Bukan calang-calang orang yang dapat membesarkan anak seramai 9 orang tanpa pembantu rumah. Namun inilah yang dilakukan oleh pasangan serasi dan hebat ini iaitu Encik Baharuddin Mohamed dan Puan Zawiyah Saimin. Inilah yang dinamanakn relationship goals! Semua urusan rumahtangga dilakukan dengan penuh kesabaran, kerjasama, bertolak ansur dan penuh kasih sayang.
Memang benar, bukan mudah membesarkan anak-anak seramai ini yang punya pelbagai kerenah yang mungkin boleh memeningkan kepala jika salah didikan.
Apa yang pasti, ibu bapa sebegini pasti memerlukan ketegasan yang tinggi namun pada masa yang sama perlu terapkan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak.
Ikuti perkongsiannya yang penuh inspirasi buat kita semua.

_________________________________________________________________

Suami Ini Bantu Isteri Uruskan 9 Orang Anak. Ini Namanya Relationship Goals !

IKLAN

Anak saya sembilan orang. Tujuh orang bersekolah. Tiap pagi berperang kalau bila nak ke sekolah. 
.
Jam 5.30 pagi dah bangun. Tak di suruh tak pergi mandi. Tak di tegur tak gosok baju. 
.
Banyak yang hilang waktu pagi. Buku hilang, stokin hilang. Kotak pensel hilang. Saya pun kekadang boleh hilang sabar.
.
Itu belum kira lagi ada yang baru nak siapkan kerja sekolah. Baru beritahu nak kena beli itu dan ini. Baru perasan yang lencana sekolah tanggal dan belum jahit. 
.
Semuanya mak…semuanya mak… riuh macam pasar pagi. 
.
Itulah ragam anak-anak kadang-kadang menghiburkan.
.
#TipAyahRamaiAnak
.
1. Minta anak2 siapkan semua beg sekolah dan kerja sekolah mereka sebelum tidur. 
.
2. Jangan tidur lewat 
.
3. Kejutkan mereka dengan kemanjaan, jangan marah2 pagi-pagi akan kacau mood mereka.
.
4. Doakan mereka, tengok mata mereka masa hantar mereka ke sekolah. Anak-anak akan mudah dapat ilmu apa yang cikgu ajar disekolah. 
.
5. Maafkan anak-anak kita. 
.
6. Anak yang besar dan remaja, solat berjamaah subuh dan minta dia membaca Al-Quran semuka dua.
.
Anak kita cerminan diri kita. 

 

IKLAN
Suami Ini Bantu Isteri Uruskan 9 Orang Anak. Ini Namanya Relationship Goals !

Manakala ini pula perkongsian beliau pada tahun lepas yang telah mendapat 4 ribu share  yang memaparkan cara kehidupan beliau dan isteri menguruskan anak-anak seramai 9 orang.

IKLAN

Anak saya sembilan orang. Paling besar 16 tahun dan paling kecil 2 tahun. Kami suami isteri berkerja sendiri. Dulu isteri cikgu, berhenti dan menguruskan perniagaan kecil kami sendiri.
.
Enam orang dari sembilan anak saya adalah perempuan. Mereka rapat dengan puan CEO. Perwatakan anak-anak kita banyak dipengaruhi oleh ibu bapanya. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. 
.
Pagi ni saya kongsikan beberapa #TipMakRamaiAnak. Isteri sayalah Zawiyah Saimin hero sebenar dalam menjaga anak-anak ni. 
.
1. Subahanallah, Allahukbar, Alhamdulilah. Kami tinggal di kampung. Kami sendiri yang menguruskan anak-anak kami. Tujuh dari sembilan sudah bersekolah. Isteri saya hantar anak-anak 10 kali sehari berulang-alik. Itu pun dah habis masa banyak. Tetapi anak-anak membesar depan mata kami. 
.
Kami tak ada pembantu rumah. Dari memasak dan kerja rumah memang isteri saya yang buat. Air tangan ibu ni penting. Bila memasak, berdoalah pada Allah supaya anak-anak kita ni dilembutkan hati dan menjadi anak yang soleh. 
.
2. Solat berjamaah penting dirumah. Selepas itu buat usrah seminggu sekali. Dalam tazkirah selalulah nasihatkan anak-anak. Lebih penting bila mereka sudah dewasa. Waktu usrahlah masa paling sesuai, tenang lepas solat untuk menasihatkan anak-anak.
.
3. Selalulah mengaji bersama dengan anak-anak. Buat majlis kecil yassinan setiap malam khamis. Jika saya tak ada outstation isteri saya yang akan pimpin atau anak lelaki saya yang sulung. 
.
4. Anak-anak yang tahun peperiksaan pastikan mereka mengaji satu muka sehari. Ini salah satu usaha untuk mereka mudah fokus dan ilmu mudah dapat. 
.
5. Sebagai ibu bapa jagalah setiap perkataan yang keluar dari kita. Bersabarlah dan jangan berkecil hati dengan anak-anak jika mereka membuat salah. Inilah biasanya mulanya anak-anak derhaka. 
.
Bila anak derhaka, Alllah tak berkat hidup dia. Jadinya nanti susah. Kita ibu bapalah yang jangan cepat melatah. Biasanya saya yang garang pada anak-anak. Tetapi dalam beberapa tempoh saya akan minta maaf dan terangkan perkara sebenar. 
.
6. Peluk dan cium anak-anak seberapa kerap yang boleh walaupun mereka sudah dewasa. Doa dalam hati supaya mereka menjadi anak yang soleh. Peluk mereka kerana pelukan itu ada aura positif untuk mereka dan mereka rasa selamat. 
.
7. Bila solat malam, solatlah berdekatan dengan anak-anak. bila mengaji, bacalah dengan kuat sedikit. Walaupun mereka masih kecil, lama-kelamaan mereka faham dengan menjalani kehidupan secara islam.
.
8. Saya suka tengok anak-anak bila tidur. ianya menjadi satu kepuasan sebelum saya masuk tidur. Kalau boleh ciumlah mereka masa mereka tidur dan hembuskan sesuatu yang baik di telinga mereka. 
.
9. Bila kita selalu berjauhan dengan anak-anak dengan urusan kerja, bila teringat tu kita sedekahkanlah mereka dengan Al-fatihah dan berdoa agar mereka dilindungi dengan segala rintangan yang berat. 
.
Kami bukanlah keluarga yang terbaik. Saya cuba kongsikan ilmu keibubapaan kepada sahabat semua. Kami juga sedang belajar. Moganya ada yang boleh diguna pakai. Silakan share jika ilmu ini manafaat kepada semua.
.
#TipAyahRamaiAnak.

Sumber: FB Baharuddin Mohamed

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI