Mesti ada ketikanya anda tak sempat nak makan kan? Atau terlampau kenyang untuk habis kan. Bila hadapi situasi seperti ini, semestinya makanan tersebut akan disimpan dalam peti kan? Kononnya esoknya boleh dimakan bagi habis.
Tapi….. Bila dah rasa nak makan, tup tup basi pula! Agaknya kenapa cepat basi ye? Macam mana nak simpan makanan tahan lama dan lambat basi? Nak tahu, jom tengok perkongsian yang dikongsi oleh Hello Doktor ini!
Kenapa makanan atau minuman boleh basi?
Punca makanan basi adalah akibat pertumbuhan mikroorganisme seperti ragi, kulat dan bakteria yang akan membiak dan mengubah warna, tesktur, bau serta rasa sajian.
Setiap jenis makanan dan minuman mempunyai daya tahan yang berbeza bergantung kepada jenisnya juga. Ada yang boleh tahan lama atau cepat basi dan perlu dimakan dengan segera.
Dalam kes yang tertentu, wujud antara lain faktor yang akan jadi punca makanan basi lebih cepat!
Apa faktor sajian basi dengan lebih cepat?
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas, ada faktor makanan basi dengan lebih cepat yang lain:
#1. Cara menyimpan yang ternyata salah
Punca utama makanan basi dengan lebih cepat adalah individu yang tidak tahu cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul. Ia adalah perkara yang paling penting.
Ads
Anda perlu kenal makanan mana yang perlu disimpan pada suhu sejuk atau sederhana. Dalam pada itu juga, jangan sesekali simpan makanan di tempat yang terlalu panas.
Antara tip penting lain dalam cara menyimpan makanan agar tidak basi yang betul adalah anda perlu mengasingkan makanan mengikut jenis seperti daging, buah atau sayur.
#2. Tempoh menyimpan yang terlalu lama
Selain daripada cara, tempoh menyimpan juga adalah sangat penting. Anda mungkin perlu untuk mengehadkan berapa lama ia boleh disimpan untuk dimakan sebelum ia menjadi basi.
Contohnya, anda mungkin boleh simpan sajian nasi dengan lauk dan ulam di dalam peti ais selama beberapa jam sahaja. Sila peka dengan waktu ia disimpan dan diambil.
Jika makanan itu telah basi, maka segera buang daripada simpanan anda agar ia tidak pula akan menjejaskan makanan-makanan lain yang disimpan di tempat sama dengannya.
Ads
#3. Menyimpan makanan yang panas dan bertutup
Satu kesilapan yang orang kita selalu buat adalah menyimpan makanan ketika ia masih panas dan bertutup. Sebenarnya, ia hanya akan buat wap air terperangkap.
Akibatnya, ragi, kulat atau bakteria akan dapat habitat yang sangat sesuai untuk tinggal yakni lembap dan hangat. Jadi, sila hindari daripada melakukan kesilapan ini untuk elak makanan menjadi basi.
#4. Paparan cahaya yang berlebihan
Siapa yang sangka bahawa paparan cahaya berlebihan daripada matahari atau lampu juga boleh jadi punca sajian basi dengan lebih cepat angkara proses photodegradation.
Meskipun lebih biasa berlaku pada bahan bukan makanan seperti hiasan atau lukisan, makanan juga ada risiko untuk mengalaminya lantas merosakkan ia dengan lebih cepat.
Ads
Disebabkan itu juga, logik peti ais adalah ia akan gelap apabila ditutup dan hanya terang apabila dibuka. Jadi, sila elak makanan anda daripada terkena paparan daripada cahaya.
#5. Suhu peti ais yang kurang sejuk
Tempat paling popular untuk menyimpan makanan adalah di dalam peti ais dengan alasan ia akan memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan buat ia lambat basi.
Ya, ia mungkin benar jika suhunya berada pada kadar 4 darjah selsius ke bawah. Namun, jika ia lebih tinggi daripada itu, maka mikrorganisme masih mampu untuk membiak.
Pun begitu, suhu ini mungkin berbeza bergantung jenis makanan. Contohnya, hanya sumber daging yang perlu untuk disejukbekukan dan bukannya sayur serta buah segar.
