehari sebelum kemalangan tragis menimpa Sumayyah, dia ada memberitahu kepada saya yang neneknya panggil dan dia mahu pergi. Saya ingat anak terlalu rindu dan mahu menziarahi kubur neneknya itu.
“Dia juga dilihat berubah kerana kelihatan terlalu manja dan kerap meminta didukung sejak kebelakangan ini.
“Saya kini hamil tujuh bulan dan Sumayyah kerap mencium perut dan memeluk saya. Memang dia dilihat berkelakuan manja sedikit berbanding sebelum ini, mungkin itu tanda yang dia mahu pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Menurutnya, dia sebelum ini tinggal di Kuching, Sarawak kerana mengikut suami yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pulang ke kampung halamannya di sini, sejak Januari lalu kerana mahu melahirkan anak kedua mereka.
“Ketika kejadian semalam (kelmarin) saya berada di dapur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di luar dan terus bergegas keluar rumah melihat apa yang berlaku.
“Sebaik keluar, saya lihat anak sudah tercampak dalam keadaan berlumuran darah di tengah jalan dan saya terus memangkunya serta meminta jiran membawa kami ke hospital,” katanya.
Menurutnya, tidak sampai lima minit perjalanan ke hospital, anaknya itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya dengan keadaan darah yang keluar melalui telinga.
“Saya hanya mampu reda dan berserah kepada Tuhan kerana semua yang berlaku ini adalah ketentuan daripadanya,” katanya lagi.
Biarpun si pelaku yang membawa kereta tersebut adalah rakan baik sendiri, Nur Daliia bagaimana pun tidak menyimpan dendam dan memaafkannya kerana ia ketentuan Tuhan. Rakannya tertekan pedal minyak ketika mengundurkan kereta lalu terlanggar Sumayyah.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, Annur Sumayyah meninggal dunia selepas dirempuh kereta dipandu wanita yang juga rakan ibunya.
Difahamkan, wanita terbabit tertekan pedal minyak ketika mahu mengundurkan keretanya hingga membuatkan dia merempuh mangsa yang ketika itu berada di pekarangan luar rumah mereka.
Sementara itu, menerusi laman facebooknya Daliia dilihat memuat satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Daliia mengakui cukup sukar melelapkan air mata tatkala mengenang anak kesayangannya itu.
Annur Sumayyah Ibu kandung kan kamu 9 bulan Sakit lahirkan kamu ibu rasa sekejap saja,begitu mudah lahirkan kamu Walaupun ibu kena induce sakit ibu sekejap saja..kamu lahir hari Jumaat waktu pagi ya Allah sungguh indah ..kehadiran kamu disambut keluarga tetapi kematian kamu seluruh Malaysia mendoakan untuk kamu Sumayyah..
“Seindah nama kamu Sumayyah..Ya Allah kau telah kurniakan 1 kurniaan mu yang tak ternilai untuk-Ku iaitu aku melahirkan anak syurga ini dalam rahim Ku Ya Allah..
Ibu halalkan setiap titis susu ibu dekat kamu Sumayyah selama 2 tahun..ibu abah rindukan kamu..kamu selalu dalam hati ibu dan abah..
” Tarik ibu dan abah ke syurga Allah 1 hari nanti ya Sumayyah ..ibu yang melahirkan kamu Sumayyah ..ibu masih terasa pelukan pertama kamu dengan ibu..Ya Allah sesungguhnya kau Maha Besar Lagi Maha Berkuasa..aku terima ini takdir Ku..
Walaupun pahit aku pasti ada manisnya nanti..saat kamu menghembuskan nafas terakhir di atas pangkuan ibu dengan berlumuran darah ibu akur Sumayyah. Kamu harta yang tak ternilai yang ibu ada di dunia ini Sumayyah.
“Malam tidur tanpa kamu amat pahit sebab kamu tak pernah berpisah dengan ibu..ibu cuma ada bantal selimut kesayangan kamu..senyum ketawa kamu ibu tak lupa Sumayyah ..
