Mendidik anak-anak memerlukan ilmu apatahlagi dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini. Menjadi ibu bapa yang baik memerlukan kesabaran, kefahaman dan kemahiran untuk memberikan keselamatan dan keamanan selain memenuhi keperluan asas mereka.
Keibubapaan merangkumi semua aspek dalam hidup seorang kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, emosi dan intelektual mereka. Mempunyai pengetahuan keibubapaan yang baik juga membantu mengurangkan kemungkinan masalah tingkah laku anak.
Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, lelaki ini memberikan info mengenai cara didikan yang boleh dijadikan panduan. Mungkin lain orang, lain caranya. Tapi tak salah untuk kita ambil mana yang sesuai dengan cara kehidupan kita.
Stail Parenting Dr. Sheikh Muszaphar
Satu hari tu, terjumpa satu info menarik, ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar‘. Maklumlah, hidup saya sekarang seputar keluarga. Disamping isteri dan anak-anak. Jadi saya suka baca apa-apa berkaitan keluarga dan parenting. Buku, artikel, ebook.
Selepas baca satu persatu tip itu, saya rasa saranannya kena dengan jiwa, ringkas dan praktikal untuk mak ayah zaman sekarang.
Rupanya Ini Rahsia Didik Anak Jadi Bijak Sejak Kecil
Saya kongsikan di sini:
1. Ucap “I love you” kepada anak, paling kurang 10 kali sehari. Bunyi macam senang. Tapi cuba check berapa kali kita dah cakap sayang kepada anak-anak hari ni?
2. Jangan biar masa anak terbazir. Isikan dengan aktiviti yang produktif. Bukan tengok tv dan gajet. Jangan biarkan anak-anak bebas isi sendiri masa mereka.
3. Guna sebaik baiknya ‘The golden age of the kids’. Golden Age kanak-kanak adalah dari lahir hingga umur 6 tahun. Dalam 6 pertama mereka ni, tanam minat pada anak sebanyak mungkin. Biar mereka explore apa sahaja.
4. Inspire and encourage your kids. Push their limit. Bila anak-anak nak buat sesuatu, kita bagi dorongon, beri sokongan. Apabila berjaya, kita puji. Jangan kondem atau perlekeh usaha anak-anak.
5. Stick with your rules. Kita boleh jadi penyayang, tapi perlu tegas bab peraturan dan akhlak. Kita lah polis dalam rumah. Bila waktu bangun, bila waktu belajar. Waktu tidur.
Ads
6. Expose anak-anak dengan pelbagai aktiviti. Boleh bantu anak bina pengalaman baru untuk bentuk peribadi dan emosi. Mak ayah boleh dedahkan anak-anak dengan benda baru.
7. Kanak-kanak sukakan rutin. Cipta rutin untuk mereka. Dari bangun tidur, sampai malam nak masuk tidur.
8. Children will never get tired. Tak berhenti bermain. Penuhi masa dgn pelbagai aktiviti. Guna tenaga unlimited mereka untuk tolong kita dalam rumah.
9. Comunicate, communicate, communicate. Paling penting Eye contact. The best is kena sama paras dgn mata anak bila bercakap. Sebab, bila kita bercakap macam tu, anak akan rasa point kita tu penting. Dan anak rasa diri mereka penting.
10. Never say NO. Sebab komunikasi macam tu adalah komunikasi satu hala. Banyakkan guna “Kenapa”. Dapat latih anak berfikir dan berkomunikasi dua hala.
11. Start young. Perkenalkan apa sahaja sejak dari awal. Contohnya, nak suruh anak-anak minat membaca, dedahkan dengan buku sedari kecil.
Ads
12. Home environment. Sediakan persekitaran rumah yang baik untuk anak-anak. Suasana yang selesa untuk belajar dan selamat untuk bermain.
13. Belajar bahasa. Ajar anak-anak bertutur bahasa baru.
14. Identify the signs of stress. Jika ada tanda-tanda tu, kena ubati cepat-cepat. Jangan biarkan berlarutan.
15. Education start at six(umur). But learning begin at birth. Ajarkan anak apa sahaja yang kita nak mereka mahir seawal umur sehari.
