Cili kisar antara stok wajib yang sentiasa ada di dalam peti ais di rumah kita. Bukan hanya untuk dijadikan dalam masakan jenis bersambal tetapi cili kisar ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan lain. Jadi tak hairanlah ia sentiasa ada di dalam peti ais.
Pun begitu menyimpan cili kisar terlalu lama adakalanya buat ia menjadi berkulat malah timbul seperti kelapuk putih di permukaannya. Walaupun tidak berbau, cili kisar ini sebenarnya masih boleh digunakan ketika memasak.
Namun ada caranya hendak menyimpan cili kisar ini lebih lama daripada yang dijangka. Malah kulapak putih pun pasti tidak ada lagi. Bagaimana caranya? Ini cara yang dikongsikan oleh wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Ina, www.kakinakl.com, bagi memastikan cili kisar tahan lama. Jom cuba.
Dari dulu memang jarang beli cili pes kat kedai, lebih suka buat sendiri. Pernah sekali beli serbuk cili di Abu Dhabi buat sambal tumis ikan bilis, perghhh rasanya teruk betul.
Ads
Akak suka kisar cili kering untuk seminggu ataupun lebih sebab menyenangkan kerja dapur.
Bila dah potong kecil selalunya akak rendam dan buang air sehingga bersih.
Pastu rebus, cuci lagi dan baru kisar. Kalau nakkan biji cili hancur masukkan sedikit minyak masak bersama air.
Ads
Bila dah kisar akak akan masak sekejap sebab tak nak cili naik kulat dan bau masam.
BAHAN-BAHAN:
Ads
Cili kisar
Sedikit Minyak
CARA MEMBUAT:
Letak sedikit minyak dan tumis cili kisar.
Bila dah terbit minyak masukkan dalam bekas.
Tunggu sejuk baru tutup dan simpan dalam peti sejuk.
Bila akak tanya kat teman teman di IG ada juga yang sudi berkongsi petua.
saya masa nak blend cili tu masuk skali dengan minyak masak. Tak guna pun air, lepas tu simpan cili blend tu dalam peti sejuk. Insyaallah boleh tahan 2 -3 minggu.
Petua penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan bahan-bahan masakan mungkin ada yang telah lama amalkan. Namun ada juga yang belum pun pernah mencuba dan merasai keberkesanan mengamal petua lama.
Umpamanya dengan mengamalkan petua minum air rebusan ketumbar yang dikatakan banyak khasiatnya dan dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara yang mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaniza Isenen dan bolehlah anda mencubanya.
PETUA MUDAH KURUS DENGAN AIR REBUSAN BIJI KETUMBAR
Ramai tak tahu, yang biji ketumbar ni selain jadi rempah masakan tapi boleh jugak turunkan berat badan tau! So, Jangan pandang sebelah mata.
Kecil-kecil biji ketumbar ni tapi jumlah mineral dia lebih tinggi seperti serat makanan, zat besi, kalsium, dan mineral.
Penyebab kita bertambah berat badan adalah adalah makan makanan yang mengandung banyak kalori tapi kurang air dan serat. Betul tak?
Meh kita try amalkan dengan 2 bahan mudah yang selalu ada kat dapur tu.. kita manfaatkan.
Bahan-bahan
Biji ketumbar
Lemon
Cara-caranya
Itu sahaja! Dah siap untuk diminum.
Selamat mencuba!
Nota: boleh juga tambahkan sedikit madu untuk rasa manis.
Manakala meninjau di page Hallo Doktor, turut dikongsikan artikel berkaitan 9 manfaat ketumbar untuk tubuh dan bolehlah dimanfaatkan.
#1. Mengurangkan keradangan kulit
Cineole, yang merupakan salah satu daripada 11 komponen minyak pati dan asid linoleat, terdapat dalam rempah ini.
Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri antirheumatik dan antiarthritik, yang membantu mengurangkan bengkak yang disebabkan oleh kedua-dua keadaan ini.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the German Society of Dermatology, para penyelidik juga telah mencatatkan sifat antiradang daripada rempah ini.
Untuk keadaan seperti pembengkakan yang disebabkan oleh kerosakan buah pinggang atau anemia, rempah ini berkesan dalam mendorong pengencingan untuk melepaskan air berlebihan daripada badan.
Pengurangan keradangan kulit ini membawa kepada pengurangan ketidakselesaan selain penambahbaikan pada kulit.
#2. Melegakan gangguan pada kulit
Ciri-ciri disinfektan, detoksifikasi, antiseptik, antikulat dan antioksidan yang dimiliki oleh rempah ini adalah sesuai untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, kekeringan, dan jangkitan kulat.
Minyak ketumbar juga telah dipatenkan untuk sifat antiradang dan antimikroba oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti di Freiburg, Jerman.
#3. Menurunkan tahap kolesterol
Menurut jurnal Environmental Biology, asid yang terdapat dalam rempah ini, seperti asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, asid stearik dan asid askorbat (vitamin C) sangat berkesan dalam mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.
Asid-asid ini juga mengurangkan tahap kolesterol LDL yang buruk di sepanjang dinding dalaman arteri dan urat, yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular yang serius seperti serangan jantung, aterosklerosis, dan strok.
Lebih penting lagi, rempah atau herba ini membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” atau HDL, yang berfungsi sebagai garis pertahanan pencegahan terhadap beberapa keadaan kesihatan yang berbahaya.
#4. Ketumbar bagus untuk cirit-birit
Komponen minyak pati yang terdapat dalam ketumbar mengandungi komponen, seperti borneol dan linalool, yang membantu pencernaan selain memastikan fungsi hati yang baik.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Leaflets Ethnobotanical mengatakan ia juga membantu dalam melegakan cirit-birit yang disebabkan oleh tindakan mikrob dan kulat kerana komponen seperti cineole, borneol, limonene, alpha-pinene, dan beta-phellandrene, kesemuanya mempunyai kesan antibakteria.