Cara menyimpan makanan agar ia tidak basi?
Sebenarnya, ia tidak begitu sukar dan anda hanya perlu elak daripada melakukan 5 perkara penting di atas ini. Apa yang paling utama, semak label pada makanan untuk tahu cara tepat penyimpanannya.
Konklusinya, anda masih boleh menyimpan makanan dan minuman untuk diambil pada waktu akan datang. Cuma, anda kena tahu cara, tempoh, tempat dan suhu yang tepat.
Air Nabeez banyak khasiat dan manfaatnya, salah satunya ialah membuatkan perut rasa kenyang lebih lama terutama ketika waktu berpuasa. Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru. Bagaimanapun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad SAW ini.
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh
Kebiasaannya, air Nabeez cukup popular semasa bulan Ramadan. Ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur. Rasa air bergantung pada kurma yang kita gunakan. Kalau kurma itu manis, manislah airnya. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan
Cara membuat air nabeez:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez:
*Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
*Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
*Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
*Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
*Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
*Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
*Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Epal hijau dan serai miliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurunkan berat badan. Gabungan dua bahan ini dikatakan dapat membantu mengempiskan perut, membuang angin dalam badan dan banyak lagi.
Selain itu, bagi ibu-ibu yang ada masalah sakit lutut boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ani Zam ini. Selamat mencuba!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ni saya nak kongsi tips untuk kempiskan perut ..saya ambil resepi ni dari FB juga , saya nak panjangkan resepi ni untuk sahabat2 semua🥰🥰
AIR REBUSAN EPAL HIJAU DAN SERAI UNTUK KEMPISKAN PERUT
Bahan bahan
3 biji Epal hijau
5 batang serai
1.5 liter Air
Cara cara :
Potong epal kpd 6 bahagian
Serai di ketuk
Masukkn 1.5 liter air di dalam periuk , kemudian masukkn epal hijau dan serai
Masak sehingga epal lembut
Tutup api
Lenyek2 kan epal yg telah di rebus
Tapis air tersebut kemudian boleh di minum semasa suam
Sesuai di minum pada waktu pagi semasa perut kosong
Antara khasiatnya
Membuang angin dalam badan
Mengempiskan perut
Menurunkan berat badan
Menghilangkan sakit urat /sakit badan
Sesuai untuk orang sakit lutut
Menghilangkan sakit tumit
Meringankan tubuh badan
Buku merah jambu iaitu buku rekod kesihatan diri ibu hamil dan bayi sememangnya teramat penting bagi memantau perkembangan bayi dalam kandungan serta kesihatan diri ibu sepanjang sembilan bulan.
Terlambat membuka ‘buku pink’ ini boleh membuatkan perkembangan bayi ketika awal kehamilan tidak diketahui sejarahnya. Persoalan bila waktu yang sesuai untuk buka buku pink ini?
Buku pink atau nama rasminya adalah Rekod Kesihatan Ibu ini merupakan buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.
Umumnya, seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka.
Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa.
Biasanya buku pink ini boleh dibuka sebaik sahaja ibu yakin bahawa dirinya hamil sehingga sebelum berakhirnya trimester pertama. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda akan dilabel sebagai ‘late booking’.
Bagaimana untuk yakin bahawa diri mengandung? Sudah tentulah dengan melakukan ujian menggunakan kit kehamilan di rumah.
Anda perlu mengenal pasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal semasa.
Untuk bakal ibu yang baru pertama kali ke KKIA bagi pemeriksaan pranatal dan membuka buku pink, ini senarai dokumen yang perlu anda bawa bersama-sama ke klinik.
* Kad pengenalan diri
* Kad pengenalan suami
* Gambar ukuran passport anda dan pasangan
* Sijil nikah
* Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
* Surat rujukan doktor atau klinik lain – jika ada
Pastikan anda tidak terlambat untuk membuat buku pink ini di klinik. Biar segala perkembangan anak dan kesihatan ibu dipantau sejak awal lagi bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Sebaik anda berjaya membuka buku pink ini, pastikan buku ini dibawa ke mana sahaja anda pergi, terutama ketika ketika waktu balik kampung atau melalui tempoh perjalanan yang panjang. Letakkan sahaja buku ini di dalam kereta atau di dalam beg anda.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.