Itulah ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar‘, Angkasawan Negara kita. Sebetulnya, ada pelbagai kaedah dan cara parenting untuk anak-anak zaman moden ni.
Banyak buku-buku hasil kajian oleh pakar kanak-kanak telah diterbitkan. Tinggal kita mak ayah nak pilih dan praktikkan. Ikut keselesaan dan kesesuaian dengan anak-anak masing-masing. Tak ada salah dan betul.
Ads
Yang salah dan jadi masalah adalah apabila kita taksub dengan satu cara, dan kritik cara orang lain, seolah-olah cara kita saja yang betul, orang lain salah.
Apabila dah taksub, mak ayah terlalu memaksa anak-anak. Sampaikan anak-anak stress. Setiap anak ada kecenderungan mereka. Ada minat tersendiri mereka. Jangan sampai anak-anak stress dan kita rosakkan masa depan mereka. Sudahkah kita lupa apa yang terjadi kepada anak genius Sufiah Yusuf akibat tekanan semasa kecil?
Satu lagi, ada mak ayah suka rendahkan anak orang lain. Bangga anak kita lebih pandai daripada anak orang. Anak sendiri umur 5 tahun dah pandai baca buku. Anak kita umur 6 tahun dah khatam Quran. Anak kita mampu buat apa pun, cukup kita sahaja yang meraikan, tak perlu heboh.
Setiap anak sudah ada potensi dan kemampuan tersendiri mereka. Ada yang cepat, ada yang perlukan lebih perhatian dan dorongan. Tugas mak ayah untuk cungkil dan asah bakat mereka.
Cara dan kaedah parenting semua ini hanyalah rujukan atau pemudahcara untuk mak ayah. Tak perlu taksub kepada satu-satu cara sahaja. Yang penting anak-anak suka, mak ayah gembira, tak serabut kepala.
Bila cerita tentang bab mengemas rumah memang semuanya fokus kepada ibu-ibu. Maklumlah wanita biasanya menjadi surirumahtangga. Namun ada juga yang bekerjaya. Namun ini bukan alasan untuk culas mengemas rumah.
Sanggupkan membiarkan rumah semak sana sini dan persekitaran rumah yang tak FRESH. Pasti serabut kan! Islam pun suka kan kecantikkan dan kebersihan. Pendek cerita, jangan bagi alasan tak sempat untuk lakukan itu ini, sehinggakan menyebabkan semua kerja jadi TERTANGGUH. Jika betul-betul nak buat, JUST DO IT!
Seperti perkongsian ibu ini di laman facebooknya Husna Haron hanya 1 minit je nak touch up pasu. Esok buat lagi 1 minit. Ini adalah salah satu caranya yang amalkan konsep Just Do It.
Ok jangan tangguh nak baca tip puan ni. Jom mulakan hari ni. Admin semangat dah nak nak tanam pokok jugak kat rumah, 1 hari 1 pokok . Target 4 pokok sebelum tahun baru..Inspirasi tak? Ok jom Do It!
BERTANGGUH VS JUST DO IT
.
Kebiasaannya kita menunggu kesempurnaan baru mahu buat. Maka, ia amat mendorong kepada bertangguh. Astaghfirullahalazim..
.
Apakah contoh?
– tunggu pandai Alquran dulu baru mahu ajar anak
– tunggu dah selalu tahajud, baru nak sebarkan
– tunggu rumah kemas tip top, baru nak jemput orang datang
– tunggu ada masa yang perfect, baru nak exercise. Ie anak ada orang jaga, masa badan tengah energetic, kerja dah setel, cuaca elok, dah siap berpakaian lengkap.. Baru boleh exercise
– tunggu ada segala bahan, baru akan masak special.
.
Sudah nya.. Bertangguh berkulat beranak pinak kulat tu pun belum tentu kita bergerak.
