Siti Nordiana rapat dengan Rayyan, “Ramai ingat boyfriend, rupanya anak bujang, sweet macam kawan-kawan. Siti Nordiana mula mencipta nama dalam industri muzik Malaysia pada tahun 1999 ketika berusia 15 tahun. Album pertamanya, “Gadis Jepun”, mendapat sambutan yang hangat dan melonjakkan namanya dalam kalangan peminat.
Siti Nordiana Rapat Dengan Rayyan, “Ramai Ingat Boyfriend, Rupanya Anak Bujang, Sweet Macam Kawan-kawan”
Kejayaan besar Siti Nordiana mula diraih apabila lagu duetnya bersama Allahyarham Achik Spin, “Memori Berkasih”, menjadi fenomena di Malaysia. Lagu ini bukan sahaja menjadi hit di radio, malah menjadi salah satu lagu duet ikonik yang diingati hingga ke hari ini. Gabungan vokal mereka yang harmoni dan lirik yang menyentuh hati menjadikan lagu ini evergreen, sentiasa relevan dan diminati generasi demi generasi.
Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Siti Nordiana sebenarnya sudah 10 tahun bergelar ibu tunggal. Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum.
Siti Nordiana sering berkongsi cara dia meluangkan masa dan melayan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie di media sosial. Perkongsian pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini sering menjadi perhatian peminat.
Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.
Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.
Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.
Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.
Dia juga tidak lagi berkahwin selepas berpisah. Nana kelihatannya lebih selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.
Hubungan rapat dengan anak lelaki tunggalnya, Rayyan sering mencuri perhatian ramai. Keakraban hubungan dua beranak ini membuatkan ramai yang melihat Nana dan anak lelakinya itu seperti rakan baik.
Apabila seorang anak lelaki mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya, ia membawa pelbagai manfaat yang bukan sahaja mempengaruhi kehidupan peribadi mereka, tetapi juga membentuk keperibadian dan pandangan hidup anak lelaki tersebut.
Sesungguhnya, hubungan rapat dengan ibu adalah satu anugerah yang tidak ternilai, dan anak lelaki yang menghargai hubungan ini akan membawa banyak kebaikan dalam hidupnya, sekarang dan di masa hadapan.
Ada ungkapan yang mengatakan malang tak berbau. Demikian yang berlaku kepada keluarga ini apabila si anak kecil tertelan Syiling 20 sen.
Kisah cemas ini dikongsikan oleh ibunya menerusi laman facebooknya.
Sebenarnya untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan kanak2 ni juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak explore segala macam benda sekeliling.
Reza tercekik coin, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku, kerja, dalam jam 11pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan tertidur di sofa, Reza keluar & masuk bilik balik tepuk aku yang tengah tidur, aku dengar dia macam tersedak2 dan nampak samar2 dia tercungap dan susah bernafas. Aku terus tepuk2 belakang dia konon nak buat step yang macam aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.
Bukan mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang, lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk2 dan angkat tangan Reza. Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu!. Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi hanya susu.
Aku cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa, dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas dia, sambil tangan kalut goggle info. Masa dia tidur air liur banyak keluar, ni antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam dah 11.30pm. Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah je mungkin mengantuk juga. Tengah xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen! Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai. Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka(takut bertukar biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng je. Aduhhhh!
Sampai KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus receptionist tu cakap sorry bilik baby penuh dan kami takde bilik sekarang dan dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan. Dia terus tolak kami tanpa tengok xray yang aku bagi dia, kemudian aku cakap kami emergency anak dah sesak nafas kau nak suruh aku pergi mana lagi? Alasan kau simple takde bilik! And macam ni ke kau layan customer kau? (Maaf ye bahasa baik tetiba hilang pulak time ni) Kemudian doctor lelaki nama Nur (tak ingat nama penuh) datang dan maklumkan yang takde bilik nak stay kalau kena warded nanti, husband aku dah marah, wah! Banyak nya penduduk Kajang sakit malam ni?!
“panggil manager aku nak jumpa!”
aku dah nangis time tu!
Sebab bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time tu jugak anak aku collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager / sister) dia yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak- Kanak. Aku terus cakap habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?! Cuba cakap dari mula lagi yang korang TAKDE PAKAR BEDAH KANAK KANAK, mesti kami faham dan terus ke hospital lain, mesti korang tertanya kenapa nak pegi private kan? Time ni kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ ni antara panel company husband. Akhirnya hospital terdekAt adalah hospital Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat Reza sebab dah terlalu lama.
Terus ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya sangkut2. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama2 tengok xray Reza dengan cerita yang teliti.
Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami. Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya 🤲🏻. Terima kasih semua doctor staf kecemasan Kajang 🙏🏻. Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang.
