Kalau kreatif semua menjadi kan, sekarang tak ada istilah tak boleh nak buat kek kalau tak ada oven. Guna kuali pun dah boleh dapat kek sedap.
Farah Nazri kongsikan caranya buat kek Span Marble Susu dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Jom cuba!Assalamualaikum MAHN , disebabkan teringin sangat nk makan kek tapi oven takda so hari ni kita try membaking kek span marble susu pakai kuali 😆😆 . Resepi mudah je , sy dapat dari fb 😘😘 . Btw adunan tu sy punya terlebih sebab loyang kecik 😅😅. Mujur masak dalamnya 😂 . Selamat mencuba
Cara membuat:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
Ads
7. Siap untuk dihidang!
P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah Edittt : pada yang nk guna kuali tu, lapik dengan pelapik dapur tu je ye dekat bawah loyang.
Pastikan api sederhana perlahan. Sy buat dalam 45 minit . Nk tahu masak ke tak kena cucuk tgh2 kek tu. Kalau tak melekat tu maksudnya dh masak.
Saya ada attach gambar dekat last cara letak loyang dalam kuali .
Kisah anak penyampai radio dan juga bintang maharaja lawak Mega , Chot dari Kumpulan XOXO yang menghidap penyakit jantung membuatkan ramai yang bersimpati dan mendoakan supaya Baby bernama harraz kembali sembuh.
Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Mungkin Dia punya perancangan lain. Belum puas ibunya, Siti Zafirul memeluk dan mendukung, anak kesayangannya itu dijemput Ilahi. Berita kematian Baby Harraz diketahui ramai usai ayahnya, Cho memuat naik berita tersebut dia laman instagramnya.
Menurut Chot, anaknya, Muhammad Sher Harraz Hazmeer telah bertarung melawan sakit jantung sejak dilahirkan hingga ke hari ini.
Kisah baby Harraz bukan sahaja mendapat reaksi dari netizen, bahkan rakan artis turut mendoakan dan menghulurkan salam takziah buat ibu bapa ini. Antaranya termasuklah Ozlynn Wati menerusi catatannya di laman instagram. Menurut Ozlynn, beliau dan suami Johan telah berkunjung ke hospital sebelum itu bagi melawat baby Harraz.
“Sejujurnya hati nih memberontak nak sgt bertemu baby harraz.. sehari demi sehari, alhamdulillah.. Allah permudahkan semalam.. tp bila kaki melangkah masok ke nicu hosp besar melaka.. ibu Harraz sedang meriba baby harraz tp air mata laju jatuh..
“Perkataan pertama yang dgr.. “doctor suruh standby.. anytime je” Allahu, luruh jantung aku sbg seorg ibu.. hati rasa berat seolah x boleh bernafas seketika,” tulis Ozlynn di kapsyennya.
Menurut cerita isteri Chot, selepas melahirkan Harraz, Zafirul tidak berpeluang untuk memegang anaknya itu. Namun, semalam dia berpeluang meriba dan memeluk bayinya itu.
Perancangan Allah mengatasi segalanya. Belum puas si ibu mendukung anaknya itu dijemput Ilahi.
“Sampai la dpt msg pg td.. salam, abg dan akak.. baby harraz dh meninggal.. x sangka akak dgn abg org last dia jumpa. betul semlm baby harraz mmg nmpk lemah dh.. tp dia bukak mata bila aku ckp, harraz mama dtg nih.. 2 kali dia bukak mata besar tgk papa jo n mama lynn dia.. papa jo ckp harraz kalau nak “tido” tdo la syang.. Dan hari nih….? takziah @chotxoxo dan isteri.. dia menanti kamu di syurga.” tulis Ozlynn dikapsyennya.
Kita hanya merancang, yang menentukan adalah Dia Di Atas. Kalau sudah dikata Kun Fa Ya Kun, pasangan ini reda dengan apa yang berlaku. Rata-rata netizen memberi kata semangat dan menghulurkan salam takziah buat mereka.
ain_ya_nunAllahu akhbar, baby harraz anak syurga, beruntung ibu bapanya. Semoga Allah swt kurniakan kekuatan dan ketabahan untuk ibu bapa baby harraz atas ujian ini.
azlinhazel_Innalillahiwaiinalillahirojiun.. Saya mengikuti kisah adik Harraz dari awal dan saya sebagai seorang ibu bangga dengan ketabahan kedua2 ibubapa ini. Adik Harraz sangat kuat. kebetulan nama anak aunty juga Harraz.Aunty doakan semoga adik Harraz teruskan bermain2 di alam syurga yang sudah tersedia nak.. Doa untuk adik Harraz takkan pernah putus.Buat kedua pasangan chotxoxo dan isteri semoga terus tabah ujian yang diberi oleh Allah SWT.. Al fatihah
norrozaliantiSedeh sangat bila tengok .. tmbh bila tngok video baby syurga ni… keluar airmate menangis teresak2.. xmampu nk tngok smpai hbis… paham sakit nye tu macam mane… perasaan seorang ibu… semoga mommy & daddy baby syurga kuat dan tabah ye .. alfatihan ????? @jajafieyrul@chotxoxo
ellakiemSy dpt rasakan mcm mna kehilangan ank yg baru lahir..mmg xdpt nk trma mulanya tp mcm mna pun redha la penguat semangat…insyallah ank awk menantikan ibu ayahnya….salam takziah
cikmatulAllahuakbar.. Takziah bt famly bby harraz.. Senama ank sy.. N dilahirkan sama birthday dgn sy.. Semoga tenang disana wahai ank syurga♥
jaynazif_officialInnalillahi wainna ilaihiroji‘un. Salam takziah buat keluarga arwah baby Harraz. Baby tunggu mama dan papa di syurga.