Hari ni.. Saya tukar pokok hiasan dalam rumah. 1 set ada 8 pasu. Ada 2 set. Setiap minggu akan tukar kedua dua set ini untuk dapatkan cahaya matahari direct di luar. MasyaAllah..
.
Sekiranya anda lihat.. Pada pasu, agak kotor. Dan tiada pelapik untuk sebahagian pasu. Guna aja apa bekas yang ada. Kotor tu? Nanti esok bersihkan. Hari ni cuma ada 10 minit untuk tukar pokok.
.
AT LEAST SUDAH ADA TINDAKAN.
esok 1 minit touch up 1 pasu.. Lusa 1 minit touch up pasu lain pula.. Allahuakbar!
.
Bak Pesan Ma saya yang ada anak 10..kena pandai curi masa. Saya tak berani nak sembang kat parents cakap saya tak cukup masa. Sebab heyyyyyy! Anak dua je kot!
.
Tahukah anda.. Apabila ada pokok hiasan segar dalam rumah, ia menukar oxygen fresh? Pokok lidah buaya (gambar ke dua) pula boleh menyerap radiasi Internet smartphone (sumber neuroversiti.com) . Supaya kita lebih sihat. In shaa Allah. Saya ada 8 pasu. Sekali masuk, 4 pasu. Tiada daya dan upaya melainkan bantuan Allah semata-mata.
.
Setiap pagi.. Ketika subuh, saya akan buka tingkap rumah. Tingkap yang berdekatan dengan tempat saya solat dan baca AlQuran. Nyamuk? Tahukah anda ada essential oil, yang apabila kita diffuse ia lari? Dah lah wangi. Yang utama, minta pada Allah. Tak perlu tunggu ada diffuser baru nak buat. Ada banyak pilihan lain. AhHa!
.
Freshness, starts from our house. Apabila seorang wanita start harinya dengan ketenangan.. Perhatikan. Seluruh ahli keluarga berjangkit tenang. Allahuakbar.. Semuanya atas kuasa Allah. Dan kita yang berusaha. In shaa Allah
.
Saya selalu memerhatikan.. Anak anak bangun tidur dalam keadaan ceria atau pun menangis. Kerana di situ, saya menilai sejauh mana Alquran tersebar di seluruh rumah. Alquran yang dibaca dengan Upgraded tajwid memberikan SIDE EFFECT tenaga yang besar. Ia tersebar ke seluruh rumah. In shaa Allah.
.
Sama kah orang yang membaca vs pasang radio quran? Saya prefer ORANG YANG MEMBACA.
.
An-Nisa’ 4:174
.
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
.
Tak perlu tunggu pindah rumah yang lebih besar, lebih kemas untuk buat. Apa sahaja jenis rumah boleh mulakan. Syukuri, yang sekarang terbaikk untuk diri kita. Jangan terpengaruh dengan segala simptom bertangguh. JUST DO IT! Allah ada untuk kawal pemikiran dan hati kita. In shaa Allah.
.
Kesempurnaan datang along the way.. Kerana Allah yang Maha Sempurna yang tolakkan kita.
.
So apakah tindakan anda selepas membaca post ini?
.
Ya diizinkan share, kita sama sama manfaatkan dengan orang lain ya
.
#HusnaHaron
#FormulaMasa.com
#QuranicLifestyle
#QuranForever
#Sendiri
.
Terima kasih tagline Nike Just Do it!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hasilnya memang menakjubkan! Rumah pusaka yang telah ditinggalkan selama tiga tahun telah diubah suai sehingga menjadi sebuah rumah yang sangat cantik dan kemas sempena hari lebaran.
Berkongsi beberapa keping gambar di facebook, puan Asrz Hashim, menunjukkan hasil sebelum dan selepas.
Nyata usaha membaik pulih semula rumah pusaka ini memang cantik! Tema putih memberikan lebih keluasan kepada rumah ini.
Hasil refurbished rumah pusaka.. Rumah ditinggalkan kosong hampir 3 tahun.. Dan untuk raya kita ubah la mana yang mampu untuk kelesaan penghuni..