Rempah ini juga semakin popular sebagai rawatan di rumah untuk mencegah mual, muntah, dan gangguan perut.
#5. Mengawal tekanan darah
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa rempah ini membantu menurunkan tekanan darah dalam kalangan mereka yang menderita hipertensi secara positif.
Dengan meningkatkan interaksi ion kalsium dan asetilkolin, neurotransmitter dalam sistem saraf periferal dan pusat, ia melegakan ketegangan saluran darah, sekali gus mengurangkan kemungkinan beberapa keadaan kardiovaskular, termasuklah serangan jantung dan strok.
#6. Ketumbar boleh melawan Salmonella
Salmonella adalah salah satu penyebab penyakit yang paling berbahaya di dunia, oleh itu sebarang kaedah atau cara semula jadi untuk melindungi diri anda daripada bahaya Salmonella adalah sangat penting.
Ketumbar mempunyai tahap dodecenal yang luar biasa tinggi. Ia merupakan sebatian semula jadi yang dua kali lebih tinggi sepertimana antibiotik sebagai rawatan utama untuk penyakit berasaskan salmonella.
Ini disahkan oleh satu kajian dari University of California at Berkeley.
#7. Membantu sistem pencernaan
Disebabkan oleh faktor aroma daripada minyak patinya, ketumbar membantu dalam rembesan enzim yang betul dan jus pencernaan dalam perut.
Ia merangsang pencernaan dan gerakan peristaltik. Ia juga membantu dalam mengurangkan gejala anoreksia.
Di samping aroma rempah ini yang menyenangkan, ia turut mempunyai kualiti perangsang yang tertentu, yang diperoleh daripada mineralnya.
Tambahan pula, neurotransmitter akan dirangsang apabila rempah ini dicerna. Kajian telah menunjukkan bahawa dispepsia (senak) akan berkurangan jika rempah ini sentiasa diambil dalam pelan pemakanan.
Bagi kanak-kanak kecil yang mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kolik perut berbanding daripada orang dewasa, sedikit penambahan ketumbar dalam diet mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan cepat.
#8. Ketumbar boleh membantu merawat cacar
Minyak pati dalam rempah ini kaya dengan antimikrobial, antioksidan, antijangkitan, komponen detoksifikasi dan asid-asid lain.
Kehadiran vitamin C dan zat besi juga menguatkan sistem imun.
Di kawasan di mana wabak cacar berlaku, kajian menunjukkan bahawa jumlah vitamin C yang besar mempunyai kesan pengubatan yang jelas terhadap cacar. Ia boleh membantu menyumbang kepada megadose vitamin C yang diperlukan.
#9. Penting sebagai ramuan rawatan konjunktivitis
Ketumbar adalah pembasmi kuman yang sangat baik dan mempunyai sifat antimikroba yang mungkin melindungi daripada penyakit berjangkit seperti konjunktivitis.
Minyak ketumbar digunakan secara meluas dalam penyediaan dan penghasilan beberapa produk penjagaan mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga kulit muka antara salah satu kepayahan dalam menjaga kecantikkan. Bukan mengejar cantik semata-mata, tapi jerawat yang muncul buat kita rasa tak selesa malah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan ramai orang.
Tak hanya malu dan rendah diri tetapi jerawat yang mula membengkak juga buat seluruh muka rasa sakit dan tidak selesa. Tangan pun mulalah gatal mencuit jerawat hingga berdarah.
Kalau buntu memulihkan jerawat di muka ada baiknya anda cuba petua ringkas yang dikongsikan oleh adik kita ni. Perkongsian oleh Nik Izani Raizan ni nampak mudah je. Hanya gunakan kulit buah oren sahaja. Menarik!
#Petua Mudah Nyahkan Jerawat Di Wajah
Oren ni kaya vitamin C dan A. Bagi uoll yang berjerawat, kena makan buah yang ada Vitamin ni sebab ia bagus untuk maintain kulit yang sihat.
Vitamin C ialah anti-oksidan terbaik untuk merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru. Kandungan asid Vitamin A memberikan peranan clearkan pori-pori tersumbat supaya mempercepatkan penyembuhan jerawat, menghalang keradangan jerawat dan menghalang pertumbuhan jerawat baru.
Kulit buah Oren jangan dibuang begitu saja. Kita boleh gunanya untuk mengecutkan jerawat pada wajah. Kulit buah Oren sangat bernilai dalam merawat jerawat.
Bahan-bahan:
Kulit buah oren
Sedikit air
Cara-cara:
1. Kupas kulit buah oren.
2. Tumbuk hingga lumat dengan sedikit air.
3. Inilah pes yang sudah siap.
4. Sapukan pada tempat yang berjerawat dan bilas bersih.
p/s: Elakkan cuba rawat jerawat dengan supplement ya. Dos vitamin A yang tinggi boleh menyebabkan kulit kering dan keguguran rambut.
Sumber: Nik Izani Raizan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah, admin kongsikan tip dan cara yang dilakukan oleh super Daddy ni Khairul Abdullah. Dia hanya guna dua bahan je iaitu baking soda dan juga cuka.
Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.
Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.
So lagi kerap basuh lagi banyak kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali.
Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak.
Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.
1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Lepas tu set basuhan yang paling lama sekali.
Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.
Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.
Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.
2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.
Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.
Kalau takde dont worry.
3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.
Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.
Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?
Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu.
Dalam kebanyakan rumah, waktu malam sering menjadi momen paling dinantikan selepas seharian penat bekerja, mengurus keluarga dan menyelesaikan rutin harian. Selesai sahaja makan malam bersama,...