Siapa sangka, bermula dengan rasa kagum dengan kerjaya suami sebagai pegawai di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuatkan seorang wanita bernama Yusnia Ismail nekad untuk mengikut jejak suaminya menyertai agensi terbabit.
Yusnia yang berasal dari Muadzam Shah, Rompin, bukan sahaja berjaya menamatkan latihan malah diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Wanita pada Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 2022 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang membawa gelaran Leftenan Muda Maritim.
Suaminya, Leftenan Madya Maritim, Nur Mohd Farhan Mohd Amin dari Lumut, Perak telah berkhidmat dalam APMM sejak 2017 turut hadir meraikan hari istimewa tersebut.
Yusnia berkata, dia berasa bangga dengan suaminya kerana sentiasa bersedia untuk negara malah sanggup melaporkan diri untuk bertugas walaupun mereka sedang bercuti dan dari situ dia terdorong untuk turut sama berbakti kepada tanah air.
“Saya cabar diri saya, kalau suami saya boleh buat, saya pun boleh buat tetapi cabaran terbesar saya lalui ketika menjalani latihan apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak kerana saya tidak pernah berpisah lama dengan anak sebelum ini.
“Sepanjang latihan terutama ketika berlari setiap pagi, setiap kali saya rasa penat, saya akan fikir saya datang ke sini dan tinggalkan anak-anak, tak kan saya nak berhenti di sini, jadi, saya nekad tidak akan berhenti di pertengahan jalan. Saya buat ni pun untuk keluarga saya juga,” kata ibu kepada dua anak berusia empat dan enam tahun.
Mengenai anugerah yang diterimanya, Yusnia berkata, dia dapat menjadi yang terbaik kerana berada dalam skuad yang terbaik, mempunyai jurulatih yang terbaik, serta tempat latihan yang terbaik.
Ads
“InsyaAllah, kami suami isteri akan sentiasa bersiap siaga untuk menjaga keselamatan perairan negara,” katanya.
Dalam pada itu, suaminya, Nur Mohd Farhan berkata, dia tidak menjangka isterinya mahu menyertai APMM namun menyokong keputusan pasangannya itu.
“Cara kerja di agensi ini berbeza, jadi untuk dia faham kerja saya elok juga dia menyertai agensi ini. Namun pada mulanya saya tidak rasa dia serius ketika memberitahu dia mahu hadir temuduga APMM.
Ads
“Pada mulanya saya tak sanggup juga sebab memikirkan dia terpaksa melalui latihan fizikal dan fikir mungkin akan membebankan dia, jadi saya tidak terlalu menekannya namun dia berjaya membuktikan bahawa dia mampu mengharunginya,” katanya.
Mempunyai anak kecil di dalam rumah terutama yang sudah boleh merangkak atau berjalan pasti membuatkan ibu bapa pening nak melayan. Lebih-lebih lagi jenis yang tak reti duduk diam.
Ke sana ke mari tanpa henti dan mencapai barangan sehingga boleh mengundang bahaya pada mereka.
Pastinya ruang dapur menjadi kawasan larangan buat si kecil yang suka menjelajah kan. Tapi bagaimana caranya nak pasti mereka tidak boleh bermain di kwasan dapur.
Saudara M Fakhrullah Hassan menerusi page Tukang Apa Hari Ini berkongsi tip membuat pagar bagi memastikan anak-anak tidak boleh dekat dengan kawasan dapur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika diberi sebuah kehidupan yang senang, hidup mewah dan kaya raya, tentu sahaja ramai yang mahukannya. Apa tidaknya segala kehendak dan impian selama ini boleh dimiliki dengan mudah. Semua yang dihajatkan boleh sahaja dibeli bila mana wang bukan lagi menjadi penghalang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun hakikatnya untuk hidup kaya raya ia tidaklah semudah yang disangka. Bukan senang nak senang!
Selain kita melihat kegigihan usaha yang berpanjangan dan tidak mengenal lelah, pastinya juga ada rahsianya yang tersendiri.
Atas sebab itu juga, tidak hairanlah ilmu untuk menjadi kaya atau jutawan sering dicari dan dipelajari daripada orang yang berjaya. Apatah lagi jika dapat menuntut dengan kaum Cina yang diakui ramai yang berjaya membina kekayaan melalui perniagaan sendiri. Itu tidak dapat dinafikan.
Mengetahui berkenaan rahsia kejayaan orang Cina menjadi kaya, Pengasas AKTA Tuition Maths & Add Maths Tutor Adam Kelvin telah berkongsi 5 rahsia yang nyata mencuri perhatian warganet di akaun facebooknya.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.
Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.
Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.
Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.
Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.
Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.
Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih
hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.
WE LOVE PROPERTIES. HAHA..
Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.
Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.
Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.
Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.
Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.
Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.
Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.
So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.
Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..
Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.
Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.
Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.
Baru-baru ini tular berkenaan kenyataan seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi.
Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000.
Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi dan rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan pendakwah bebas tersebut.