Rangkaian produk di pasaran ternyata membantu kita untuk tampil cantik daripada kepala hingga ke hujung kaki. Cantik dengan produk memang sudah terbukti. Namun semua ini memerlukan kos yang bukan sedikit.
Ada masanya kering juga poket dek kerana terlalu terikutkan jenama dan produk yang mahal-mahal belaka harganya. Menggunakan produk tidak salah, namun sekali sekala apa kata anda cuba pula petua tradisional menggunakan bahan alami. Duit poket pun boleh juga dikurangkan dengan cara ini.
Empat petua dari kepala hingga hujung kaki ini wajar anda cuba kalau nak cantik!
Timun tegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Sebelum itu pastikan timun disagat atau dihancurkan halus supaya sapuan dapat dilakukan dengan rata. Campurkan keduanya bersama air. Sapukan ke muka dengan rata dan biarkan kering. Kulit muka bukan hanya menegang tetapi juga mampu mencerah dan menyegarkan kulit.
Bunga raya atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramas dengan air dan sapukan ke rambut. Biarkan ianya selama 10 minit, kemudian barulah dibilas. Amalkan petua ini dan lihat hasilnya.
Air rebusan asam jawa
Langsingkan tubuh secara semulajadi? Bagaimana? Amalkan minum air rebusan asam jawa setiap hari. Untuk menambah selera, sejukkannya di dalam peti sejuk dan minumlah setiap kali lepas makan. Ia boleh membakar lemak sekaligus
mengurangkan berat badan. Badan juga bertambah segar.
Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemur hingga kering. Susudah kering, gorengkannya tanpa minyak sehingga hangus. Tumbuk dan giling biji betik tersebut hingga lumat. Bancuhkan bersama air dan sapukan ke rambut seperti syampu. Bersihkan rambut dahulu sebelum menyapunya. Hasilnya, rambut akan kelihatan hitam berkilat dan bersinar.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), ramai yang gemar melakukan DIY untuk kediaman sendiri.
Bagi yang tidak mempunyai ilmu bertukang akan menjadi ‘joint’ grup tertentu untuk mendapat ilmu berkaitan kediaman rumah.
Bagi yang sedang merancang untuk cat kembali rumah, apa kata ketahui cara yang betul mengecat rumah.
Walaupun nampak simple je cat ini, tetapi jika salah skill memang dinding sekejap je rosak.
Nak tahu tip memilih dan cara cat yang betul, ikuti panduan oleh lelaki ini.
Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yg didambakan. Jadi, disini sy sebagai tukang cat ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat..Saya pun masih belajar cuma tahu serba sedikit mengenai cat.
PILIH CAT
Ini adalah tips untuk mengecat :
1) Mula-mula kena la pilih warna-warna pilihan anda.
Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah org lain.. Org lain tau nk kecam, kritik je kan ) . Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda. Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang org lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh sy letak tu..
2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah.
Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab mmg cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yg mulut puaka kata colour tu tak lawa..
3) Cat juga ada pelbagai gred and pelbagai pilihan, ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang x berkilat dan kalau x salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak2 conteng.
4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi. Untuk sy, sy rekemen JOTUN la sbb dia lebih kualiti dan tahan lama..haha..tapi realitinya mmg cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..
5) SEALER/PRIMER (cat alas)
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nnti jadi seperti yg diimpikan atau sama tone seperti dlm catalog yg anda tgk kt kedai masa beli td.. Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer. Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…x perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..
6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.. Its absolutely wrong la kata kak kiah pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih.. Cat sealer warnanya mmg putih, tapi x seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer xkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna x rata…bertampung2 putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cntik2..
7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda. Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke.. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul2 bergaul atau bergelumang sesama sendiri. Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, xperlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hnya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hnya letak sedikit air.. Jgn nk jimat sgt tmbah air banyak nnti colour dh tak cantik, xpekat..
8)Teknik mengecat..
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nnti jadilah colour yg kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang cmtu takkan tukang cat mintak upah mahal2..cat pon ade teknik2 dia.. Yg sy tau teknik yg senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu.. Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda…. tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)
Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yg xbetul boleh betulkan.. Sy bg yg basic yg betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat xlawa dan xrata tgk pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya.. Yg penting jgn guna CAT MURAH kalau utk rumah sendiri.. Nk puas hati guna cat yg berkualiti mcm jotun, nippon, deluxe.. Mahal tak pa janji kita rasa berpuas hati.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.