Bagi anda yang suka memasak, tentu anda sering menghadapi masalah apabila masak sotong. Tak kisahlah sama ada dimasak goreng atau berkuah. Sotong tersebut pasti akan mengecut dan hidangan anda akan nampak kuah sahaja kerana sotong tersebut sudah mengecil.
Di laman Facebook, seorang wanita bernama Zin Rose telah berkongsikan cara untuk mengekalkan saiz sotong ini dan juga cara untuk menghilangkan bau hanyir makanan laut tersebut.
Selepas ini pasti hidangan sambal atau gulai sotong anda tampak lebih menyelerakan dan menyiurkan.
Petuanya sangat mudah. Anda hanya perlu :
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.
Ads
2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.
3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.
4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.
Sedapnya masak ketam bila dapat yang banyak isi dan penuh telur. Memang licin hidangan!
Namun nak dapat ketam begini kena tahu cara yang betul ketika nak membeli di pasar. Silap pilih dapat ketam yang tak banyak isi. Dah lah harga ketam agak mahal.
Bagi yang bercadang untuk menikmati makanan laut ini, apa kara cuba petua ini ketika memilih ketam.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2. Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3. Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4. Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7. Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Bila teringin nak makan kek, kek yang mudah nak buat adalah kek batik! Antara kek yang penyediaan bahan-bahan yang amat mudah. Tetapi jika salah buat, boleh keras tau!
Perkongsian oleh puan Mya Ja’amat boleh cuba caranya. Malah viral resipinya setelah dikongsi lebih 3K. Boleh cuba.
KEK BATIK CINTA HATI 3 DARA JELITA
Ewah nama kan. Hahaha. Oh ye hari tu sis Mya ada buat kek batik. Kek batik ni walaupun mudah nak buat tapi banyak jugak rasa dia tu lain lain kan.
Macam sis Mya ni sepanjang sis Mya hidup ada dua kek batik yang buat sis Mya terkenang dan suka sangat. Sorang tu wife kawan sis Mya masa keje dulu buat. Tapi tu versi letak kacang. So ada tak berapa suka jugak. Satu lagi hasil tangan sis Mya sendiri.
Ok, korang boleh la refer dan try resepi sis Mya ni. Husband kata konpem laku kalo buat jual. Tak tau la rajin nak jual ke tak. Hehe.
Actually sukatan dia sis Mya campak campak je. Tapi mungkin ada yang tak boleh atau tak reti campak campak kan. So sis Mya bagi jugak ikut anggaran dan dari resepi asal dulu.
Bahan bahan :
8 sudu besar milo
8 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar nestum original
1 buku butter, sis Mya pakai brand Anchor ye.
1 tin susu pekat ( kalo tak suka manis boleh jadikan setengah tin je. Tapi ni sebab ada serbuk koko so rasa dia just nice.)
Secubit garam pink (garam biasa pun boleh tau)
Nescafe satu sudu kecik ( Optional. Tak letak pun takpe. Actually fungsi dia nak bagi rasa coklat tu lagi kuat. Tapi sis Mya ada anak kecik yang makan. Cukup cukupla milo dengan susu pekat tu buat dorang ligat😂)
1 plastik Biskut Marie Original (ada kawan sis Mya pernah buat perisa lain tapi sis Mya tak kenan. Paling best guna cap ping pong tu tau.) – Yang ni pecah pecah ikut suka
Cara cara : 1) Cairkan butter dalam kuali ke periuk ke. Ikut koranglah nak masak ni dalam apa. Yang penting kene masak atas api. Api sederhana je ye.
2) Butter dah cair kan, masukkan la susu pekat. Kacau kacau dia. Tak yah kacau lama pun.
3) Pastu masukkan milo kacau lagi. Masukkan pulak serbuk koko. Kacau je la uolls. Agak agak dia jadi pekat sangat tuang sikit susu segar.
4) Pastu masukkan plak nestum, garam sikit. Kacau lagi secukup rasa dan likat.
5) Boleh lah tuang kan biskut marie yang dipatah patahkan tu. Gaul la rata rata.
6) Tuang dalam loyang. Rata rata kan. Ketepikan. Siap dah. Eh jangan makan dulu tau. Bagi sejuk pastu leh sejukkan lagi dalam peti. Sejukkan semalaman lagi best.
Esoknya boleh dah amik potong potong. Jadilah Kek batik cinta hati 3 dara jelita. Kek Batik ni sis Mya potong sikit sikit la. Kalo tak sekali ngap semua makan macam makan nasi. Hihi.
Sis Mya buat ni masa semua tengah tido. Asalnya husband request untuk bawa pi potluck ofis dia. Dah kengkawan dia minta resepi. Husband pun saksi kejadian wife dia masak main campak campak je😂.
Best kan Kek Batik versi sis Mya ni wajib korang cuba. Nan ado telur ye. Tekstur dia pun tak lembut. Ada rasa crunchy biskut marie tu. Jangan lupa follow sis Mya Jaamat.
Sis Mya suka masak makanan & dessert simple simple tau.
Nota kaki : Sukatan tu adalah guideline je tau. So ikut korang nak tambah berapa banyak. Nak kurangkan berapa banyak. Yang tak suka manis boleh lebihkan koko, kurangkan susu pekat.
Selamt mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi biskut alien atau makhluk asing yang sedang viral di media sosial sekarang ini buat hati tercuit setiap kali melihatnya. Mana taknya, comel je terapan ketika diletakkan di atas dulang pembakar.
Malangnya hasil selepas dibakar adakalanya jadi cantik dan tak kurang juga yang tersasar landasannya. Alien bertukar jadi pelik. Macam-macam jenis makhluk asing yang jadi.
Rupanya senang sangat nak hasilkan biskut ni. Menariknya hanya gunakan empat bahan sahaja untuk menghasilkannya. Selain jimat kos, rupa paras yang mencuit hati juga jadi penyebab untuk kita cuba. Paling seronok bolehlah kita cuba dengan anak-anak di rumah. Ada juga aktiviti berfaedah yang boleh di buat di hujung minggu.
Jadi jom cuba resipi yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis di facebooknya. Mudah je.
BISKUT ALIEN VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 buku buttercup
1/2 tin susu pekat manis
400gm tepung jagung
4 sudu makan susu tepung
CARANYA:
1. Satukan semua bahan dan adun sampai jadi doh.
2. Jika adunan doh terlalu keras, tambah 2 sudu makan mentega supaya doh jadi sedikit lembut.
3. Cubit doh dan bentukkan ikut kreativiti. ( empunya resipi hias guna cip coklat).
4. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 165-170C menggunakan api bawah. Masak selama 25 minit. ( jika buat bentuk macam hersyes).
Jom cuba buat ikut kreativiti kita pula dengan anak-anak. Mungkin anak-anak ada daya kreativiti mereka sendiri untuk hasilkan alien yang mereka suka. Jom cuba!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...