Apabila ditanya mengenai penggunaan cat, menurutnya menggunakan cat minyak. “Seamaster high gloss finishing. Sapu guna roler kecik tu.. Bahagian tinggi guna tangga.”
Katanya lagi, cat putih memainkan peranan untuk naikkan seri kediaman rumah pusaka berkenaan.
Ramai warganet memuji cara dekorasi dan kreatif, beliau mengakui mengemari tatahias rumah terutama lagi suka lakukan sendirinya untuk mencantikkan rumah.
Sekali pandang ramai beranggapan wanita ini mungkin belum berumah tangga. Hakikatnya, wanita berusia 32 tahun ini sudah memiliki tujuh cahaya mata dengan seorang daripada telah meninggal dunia ketika kandungan berusia empat bulan.
Noriza Tul Akma Abdullah mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Izzhar Abdullah, 34, pada tahun 2006 ketika dia berusia 16 tahun.
Ditakdirkan, wanita mesra disapa Akma itu dikurniakan rezeki awal apabila menimang cahaya mata sulung setahun selepas berkahwin sekali gus menjadikannya ibu pada usia muda.
Menurut Akma dia memang berkahwin atas kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
Ibu jelita ini mengakui tempoh lima tahun di awal perkahwinan agak sukar juga kerana usia belum matang malah pernah juga catu makan tetapi semakin biasa menyesuaikan dengan keadaan selepas melahirkan anak kedua.
Tambah Ilmu Keibubapaan
Menurut Akma, selain merujuk dengan ibu bapa, dia juga banyak membaca buku berkaitan penjagaan bayi untuk menambah pengetahuan. Katanya, pengetahuan diperoleh itu cuba diaplikasikan mengikut keadaan setiap seorang anaknya.
“Kalau pergi kedai buku, saya memang suka cari buku berkaitan penjagaan anak.
“Dari situ, saya belajar walaupun realitinya tidak sama dan lebih mencabar,” katanya.
Setiap kali keluar bersama anak, Akma tidak menafikan ada yang menyangka dia anak sulung dan berjalan-jalan membawa adik.
Akma berkata, ada juga individu yang cuba ‘mengayatnya’ kerana beranggapan dia belum berkahwin.
“Hakikatnya, saya sudah berkahwin dan ibu kepada tujuh cahaya mata dengan yang sulung berusia 15 tahun dan bongsu dua tahun manakala anak syurga saya, Muhamad sudah meninggal dunia kerana jantung berhenti semasa dalam kandungan.
“Saya tidak layan dan anggap ia sekadar usikan daripada mereka yang tidak kenal kerana orang terdekat tahu saya sudah berkahwin,” katanya.
Suami Banyak Membantu
Berhubung kisahnya yang tular selepas memuat naik video di TikTok, Akma berkata, dia sekadar berkongsi untuk suka-suka saja dan tiada niat mencari perhatian.
@akmaabdullah90Bukan suami yang nak anak ramai, tapi diri sendiri.. mungkin sebab dapat suami yg rajin tolong uruskan rumah tangga so tak serik beranak 🤣 tapi lepas czer anak no 7 ni, memang serik sangat, siap request dekat doc nak ikat tapi doc tak bagi pulak, dia kata muda lagi 🤣 untuk yang tengah berusaha untuk ada anak, Akma doakan moga semua dipermudahkan..♬ DJ Cantelo – Angi Lay
“Saya muat naik video itu kelmarin (Jumaat) dan tak sangka ramai yang menonton. Alhamdulillah, banyak komen positif dan terima kasih saya ucapkan kepada yang mendoakan namun ada juga menuduh video itu hanya rekaan serta sekadar bahan (content).
“Saya tidak ambil kisah komen negatif dan terima saja dengan lapang dada.
“Apa yang pasti, saya doakan mereka belum ada cahaya mata atau sedang berusaha dikurniakan rezeki anak oleh Allah.
Selain itu Akma juga melahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan suami yang banyak membantunya menguruskan anak-anak.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal pula, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya yang mencari rezeki menerusi perniagaan dalam talian.