Dr Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi. Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah 🤲🏻. Aku boleh rest baring sama2 dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.
Xray kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation.
3.30pm sampai HKL dengan ambulance 🚑 siap je warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia. Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.
8.30 malam masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir 20jam puasa. Aku masuk sama2 dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku, beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih. Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat 😢. Nangis aku!
10pm Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar & staff paediatric HKL 🙏🏻.
Aku sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku, segeralah ke Hospital Besar daerah masing2 jangan tangguh. Aku takut kes seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak2 kamu singkat @ tidak cukup 🙏🏻.
*coin yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan dalam mulut.
Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik 🙏🏻❤️🚑
CDT: Songket Gedungsulam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai beranggapan, lelaki apabila sudah berkahwin sudah tak boleh melepak tengah-tengah malam seperti waktu bujang. Kononnya kena ‘ikat’ dengan isteri di rumah. Tak kurang yang melabelkan mereka ini takut bini. Walhal, bukan itu yang berlaku sebenarnya.
Bagi yang belum berkahwin terutamanya, mereka tidak faham kekangan yang dialami oleh insan bergelar suami ini yang mahu mengimbangkan masa antara sosial dan keluarga.
Justeru, apabila si suami ini memaklumkan kepada isteri setiap gerak geri, maka berbunyilah suara usik-mengusik yang mengatakan si suami ini takut bini.
Realitinya, si suami ini bukanlah takut bini, tetapi cuma menghormati insan bernama isteri yang sentiasa berada di sisinya.
Tapi, perkara itu sukar untuk dijelaskan menerusi perkataan kepada orang sekeliling lagi-lagi kepada rakan-rakan. Bak kata mat salleh “it’s complicated”.
Situasi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Matt. Dalam satu insiden, beliau berjaya memahamkan situasi itu kepada rakan-rakannya apabila disindir kerana melaporkan kepada isteri yang dia akan pulang lambat sedikit.
Lebih dari itu, Encik Matt juga berkata dia berjaya mengubah persepsi rakan-rakannya terhadap perkara ini.
Ikuti perkongsian dari Encik Matt..
Keluar masjid selepas isyak malam tadi terus rakan ajak minum di kedai. Saya kata sekejap nak bagi tahu isteri balik lewat sedikit. Kawan mula perli cakap takut bini, saya diam sehingga mula bercakap di kedai makan.
Kita bukan takut isteri, tetapi kita perlu respect dan hargai isteri kita. Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal persekolahan anak, makan minum anak. itu belum hal kita lagi, berus gigi kita pun mereka tahu bila perlu tukar, ‘gillette’ kita pun mereka boleh tahu bila perlu tukar.
Kadang-kadang diri sendiri pun tidak terutus, makan pun tidak sempat. Mata pun boleh lebam sebab tak cukup tidur. Kita malam boleh tidur lena, tetapi tidak isteri, berjaga malam susukan anak, tukar lampin anak, betulkan posisi anak.
Lagi penat bila anak demam, sanggup berjaga malam, itu pun sempat selimutkan kita untuk pastikan kita tidur lena, taknak ganggu tidur kita agar esok tidak mengantuk ditempat kerja.
Bila kita bangun nak tolong disuruhnya tidur kembali. Tidak mengapa sayang boleh jaga anak, demam biasa-biasa je ni, abang tidur ya..Allahurabbi, banyak jasa isteri tak mampu kita nak balas, sedikit pun tidak mengeluh, apatah lagi mengungkit.
Apa salahnya kita suami bagi perhatian kepada isteri, jadi pendengar yang setia setiap keluhan mereka. tatkala kita sedang ‘mengeteh’ sehingga larut malam, isteri menanti kesunyian dirumah. Bagilah masa yang ada ini untuk hargai mereka, luangkan masa bersama mereka dari buang masa mengeteh setiap malam.
Selalu hadiahkan sesuatu untuk isteri tanda menghargai mereka. Ada masa, ada wang, ajak mereka shopping, masuk SPA. Tidak mengapa bang kita susah cari rezeki, ini rezeki untuk anak-anak dan isteri juga. Isteri pun faham kemampuan kita. Dia lagi faham apa perlu dan apa yang tidak perlu.Sebab dia kenal ‘Poket’ kita.
Rakan matt mula on telefon. Matt jap aku nak call isteri dah makan ke belum dia. Betullah matt apa yang ko cakap, kadang-kadang kita tidak nampak susah payah mereka. Tanya dah makan ke belum isteri dah suka, walaupon kita dah tahu dia dah makan tadi. Betullah setiap hari perlu hargai isteri.
Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).
Demikian menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Malah, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.
Jelasnya menerusi laporan di dalam Kosmo Online, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.
la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.
Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.