Kita rasa mudah dan cepat untuk memasak, walhal sos-sos yang ada di pasaran seperti sos pasta segera sangatlah tidak sihat untuk anak kita. Buat sendiri lagi baik.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sos-sos pasta segera dan komersial ini mengandungi terlalu banyak bahan yang kurang sihat untuk anak. Elakkan.
Stop bagi anak makan sos pasta komersial kalau anak kerap tak sihat ya.
Anak selalu batuk dalam sebulan, seminggu je sihat. Anak demam dah dua minggu suhu masih naik turun. Anak asyik kena attack asthma dah banyak bulan tak sembuh lagi. Anak kerap berhingus taktahu mana punca nya. Anak gatal-gatal satu badan, stop ubat datang balik. Anak bersin setiap pagi, kesian sampai merah hidung. Anak berair telinga asyik bernanah je selalu.
Apa-apa je masalah anak, tapi kita masih tak jumpa jalan penyelesaian untuk sembuh, korang boleh try stop makanan tinggi proses macam ni.
Ads
Cuba ibu ayah perhati, belek ingredients belakang bahan ramuan, apa bahan yang ada dalam satu botol atau satu tin sos pasta.
Banyak sangat. Lebih 10 bahan. Pengawet. Aditif. MSG. Maltodekstrin. Perasa tiruan. Pewarna tiruan.
Semua ni kurang elok untuk usus dan otak anak kita sebenarnya. Bila kerap ambil, kita akan nampak tahap imuniti anak makin menurun. Kerap tak sihat, bila sakit lambat sembuh.
Ads
Dan dalam masa yang sama, kita tengah ajar dan tanam dalam diri anak, makanan macam ni okay untuk diambil hari-hari. Jadi, kita nak ganti dengan apa?
Blend tomato, buat sos pasta sendiri. Blend cendawan, buat sos cendawan sendiri.
Bawang merah, bawang putih, rempah ratus dry herbs, semua ni real food yang boleh kita guna. Tapi, ia perlukan sedikit modal masa dan usaha dari ibu dan ayah.
Ads
Nak tahap kesihatan anak lebih baik, itu yang kita kena korbankan. Sekejap je proses ni. Nanti kita akan terbiasa bila selalu buat.
Kita usaha sama-sama ya korang. Kita nak anak kenal banyak dengan real food, biar lidah anak mesra dengan real food. Ini penting untuk imuniti dan otak anak semua.
Malang tidak berbau. Tanpa kita jangkakan berlaku perkara yang tidak diingini seperti terkena patukan ular ketika di rumah.
Jika anak atau sesiapa sahaja di sekeliling kita yang terkena patukan ular jangan cemas, cuba lakukan langkah ini dan ada pesanan penting dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan buat semua.
Ikuti perkongsian beliau.
“Ini ularnya, doktor!” Lelaki itu sua seekor ular sepanjang 4 kaki. Bertempiaran beberapa orang petugas perempuan Jabatan Kecemasan melarikan diri dari lelaki itu. Ada yang terpekik, ada yang melatah. Kecoh di buatnya.
“Dah mati dah ular ni,” ujar lelaki berkenaan. Terpamer senyuman dibibirnya. Mungkin geli hati melihat gelagat petugas-petugas yang ketakutan itu.
Itu ular, biarpun dah mati, reptilia tidak berkaki tu tetap menakutkan. Bagi sesetengah orang, melihat gambarnya sahaja sudah cukup untuk mendatangkan ngeri, apatah lagi jika ada fizikalnya di depan mata.
Saya ambil ular yang berada dalam plastik lutsinar itu dari tangan lelaki berkenaan. Sejujurnya, ada perasaan gentar dalam hati saya ketika ular itu bertukar tangan. Bimbang ia hidup semula. Namun bila sedar kepala ular berkenaan telah hancur ditetak, perasaan tu menlenyap.
“Anak saya macam mana, doktor?” Lelaki ini sebenarnya adalah bapa kepada seorang pesakit yang berada di zon merah. Anaknya yang berusia 3 tahun telah dipatuk ular ketika sedang tidur di lantai rumah dengan ibunya pada waktu malam.
Mereka hanya sedar apabila anaknya tiba-tiba terjaga dan menangis tak henti-henti. Tak boleh dipujuk. Mereka kemudiannya mendapati ada bekas patukan ular di tangan anaknya setelah memeriksa rapi. Paniklah jadinya.