Ibu rindukan kamu..anak syurga ibu
Annur Sumayyah Bt Syabandi #iburindu #ibusygsumayyah #iburindupelukansumayyah
Sebaknya baca luahan ibu ini. Semoga terus kuat dan tabah dengan dugaan yang menimpa.
Nasi lemak menjadi antara menu sarapan yang enak di makan dan tidak hairanlah di mana-mana restoran atau gerai makanan ada sahaja menyedaikan menu nasi lemak sebagai pilihan buat pelanggannya. Bahkan kini nasi lemak bukan sahaja dijual untuk menu sarapan malah juga sebagai menu makan malam di gerai-gerai makan yang tertentu.
Boleh kata semuanya sedap-sedap belaka. Maklumlah peniaga sudah semestinya pakar dalam menyediakan menu yang digemari ramai ini.
Namun buat kita sebagai ibu yang sekali sekala menyediakan menu ini untuk keluarga, tidak dinafikan kadang-kadang masak menjadi, sekali sekala ada juga nasi lemak yang dimasak termentah atau terlembik.
Sekiranya ini berlaku apa yang perlu kita buat agar nasi lemak tersebut dapat diselamatkan untuk menjadi santapan keluarga.
Nak tahu caranya, ikuti perkongsian daripada Puteri Azie ini dan semoga ianya bermanfaat dan harapnya tidaklah pula nanti seisi keluarga terpaksa pula makan nasi lemak mentah atau nasi lemak lembik dek kerana tersalah sukatan santan dalam masakan.
Menurutnya Puteri Azie, disebabkan dia di dalam keluara yang berniaga nasi lemak, insyaAllah tips yang dikongsikan ini menjadi. Nak cuba boleh… Andai tak menjadi, jangan kecam saya. Insya Allah.. saya dah buat tu saya berani kongsi.
Seandainya nasi lemak yang dimasak LEMBIK.
Caranya:
Masukkan telur 5 hingga 8 biji ke dalam periuk. Pastikan telur sudah di basuh bersih. Kalau periuk kecil, 3 biji sudah mencukupi.
Kemudian bungkus tudung periuk dengan kain.
Tutup semula periuk dalam 15 minit.
JIKA tidak menjadi alamatnya tambah lagi air dan menu akan bertukar daripada nasi lemak menjadi BUBUR LAMBUK.
Jika nasi lemak yang dimasak MENTAH
Caranya :
Letak air panas di dalam cawan yang di campur garam.
Letakkan di tengah-tengah periuk nasi.
Kemudian tutup periuk nasi dan masak lagi dalam 10 minit.
Selain itu, Mak saya kata,”Nasi lemak yang menjadi dan sedap, nasinya berderai-derai dan bukan melekat-lekat dan berketul-ketul.”
Ni Petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu sudah cukup. Boleh juga gunakan minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja minyak masak!
Confirm!! Nasi lemak korang sedap! Gebu-gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.
Bermula 1 April, individu yang mempunyai simpanan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat permohonan untuk pengeluaran maksimum RM10 ribu dan telah memaklumkan pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja.
Hanya tiga golongan sahaja yang benar-benar layak dan dibenarkan untuk melakukan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut infografik terkini KWSP yang dikongsikan sebentar tadi, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.
Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran
Selain itu, orang ramai perlu mengetahui beberapa perkara tentang amaun pengeluaran dan kaedah bayaran untuk melancarkan urusan pemohon.
Jumlah amaun pengeluaran adalah minimum RM50, manakala maksimum pula adalah sebanyak RM10,000 dan ia tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan.
Bagaimanapun, anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu.
Tidak cuma itu, pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan.
Justeru bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.
Empat perkara sebelum buat permohonan pengeluaran khas
Untuk kelancaran rang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.
Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.
Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.
Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
Sumber : KWSP
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di