Setiap antara kita tentu ada kelebihan tersendiri dan begitu jugalah dengan pasangan suami isteri ini.
Dianugerahkan daya kreativiti dalam menghasilkan setiap kelengkapan dekorasi untuk kediaman mereka. Ini sekali gus menjadikan setiap sudut ruangan punya sentuhan yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, malah pasangan ini bijak menggayakan barangan yang berharga bajet untuk nampak wow!
Untuk itu, jom kita lihat hasil sentuhan kerja tangan pasangan suami isteri ini.
Deko bajet ciput dr kami suami isteri hihi..kami mula deko ni sejak 3 tahun yg lepas masa mula2 masuk rumah sampai sekarang, buat slow2 n bukan sekaligus.
Kebanyakan brang kami beli di kedai rm2, mr diy, romantika,mydin & giant..brang ikea pon ade jgk ckit2..teringin nk g ikea tp belum berkesempatan,jd kami order dgn PS jela..
Sy share ni utk suka2 jer..berkongsi dgn semua yg kaki deko/diy.. Mgkin blh bg inspirasi jgk la kut ? walaupon sy tau, biase2 je deko/diy kami ni.. utk deko bajet ciput, ni harrr hasilnya.
1. Bahagian Depan Rumah
Ads
2. Bahagian Ruang Tamu
Ads
3. Ruang Dapur
Kabinet yang cantik ini juga dibuat oleh suaminya dan nampak cukup menarik.
4. Ruang laundry
Ads
5. Hiasan dalaman
Hiasan dinding ini juga dihasilkan sendiri. Menurut Nasibah, bingkai gambar dibeli dikedai RM 2 dan kemudian di cat dengan warna hitam.
Manakala ayat-ayat menarik yang dipamerkan adalah diprint sendiri hasil carian di dalam internet. Memang bagus idea ni, menjimatkan!
Selain itu, dinding batu bata di kediaman pasangan ini juga dibuat sendiri dengan teknik menggunakan cat. Nampak specialkan?
“Maaf bgtau awal2 ni, kami x amik sebarang tempahan yer. Ni sy himpunkan semua pic diy by en suami.. Blh wt rujukan utk korang & sy jgk dimasa hadapan..”
Sumber : Nasibah Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun sedang hamil anak keempat, namun selebriti bernama Yatt Hamzah ini masih kuat dan bersemangat untuk melaksanakan misi qorban dan bantuan ke Kemboja.
Begitu pun dia mengakui berat hati untuk meninggalkan anak-anaknya dan suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin. Menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), Yatt menjelaskan dia harus cekal untuk turut sertai misi tersebut dan berharap diberikan kekuatan ketika berada di sana.
“Bonda nak pergi misi Qurban dan Bantuan di Kemboja. Muka nampak happy dan tenang tapi di dalam, hanya Allah yang tahu.
“Thank You suami & anak-anak solehah bonda #theSucis hantar bonda ke Airport. Please be good. See you again in 4 days. In shaa Allah.
“Kepada yang buat Qurban dengan K-MAIWP tahun ni, Amanah kalian akan kami usaha melunaskan. Mohon doa yang baik-baik ya.
“Seriously dah lama tak pergi misi sebab anak-anak masih kecil, tapi Allah suruh pergi kali ni. Allah jaga anak-anak bonda walaupun hati ni berat. Rabbi Yassir Wala Tuassir.
“Rasa bersemangat sebab pakai baju misi #mapim suami. Harap dapat aura kekuatan suami setiap kali pergi misi. Thank you suami,” tulisnya.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan keselamatan Yatt dan berharap segalanya akan dipermudahkan.
Sebelum ini, Yatt meluahkan rasa sedih dan risau apabila suaminya yang merupakan Pengarah Media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama rombongan terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir.
Yatt memberitahu suaminya bersama delegasi yang menyertai misi kemanusiaan #WakeUpForGaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu rakyat Palestin itu, terkandas hampir 35 jam kerana tiga kali gagal melepasi pintu tersebut.