Si ayah cuba beberapa kali menyedut keluar bisa dengan mulut. Tiada apa yang keluar. Setelah itu dia bingkas bangun dari katil dan pergi ambil tali untuk mengikat tali di lengan anaknya, sedikit di atas daripada bekas patukan. Kuat dia ikat.
Setelah itu dia terus memeriksa sekitar rumah untuk mencari keberadaan ular tu. Jumpa ular di dapur. Si ayah cuba tangkap ular itu, namun ia bukan kerja mudah memandangkan ular itu melawan dan asyik menyelinap ke sebalik kabinet dan barangan lain. Akhirnya di ayah berjaya membunuh ular itu, dan mereka segera ke hospital.
Sampai hospital daerah, doktor di sana terus merujuk kanak-kanak tu kepada hospital berpakar. Setelah buat apa yang perlu, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berpakar menggunakan ambulans. Perjalanan ambil masa 2-3 jam.
Sementara itu doktor di hospital berpakar pula sibuk menghubungi Dr K (nama dirahsiakan). Di Malaysia ni, beliau pakar perunding yang mahir mengenal pasti ular dan cara pengurusan patukan ular. Nak pilih beri rawatan yang berkesan, kena tahu ular apa yang patuk mangsa.
Ularnya ada, tapi jenis ular tu sukar dikenal pasti kerana telah hancur kepalanya ditetak. Lumat. Antara cara kenal pasti ular adalah melalui bentuk kepala dan warna kulitnya. Kalau kepala dah tak ada bentuk, pengecaman jadi sukar.
“Kami tengah kenal pasti ular patuk anak encik, dan tengah cuba dapatkan antivenomnya jika perlu.” jawab saya.
Tak semua patukan ular perlukan antivenom, kerana tak semua ular berbisa. Malah kebanyakan ular tak berbisa. Antivenom hanya diperlukan untuk rawat ular berbisa, dan ia mestilah berdasarkan spesis ular yang mematuk. Contohnya: ular tedung, antivenom lain dari pada ular laut.
“Apa masalahnya? Kan saya dah bawa ularnya!” tegas si ayah. Kelat rasa mulut nak beritahu kenapa kami alami sedikit kesukaran nak kenal pasti jenis ular tu. Silap cakap nanti, mesti dia rasa seperti kami ni meletakkan kesalahan pada dia. Aduh!
Berita baiknya, akhirnya kami dapat kenal pasti ularnya. Berita buruknya, ia ular berbisa dan perlukan antivenom dan urusan mendapatkannya agak lambat.
Kenapa lambat? Banyak faktor, tak mahu saya tuding jari pada mana-mana pihak. Namun, ada perkara yang kita boleh belajar dari insiden ini.
Jika ada sesiapa dipatuk ular, tak usah beriya-iya nak bunuh ular untuk ditunjukkan pada doktor. Ambil gambar. Lebih mudah dan cepat. Ambil lah beberapa keping gambar berlainan sudut (jika boleh).
Tak perlu sedut bisa dengan mulut, tak perlu ikat dengan ketat anggota yang dipatuk. Hanya perlu ambil gambar ular, perlu bertenang, kurangkan pergerakan anggota yang dipatuk, dan segera ke hospital.
Jika nak bawa juga ular, biarlah orang lain yang uruskan untuk tangkap ular tu. Yang utama bawa mangsa ke hospital dahulu, ular boleh bawa datang kemudian. Pengecaman akan dibuat melalui gambar dahulu.
Kisah kali ini, tak berakhir dengan kisah gembira. Ada kemudaratan kekal pada mangsa. Kanak-kanak tu alami masalah saraf dan otak. Terlantar sahaja, tak sedarkan diri. Jari di tangan yang patuk ada yang alami nekrosis (tisu mati).
Mohon kalian doakan kesejahteraan pihak yang terlibat.
Tekanan darah tinggi ketika hamil wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri yang tidak berkembang dengan sempurna.
Penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung
1. Pengaliran darah ke placenta berkurang
-Bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein dalam air kencing
2. Sakit kepala yang teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan bermasalah, jadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit perut di sebelah atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau muntah
6. Kurang platelet dalam darah
7. Hati tidak berfungsi dengan baik
8. Susah bernafas, termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Melahirkan bayi pramatang sememangnya tidak diduga boleh berlaku. Namun ia tidak mustahil berlaku kepada ibu hamil. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Jadi tambahkan ilmu mengenali kelahiran pramatang ini.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
Tahap-tahap kelahiran pramatang
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Rawatan di hospital
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.
Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?
Nasihat Dr kepada ibu-ibu supaya sentiasa peka tentang kelahiran pramatang
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.