Melihat ke dalam peti sejuk jika penuh berisi dengan stok makanan basah seperti ikan, ayam, daging, udang dan sebagainya memang boleh buat hati kita rasa puas hati dan seronok.
Maklumlah, bila hendak memasak pun mudah. Main capai sahaja mana satu stok yang ada, dan terus boleh dimasak tanpa perlu lagi pergi ke pasar setiap hari.
Pun begitu, untuk pastikan setiap stok bahan basah yang disimpan kekal segar untuk satu jangka masa yang lama, ada tips dan caranya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Dynie Khainudin.
Hari merestock barang basah di temani abam bo. Hehee, cukuplah stok untuk seminggu ni. Panass lit-lit arini nasib pakai sunblock dengan calit si bunga.
Ads
Rahsia nak kekal segar lauk basah misss taruk lemon dan perah limau skett. Sebab nak elak lauk bau hanyir bila di masak.
Ni je bahan yang diperlukan oleh mak suri supaya lauk basah kita sentiasa #FRESH dan wangi bak baru beli di pasar
Ads
1- Lemon *susun dalam bekas
2- Asam limau perah *perah
3- Garam * optional
Korang kalau banyak gini tahan bape lama agak-agak.
Bila ada sepokok dua pokok rambutan di laman rumah atau di kebun, dan tibanya musim rambutan tidak dinafikan sampai tidak termakan dibuatnya. Apatah lagi ketika ini, anak cucu tidak dapat balik ke kampung untuk sama-sama dapat menikmati buah rambutan yang telah masak ranum di pokok.
Tidak mahu terbuang begitu sahaja, apa kata anda buatkan resipi seperti yang dikongsikan oleh puan Ani Zam ini. Sekurang-kurangnya dapat disimpan dan bertambah enak untuk menikmatinya. Membuatnya juga tidaklah susah, hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.
Bahkan rasanya sangat sedap, apabila kemanisan rambutan menjadi ‘mesra’ dengan rasa masam asam boi dan rasa pedas cili. Memberi kesempurnaan rasa hingga ada yang berasa ‘ketagih’ bila pertama kali mencubanya.
“Ada banyak buah rambutan kat rumah ni. Saya buat rambutan asam boi pula
Ada peminat menu ni tak?” Tanyanya di salah satu group masakan di Facebook dan berkongsi resipi.
Resepi Rambutan Asam Boi
Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cilipadi
Garam dan gula
Cara buat :
1. Kupas , basuh bersih dan toskan buah rambutan
2. Masukkn isi rambutan ke dalam mangkuk
3. Masukkan pula asam boi , serbuk asam boi , cilipadi , garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut..gaul bagi mesra
4. Buang biji limau kasturi kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan
Gaul sebati … akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk dalam satu atau 2 jam
Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Memikirkan menu apa yang mudah disediakan dan menepati selera sekeluarga untuk dinikmati sebagai menu minum petang, mungkin inilah pilihan menum yang hebat untuk dicuba.
Menu lasagna yang dimasak tanpa menggunakan kepingan lasagna tapi digantikan dengan beberapa keping roti.
Melihat hasil masakan yang disediakan oleh Puan Mimie ini, nyata nampak sungguh menyelerakan.
Lagi teruja untuk dicuba kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur untuk mencuba sediakan menu ini.
Bahan-bahan:
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula
Cara-cara Penyediaan:
Inti Daging
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit : Mimie Ali via Pakar Diari Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Menyiram’ kek, aiskrim, roti mahu pun pancake dengan sos karamel akan menambahkan lagi rasa enak untuk hidangan pencuci mulut yang dimakan, itu tidak dinafikan. Ramai sedia maklum. Bahkan bila viral resipi Roti Sarang Lebah di media sosial, ramai antara kita bukan sahaja tahu membuat roti tersebut malah dapat tahu ada satu lagi jenis sos yang enak dan manis rasanya boleh dimakan dengan pastri iaitu sos Butterscotch.
Sebenarnya, antara sos karamel dan sos butterscotch ini jika dilihat sekali pandang mungkin ada yang mengatakan sama sahaja. Tapi hakikatnya ia berbeza daripada penggunaan bahan dan rasanya yang tersendiri.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Neiza Nor Hamnira di page masakan dan bolehlah dijadikan panduan untuk menambah ilmu tentang dua jenis sos tersebut.
BEZA SOS KARAMEL DAN SOS BUTTERSCOTCH
Selalu kita keliru kan. Apa bezanya? Macam sama je. Gula, mentega dan krim kan? Mana lagi sedap? Ok, jika masih keliru, ini beza bahan dan cara masak atas dapur, guna api sederhana ya.
Sos karamel : GULA PUTIH (1.5 cawan) jadi karamel + butter (3 sudu besar) 2 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likatnya, tutup api.
Sos butterscotch : butter mencair (3 sudu besar butter) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.
Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.