Memang setiap pasangan inginkan hubungan suami isteri yang bahagia bagaikan dilamun cinta setiap hari. Biarpun usia perkahwinan sudah lama tetapi aura perkahwinan bagaikan baru semalam bergelar raja sehari. Malah, kasih sayang juga segar bagaikan meraikan bulan madu, sungguhpun sudah mempunyai anak ramai.
Namun, kerana fakta usia perkahwinan yang lama, pasangan sudah lupa akan kemanisan bergelar suami isteri. Isteri yang dulunya manja di sisi suami, tidak lagi mendapat kasih sayang sepenuhnya. Tanpa sedar rumahtangga jadi pincang menanti apabila tiada aura kemanisan rumahtangga.
Tetapi setiap masalah ada jalan penyelesian. Ada caranya untuk bahagia. Lelaki ini Khairul Abdullah berkongsi tentang 10 fakta yang isteri nak selepas berumahtangga yang suami kena tahu. Moga jadi panduan bersama untuk kebahagian suami isteri.
1. Rasa dicintai – Memang kita ni insan lemah bab-bab melafaz cinta ni. Tapi apa yang kita boleh buat ialah dengan menunjukkan dengan cara lain seperti pegang tangan ketika berjalan atau balik rumah tu kau peluklah dia sekejap. Cukup. Tapi kalau kau boleh sering melafaz cinta tanpa rasa bosan, maka kau memang champion. Bini kau pulak naik seram nanti.
2. Kepercayaan – Penting ni bhai. Dia nak kau beri sepenuh kepercayaan pada dia. Kau jangan selalu syak wasangka sangat. Isteri kau menyampah bila kau kuat cemburu dan tanya soalan pelik-pelik kat dia.
3. Memahami dan memaafkan – Kita manusia, isteri pun manusia. Kau bukan kahwin dengan kucing (gorilla mungkin). Sesekali isteri buat silap. Mungkin terlupa letak belacan dalam asam pedas kau contohnya, jangan kau mengamuk sampai 5 hari 4 malam pulak.
Isteri ni dia setiap bulan hormon dia kucar kacir sikit. Sama macam kau jugak menggelupur bila tak dapat makan asam pedas. Padahal benda simple jer pun. Jadi fahami dia dan maafkanlah dia. Jadilah suami yang mudah memaafkan, dia suka.
4. Berbual – orang perempuan ni mulut banyak, kau kena faham tu. Kalau dia tanya “abang sayang saya?” kau jangan jawab sepatah jer “sayang”. Kau kena jawab gini “Abang sayang awak dari hari pertama abang terpandang wajah awak di FB. You had me at hello, you had me at hello.”
Kau ambiklah dialog dari filem-filem romantik yang kau pernah tengok tu. Jadi, kau usahakanlah panjangkan sedikit setiap ayat dan jawapan kau tu. Cair dia wehh.
5. Masa berkualiti – Kualiti ni benda yang paling payah nak jaga. Setakat pergi bercuti bersama lepas tu kau layan tv dan dia layan anak-anak pun tak jadi juga bhai. Kena selalu ada bersama, bergurau dan bergelak tawa bersama. Benda paling mudah nak praktik adalah makan bersama. Sentiasa cari masa untuk duduk dan makan bersama-sama.
6. Yes mem – Ini kunci utama di dalam rumahtangga. Isteri suka dengar perkataan “ya” berbanding “tidak”.
Ini bukan bermakna kita menurut membuta tuli tetapi setiap apa permintaan, selagi boleh tunaikan atau berikan maka usaha untuk berikan.
Isteri baru jer ajak makan kat luar kau dah cepat-cepat menolak sebab kau malas. Jangan begitu, kalau kau malas sangat jawab juga yer, tapi bukan malam ni, malam esok yer. haa gitu, jawapan tetap ya dan kau tetap selamat di situ.
7. Pendengar yang bagus – isteri nak mengadu masalah atau penat lelah dia dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau kan? Takkan nak mengadu dekat kawan-kawan dia, nanti kang tercerita buruk-buruk pasal kau pula. Jadi kau layanlah setiap kali dia nak mengadu apa-apa. Jawapan kau mesti ikut skema point nombor 4 yer. Dengar dulu dan kemudian jawab panjang-panjang.