Susulan itu, memetik kenyataan seorang individu yang dikenali sebagai Dr Wan, tampil memberi pendapat beliau dari segi perubatan sepertimana yang dikongsikan media Kosmo.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan Dr. Wan turut mempersoal data yang diperoleh penceramah bebas itu berhubung doktor wanita lebih ramai berbanding lelaki untuk menyambut kelahiran bayi.
“Kalau ustazah ada data yang lengkap, ustazah boleh ‘tag’ saya dan buat video pencerahan tentang itu, saya nak tengok.
“Setahu saya, dalam kepakaran ‘Obstetrics & Gynaecology ‘ (O&G), kebanyakan pakar terdiri daripada doktor lelaki,” jelasnya.
Dr. Wan seterusnya menyatakan, menurut hukum Islam dan penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus, perkara ini dibolehkan jika keadaan ketika itu adalah darurat.
“Kita fikir secara logik, saya sebagai suami pastinya tidak mahu doktor lelaki melihat aurat isteri saya tetapi dalam keadaan darurat dan doktor perempuan tiada, macam mana? Maka logiklah kalau doktor lelaki yang sambut,” ujarnya.
Manakala hantaran info di facebook Public Health pula, ada berkongsi infographic menunjukkan bukan mudah untuk seseorang itu menjadi doktor pakar sakit puan. Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet dalam memahami perjalanan seseorang untuk sampai ke tahap doktor pakar.
Bidang kepakaran sakit puan (obstetric & gynecology) merupakan salah satu bidang kepakaran yang sangat mencabar dan menuntut kecemerlangan dalam akademik, kekuatan dari segi fizikal dan mental.
Bukan mudah ya, ia menuntut kerja keras dan tugas yang kritikal sepanjang masa.
Bermula dengan latihan ijazah perubatan selama 5 tahun di peringkat universiti. Kemudian perlu pula melalui housemanship selama 2 tahun.
Setelah itu barulah menjadi Medical Officer 2 hingga 3 tahun. Tidak terhenti di situ sahaja, perlu pula menyambung pembelajaran di peringkat Pasca ijazah selama 4 tahun.
Jika dicampur tolak jumlah tahun yang dikorbankan oleh seseorang wanita itu untuk capai ke tahap menjadi seorang doktor pakar sakit puan adalah sehingga 15 tahun kerja keras. Bukan tempoh yang singkat dan hanya yang berjiwa kental mampu sampai ke tahap pencapaian tersebut.
Hal ini kerana tidak dinafikan, dianggarkan 40% hingga 75% alami burn out. Malah setiap hari perlu tabah kerana sentiasa berhadapan dengan 2 nyawa untuk diselamatkan, ibu dan anak yang dikandung. Itu belum lagi berdepan dengan risiko tinggi tuntutan Medicolegal.
Lantaran itu, seorang wanita amat-amat memerlukan sokongan keluarga dan apabila telah berkahwin pastinya sokongan daripada pihak suami sangat-sangat diharapkan. Tidak sahaja hanya faham tugas isteri di hospital, malah perlu ringan tangan dalam membantu mengurus anak-anak, hal-hal rumah tangga dan sebagainya.
KELUARGA : Oleh yang demikian jika anda mahukan lebih ramai wanita dalam kerjaya mencabar ini, didiklah anak anak supaya mereka menjadi generasi cemerlang yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai pakar sakit puan. Manakala di pihak suami, jadi lah insan yang sentiasa memberi galakan dan motivasi untuk isteri terus maju di dalam kerjayanya.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh wargamaya. Apa yang dilontarkan ada betulnya juga.
“Ye bab bersalin keluar lah bab aurat, haram. Tapi bila mak ayah sakit, ramai je yang lepas tanggungjawab kat misi perempuan untuk cuci berak, pakaikan pampers,” tulis salah seorang warganet.
“Ramai doktor perempuan Malaysia boleh jadi pakar kalau dapat suami dan keluarga yang sangat supportive. Ini kat klinik/hospital dia jadi doktor, balik rumah kena jadi typical surirumah. Jadi doktor perempuan terpaksa pilih nak keluarga ke nak karier. If your man clip your wings, you cannot fly high”, komen yang lainnya pula.
Kongsi yang lain pula, “Ada kawan suami isteri doktor, now suami ia yang dah jadi pakar, isteri masih doktor biasa. Bukan si isteri tak pandai tapi sebab kekangan dan komitmen dia sebagai isteri dan ibu pada anak² masih kecil sampai cita² ia untuk jadi pakar terpaksa dipendam seketika.”
“Pada suami yang demand untuk doktor perempuan ade 2 je cara, first kumpul duit banyak2 pastu belanja isteri beranak hosp swasta, kedua, didik anak2 perempuan kalian pandai2 sampai jadik pakar sakit puan untuk masa akan datang, kalau xmampu dua bende ni dah bole berhenti demand dan belajar memahami burnout kami juga sebagai doktor,” komen seorang doktor memberi cadangan.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.