
Gambar Hiasa Janaan AI
Anak balik dari sekolah dengan pakaian kotor, baju bertompok dakwat pen, water colour, kesan minuman serta makanan tumpah memang boleh buat ibu stres.
Belum lagi dengan pakaian atau kain kotor lain yang ada di rumah dengan kesan tahi lalat, minyak, tanah dan sebagainya.
Urusan membersihkan kain yang penuh kotoran sebegini memang memakan tenaga. Perlu sental dan memberus, itupun belum tentu hilang.
Dalam pada itu macam-macam petua turut dikongsi untuk memudahkan kerja membersihkan kotoran ini.
Antaranya guna susu pekat untuk hilangkan kesan dakwat, bedak bagi menghilangkan minyak pada tudung, cuka dan lemon untuk kesan tahi lalat atau baking soda bagi menghilangkan bau pada pakaian. Namun tidak semua petua menjadi, malah ada kalanya menambah lagi masalah.
Supaya kerja-kerja membersih pakaian di rumah jadi lebih mudah, dijamin bersih tanpa perlu mencuba pelbagai petua sebenarnya ada cara yang lebih mudah.
Solusinya Sabun Badang Makeover! Sebut saja apa jenis masalah kotoran pada pakaian dakwat pen, marker, minyak hitam, kicap, coklat, selut, daki baju semuanya boleh dibersihkan dengan sabun ini. Pakaian yang kuning, kedam juga mampu jadi putih dan berseri kembali dengan penggunaan sabun ini.
Bukan setakat pakaian, sabun ini juga boleh digunakan untuk membersihkan kotoran pada pelbagai jenis fabrik termasuk sofa, tilam, beg, kasut, bantal busuk, alas kaki, tuala dapur, langsir dan lain-lain. Rendam saja selesai masalah.
Tak cukup dengan itu, air bancuhan Sabun Badang ini juga digunakan untuk mencuci kereta, mesin basuh, pinggan mangkuk, lantai, dinding serta sebarang permukaan rumah yang kotor.
Disebabkan keberkesanan produk ini jugalah Sabun Badang Makeover yang didatangkan dengan dua wangian sudahpun terjual lebih satu juta.
Selain itu rangkaian Sabun Badang tidak terhad kepada sabun saja sebaliknya tersedia beberapa jenis lagi produk pencuci yang tak kalah keberkesanannya.
Antaranya Sabun Badang Karat yang berkesan menanggalkan kotoran jenis karat dan kerak sama ada dari besi mahu pun air.
Ia diformulasikan untuk membersihkan kesan karat degil pada jubin dan dinding, selain membantu membersihkan lumut, kulapuk serta kotoran yang terkumpul di pelbagai termasuk tandas, jubin dan juga lantai garaj yang kotor.
Bagi memudahkan kerja pembersihan bahagian dapur, terdapat juga Sabun Badang Kitchen Cleaner. Hadir bersama bau lemon produk ini berguna untuk membersihkan kesan degil dari minyak, makanan, gris selain boleh digunakan untuk pembersihan peralatan dapur seperti hood, peti ais, singki, kabinet, microwave dan lain-lain.
Khusus untuk menghilangkan kotoran di bilik air juga tersedia Sabun Badang Bathroom Cleaner yang boleh digunakan untuk semua jenis permukaan dan peralatan di dalamnya tanpa perlu menyental. Ia turut diformulasi untuk membasmi kuman dan meninggalkan aroma yang harum.
Rangkaian Sabun Badang juga turut didatangkan dalam bentuk semburan seperti Sabun Badan Multi Purpose. Ia berfungsi untuk membersihkan pelbagai jenis kotoran degil dan kuman sekaligus memberi kesan yang menyegarkan.
Di samping itu terdapat juga Sabun Badang Toilet Bowl Spray untuk memudahkan kerja membersihkan mangkuk tandas.
Sementara itu bagi yang mencari cara untuk menghapuskan bau busuk atau aroma yang tidak menyenang Sabun Badang Fumeco sangat membantu. Semburan ini boleh meneutralkan bau busuk dari sampah, fabrik, haiwan, durian sekali gus memberi aroma segar.
Untuk lebih info tentang rangkaian Sabun Badang layari laman web www.sabunbadanghq.com
BACA LAGI : Begini Cara Bersihkan Oven Tanpa Perlu Menyental. Mudah & Berkesan Semua Kerak Tanggal!