8. Ucapan – Berapa lama dah kau tak cakap terima kasih bila kau sedap melantak asam pedas yang bini kau buat? Aduhh, tiap kali sebelum makan kau cakaplah terima kasih darling sebab masakkan lauk feveret I ni. Dah lepas makan cakap terima kasih sekali lagi. Sama lah bila nak suruh dia buat apa-apa, sebutlah perkataan “tolong” tu. Baru sejuk hati dia. Lepas tu kau nak mintak apa-apa pun bolehhhhhh.
9. Berkongsi tanggungjawab – Ini paling penting ni. Tolonglah sama-sama buat kerja rumah dan besarkan anak-anak. Kau jangan lepas bulat-bulat kat bini kau semuanya. Kalaupun tak setiap hari, sesekali kau tolong mandikan dan suapkan makan anak-anak. Seminggu sekali tolong vakum, cuci bilik air, buang sampah dan sebagainya. Benda kecik jer tu bhai. Isteri kau suka dan kau pun boleh dapat sikpek lepas tu.
10. Off day – sesekali isteri nak berehat. “Yang, esok awak cutilah yer? Tak payah nak mengemas dan masak bagai. Nah duit ni, awak pergilah spa dan tengok wayang. Kalau tak cukup awak tambah sendiri yer? Biar abang uruskan anak-anak”. Haaa gitu.
Lepas tu kau boleh layan Playstation atau Xbox dengan anak-anak. Sedap tu wehh.
Begitulah.
Tak susah pun sebenarnya nak bahagia dalam berumahtangga ni. Yang penting tolak ansur, saling memahami dan bekerjasama. Isteri kita tu manusia, ada perasaan, ada penat dan lelah dia. Lagipun waktu bercinta hari tu kemain kau berjanji macam-macam dengan dia.
Jadi, kau tunaikanlah. Sayangi dan hargai mereka sementara mereka masih ada.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila musim hujan, itu bermakna ada di antara kita akan ada yang mudah mendapat selesema dan batuk. Perubahan cuaca juga sering menyebabkan tahap kesihatan kita juga akan terganggu. Lazimnya, tidak kiralah anak-anak atau orang dewasa sekali pun akan mudah diserang penyakit jika antibodi di dalam tubuh lemah.
Menyentuh tentang penyakit batuk, memang diakui mudah dijangkiti dan bila terkena salah seorang dalam keluarga, pasti akan ada ‘pengikut’nya. Batuk ini memang memeritkselepakan memeritkan apatah lagi saat tekak terasa kering dan gatal sepanjang waktu. Ini sekali gus menyebabkan kita akan terbatuk-batuk hingga berminggu-minggu lamanya.
Tidak mahu terus dibelenggu dengan masalah kesihatan, ada baiknya mencuba petua yang telah diamalkan sejak dahulu lagi bagi merawat batuk dengan menggunakan jus nanas. Jom semak bagaimana menghasilkannya.
Since batuk tak berhenti nie , macam macam petua dayah cuba. Kawan bagitaw try minum nenas. Ok apa lagi start motor cari lah nenas. Nenas nie tajam ye. Sifat dia tu elok untuk menghakis kahak yang menyebabkan tekak gatal dan batuk.
Bahan-bahannya
1. Nenas sedang masak (macam nak buat acar)
2. Sedikit air
Cara membuatnya :
1 & 2 : Mula- mula kupas nenas dan buang durinya.
3 & 4 : Potong kiub untuk mudah nak diblender.
5 & 6 : Kisar dengan sedikit air. Bahagian tengah nenas pun kisar sekali ye. Ambil sedikit pun takpe. Ada khasiatnya.
7 & 8 : Tapiskan ke dalam jug untuk asingkan seratnya.
11 : Simpan dalam jug atau botol.
12 : Minum secawan atau budak masukkan dalam picagari campurkan dengan madu. Lebihnya simpan dalam peti ais.
Kredit : Na ‘imah ali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.