Umumnya kita membeli stok bahan basah seperti ikan, udang, ayam dan sebagainya adalah bertujuan untuk memudahkan urusan memasak untuk ahli keluarga.
Apatah lagi untuk Bulan Ramadan yang tidak lama lagi tiba. Andai ingin memasak, terus buka peti sejuk dan tidaklah perlu ke pasar atau sebagainya tiap kali ingin sediakan hidangan berbuka mahu pun bersahur.
Jika biasanya stok bahan basah tersebut disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk, mungkin boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Aisha Shukor ibu kepada lima orang anak ini. Caranya lebih sistematik dan cukup praktikal.
Jom semak apa dia lakukan, dalam mengurus stok bahan basahnya.
Okeyy lepas selesai orientasi kakak Arissa td,blk terus singgah kedai acheh utk beli brg2 dapur..biasalah anak5 dh nk start sekolah ni mama kene masak pagi sekali,blk keje sekali.
Somacamni la kene buat..siap2 bersihkan,asing2kan dan plan nk masak apa. Susah dahulu,senang kemudian.
Yela,kang blk keje penat2,termenung nk cari idea masaknyer sekian sayur,kita beli fresh2 setiap hari,xgemar simpan stok, bila dh reload semua stock brg basah,stok cili blend serbaguna n pes2 mcmni barula legaaa hati kann.
Lain org,lain caranyer tp inilah cara Cik Ecah
Ads
1. Udang dan sotong lalukan dengan air, siang perutnya, kalau nak buang kulit buanglah, potong janggut dan ekornya.
2.Tapis dan gaul dengan garam.Bilas sambil selawat dan toskan.
3. Ikan pun sama ..supaya stok tahan lama tanpa berbau, pastikan darah-darah insang, perut segala siang sampai bersih.
Ads
4. Tapis dan letak garam dan asam jawa, gaul dan bilas sambil selawat. Toskan.
5. Ambil plastik kuih macam ini.
6. Packing portion sekali masak.Kalau rajin, taggingkan je terus nak masak apa, so nanti tak adalah kata idea tu tak mari.Plan je dulu, nanti kalau teringin masak lain, tukar ler. Tulis guna permanent maker.
Ads
7. Masukkan dalam fridge.
8. Telur pun rendam dan basuh. Lap kering dan simpan dalam fridge.
9. Ni stok pes asam pedas, stok cili blend serbaguna dan pes sambal bali. Cara nak buat sila search ye…cik ecah dah banyak kali share.
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ramai yang mengemari kuih kaswi ni. Biasanya kita jamah kuih kaswi gula melaka, apa kata hari ni kita cuba resipi kaswi pandan yang sama sedap.
Nak buat kaswi ni nampak je mudah tapi jika salah sukatan, mau lembik dibuatnya. Bila buat asyik tak jadi je, lagilah buat yang baru-baru nak belajar masak ni.
Bila dah PKP ni semua kena buat sendiri jika teringin nak makan kuih. Nak keluar kerap bimbang pula.
Jadi bagi yang bercadang nak buat, nak tahu caranya ikuti perkongsian menerusi facebook Mas Cotek
Dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu.. pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome…
KASWI PANDAN LEMAK MANIS
BAHAN 2 cwn tepung gandum 1 cwn tepung ubi 1 1/2 cwn santan pekat 1 cwn air pandan dr 6 helai pandan 4 cwn air 1 1/4 cwn gula 1 sdt air kapur 1/2 sdt pewarna hijau star brand
CARANYA Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak Panaskan kukus Satukan kesemua bahan Tapis jika perlu (opah blend je) Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min Buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi **Tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair.
Bila dah masak, tutup api /keluarkan kuih Biar betul² sejuk kemudian potong Hidang bersama kelapa parut putih + garam Siap!
Dadih antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai orang. Teksturnya yang lembut dan mudah cair juga sesuai jika mahu diberikan kepada anak kecil. Apatah lagi, jika ia disajikan dalam pelbagai perisa, pasti menambat hati anak-anak kan.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri hujung minggu nanti. Boleh ajak anak-anak untuk bantu sama di dapur. Pasti lebih meriah kan. Admin kongsikan resepi daripada Afieyza Isahak cara buat dadih dengan menggunakan susu full cream. Memang sedap dan berkhasiat!
Dengan kata-kata : Dah lama viral, baru nak cuba ?? Sungguh, sangat-sangat sedap! ? Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang! ?
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Dadih Full Cream
Bahan-bahan
1 liter susu kotak (Ducth Lady Full Cream Milk)
Agar-agar tali 20 gram. Guna 1/3 saja.
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara membuat:
••Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut. ••Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api. ••Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. ••Siap untuk ditelan!!