Sabar itu cukup mahal, sabar itu juga indah. Dan kesabaran wanita kesayangan Negara ini nyata cukup berbaloi. Selalu bersangka baik dengan Dia Yang Satu, jangan putus berdoa dan selama 11 tahun dia tidak pernah berhenti berharap bahkan sentiasa berdoa untuk diberi peluang menjadi seorang ibu.
Setiap hari, setiap masa bahkan setiap waktu mustajab doa dimakbulkan, beliau tidak ketinggalan untuk meminta padaNya. Allah akan berikan yang terbaik pada hari, tarikh yang betul.
Akhirnya doanya dimakbulkan. Naluri keibuan terserlah dalam diri wanita bernama Siti Nurhaliza Taruddin ini tatkala pertama kali berpeluang mendukung zuriatnya sendiri.
“Alhamdulillah, doa yang selama ini saya tadah dijawab jua dan memang inilah impian saya nantikan selama ini. Selama ini saya dok usap perut dan kini sudah ada di depan mata. Mendidik anak bukan mudah tetapi ia amanah dan dugaan pada kita. Saya sentiasa ingatkan diri untuk berikan yang terbaik untuk anak.
“Pengalaman melahirkan secara pembedahan dan alhamdulilah walaupun tumpah darah, tetapi hari ketiga dah kuatkan diri dan semangat untuk berjalan. Tiada apa yang lebih kuat sebagai seorang wanita apabila melahirkan kerana apabila melihat bayi di depan mata memang segala kesakitan hilang.
Ads
“Saya sentiasa berdoa semoga diberi peluang untuk menjadi seorang ibu, menikmati pengorbanan seorang ibu dan doa saya selama 11 tahun untuk memberi peluang saya menjadi seorang ibu akhirnya dimakbulkan. Walaupun menanti bertahun namun Allah mendengar doa itu dan saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ibu kerana melahirkan saya dan ibu mentua saya kerana melahirkan suami saya.
“Ini adalah satu anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya. Saya sangat hargai dan pengalaman yang sangat nikmat walaupun ada komplikasi tetapi Allah permudahkan segalanya. Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu yang baik, isteri yang mithali dan anak yang baik untuk ibu dan mentua saya. Dan saya bersyukur dengan kehadiran Siti Aafiyah Khalid dalam hidup saya dan suami.
“Aafiyah itu membawa maksud segala-gala maksud yang baik. Ilham nama anak kami diperoleh ketika kami di tanah suci mekah apabila doa yang dibaca ada menyebut perkataan tersebut. Malah, doa pendek tersebut bukan sahaja suami nampak tetapi tak sangka setiap hari ada sahaja orang yang menghantar doa yang menyebut tentang nama yang sama kepada saya.
Ads
“Itulah yang menjadi pencetus untuk kami memilih nama Siti Aafiyah Khalid. Terima kasih atas semua doa kepada saya Aafiyah selama ini. Cuma kini cabaran saya adalah untuk menyusukan Aafiyah. Saya berjaga malam untuk menyusukan kerana ragam Aafiyah tak banyak Cuma siang dia banyak tidur malam berjaga. Dia juga banyak menyusu tetapi saya tidak kisah kerana mahu dia sihat.
“Saya tidak minta apa-apa asalkan diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi sepanjang berpantang. Soal anak terkenal sekarang, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ibu Aafiyah seorang selebriti dan nak tak nak dia kena tempias.
Ads
“Lagipun bukan saya sahaja yang menanti bahkan peminat semua juga demikian. Itu yang membuatkan dia menjadi terkenal. Saya suka dengar jika Aafiyah panggil saya ibu, lembut sahaja bunyinya.
Aafiyah dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kelembutan adunan tepung beras dengan rasa lemak santan yang digabung bersama sagu dan kemanisan gula melaka menghasilkan rasa yang cukup sedap hingga tidak terkata. Namun begitu ramai yang kecewa apabila membeli bubur som Som yang tidak menepati citarasa. Apatah lagi bila mendapati adunan tepung beras yang agak keras serta gula melaka yang cair, boleh buat hilang selera untuk menjamah bubur som som tersebut.
Jadi apa kata jom buat sendiri bubur som som yang dijamin cair di mulut dan sedap rasanya. Bahkan cantik pula kejadiannya. Ini sepertimana yang dikongsikan resipinya oleh Mas Cotek atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Opah di media sosial.
SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM
BAHAN SAGU
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau
CARANYA
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
2. Keluarkan pandan dan masukkan sagu
3. Kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
4. Tuang sagu ke dalam bekas kecil
5. kukus selama 15min sehingga sagu jernih
6.Sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air. Opah tak nak lembik sangat jadi opah kukus.
BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
CARANYA
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berketul.
3. Tuang adunan ke atas sagu
4. sejukkan
BAHAN AIR GULA
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
CARANYA
1. Satukan semua bahan, masak api sederhana hingga mendidih
2. Tapis dan sejukkan
3. Siap
Ekstra info : Opah guna santan perah danopah tak suka santan kotak untuk buat kuih-kuih opah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mencuci pakaian ada caranya. Jangan pakai masuk semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Namun, kadangkala kita tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.
Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.
Sayang kan jika nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Jadi, jangan cepat kecewa, nah kami sediakan tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.
1. Rebus Baju
Rebu baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.
2. Perahan Limau
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.
3. Clorox Lemon
Letak 1 skop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Dekat rumah saya sekarang ada ibu dan mak mentua, baru sahaja ibu Zain tinggal bersama kami sekitar dua bulan lalu.”
Itulah pengakuan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, kepada Media Hiburan yang menjelaskan bahawa ibu suaminya yang juga merupakan pelakon, Zain Saidin, iaitu Siti Aisyah Abdullah baru sahaja jalani pembedahan dan penting untuknya mempunyai penjaga bagi memastikan keadaannya terjaga.
“Saya beritahu suami, saya terbuka sekiranya Mummy (panggilan kepada ibu mentua) tinggal bersama-sama. Saya percaya rezeki dan memuliakan orang tua. Tambahan pula ada di antara anaknya yang kini sudah bekerja di luar negara.
“Jadi Zain pujuk ibunya supaya tinggal bersama kami sekeluarga. Syukur Mummy pun tiada masalah dan saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat melihatnya di depan mata.
“Cuma kadang-kadang rasa seronok juga tengok ibu saya dan Zain bersembang. Seorang cakap bahasa Melayu, seorang lagi cakap Inggeris, terhibur jadinya. Adalah mereka kawan untuk mengisi masa bersama.
“Ibu Zain baru-baru ini terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan. Jadi lebih baik sekiranya dia tinggal bersama. Umurnya pun sudah 76 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta juga tak kurangnya memberikan pendapat mengenai spektikal bahawa menantu pasti rasa tak selesa sekiranya ada mentua menghuni kediaman sama.
“Dia macam ni, bila kita sayangkan suami, sudah tentu kita mahu dia pun dapat pahala atas asbab dengan apa yang kita lalukan. Pada masa sama, kita perlu sayang ahli keluarga suami, macam famili sendiri.
“Jadi pada saya tiada istilah susah untuk ibu mentua tinggal bersama menantu perempuan contohnya. Ibu mentua pun seorang yang mudah diuruskan dan bukan cerewet.
“Kalau ada isu sekalipun, lebih kurang tu halalkan lah. Kita tidak boleh nak berkira atau rasa dia boleh terima kita seratus peratus. Begitu juga sebaliknya. Yang penting bagi saya bertolak ansur.
“Lain orang mungkin berbeza pandangannya. Cuma di sini saya bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang tak cerewet” katanya lagi.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di