Diuji dengan demam influenza sekeluarga, pelakon dan pengacara Yana Samsudin kini lega keadaan dirinya, suami dan dua anaknya semakin beransur pulih.
Berkongsi pengalaman itu kata Yana, ia bermula bila mana dua anaknya, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea yang dijangkiti virus itu dan terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.
Namun begitu kata Yana, berbanding anak dan suami, dia mengalami gelaja yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi cerita ketika diuji dengan virus itu yang dikatakan lebih sakit dari virus Covid-19.
“Morning korang, sikit lagi nak sihat dah ni. Itu la Yana dah pesan dengan anak anak, “ko kalau nampak ada orang demam, ko lari je jangan main ngan dia, diorang main jugak…”
“Dah terbaring 2 beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin.
Ads
“Yana lak, dah cuba asingkan tempat tidur, rajin pulak budak 2 orang ni datang melawat mommy dia. Dah berjangkit kita pulak,” ujarnya memulakan cerita.
Malah kongsi Yana lagi, melalui pengalaman itu dirasakan lebih sukar dan sakit berbanding ketika diuji dengan virus Covid-19.
Tambah Yana lagi, meskipun suaminya, Fadzil Zahari turut sama dijangkiti virus itu namun begitu dia tetap menguatkan diri demi isteri dan dua anaknya yang sakit.
Tidak hanya membawa ke klinik bahkan dia berulang alik serta memandu pada jarak yang jauh untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan yang baik.
Ads
“Ya Allah, sakitnyaa lebih dari covid. Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua la. Nasib #EnKetuaRumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kita ni.
“Dia yang paling steady rasanya, drive beratus kilometer pergi Lumut, pastu Penang pastu Yong Peng, pastu balik Shah Alam semula.
“Malam kemudiannya bawak Mateen pergi klinik, pastu malam esoknya bawak Yana pulak pergi klinik, kitorang balik rumah dah tumbang. Sempat pergi opis lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu, balik opis mandi pastu berselera pulak dia makan, orang sakit patutnya tak selera makan, ntahlah.
Ads
“Esok petangnya dia dah Ok, hidup seperti sedia kala, anak-anak pulak dah berlari ke sana sini keriangan. Tinggallah kita dengan saki baki kesakitan ini Allahu,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Yana dan suami mendirikan rumahtangga pada 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Untuk memiliki kabinet dapur tidak semestinya perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Maklumlah kos upah pemasangan dan harga kabinet yang secara keseluruhannya boleh cecah harga ribu ringgit.
Ekoran itu, ada yang mengambil keputusan menggunakan rak terbuka untuk penyimpanan bahan-bahan memasak dan perkakasan lain di dapur. Namun, sebaliknya ada yang mengunakan rak serba guna untuk dijadikan kabinet.
Begitulah yang dikongsi oleh pemilik facebook ini, Kelana Salikin yang berkongsi tentang kabinet yang hanya menggunakan modal yang sangat rendah! Hanya RM 208.90 sahaja beliau mampu memberikan ruang dapur kelihatan cantik dan kemas.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Alhamdulillah, sepagi PKPB hari ni.. DIY Kabinet Dapur ringkas, mudah, cantik, memuaskan.. dan yang penting save budget..
Storage Box : RM 89.90 x 2 = RM 179.80 Shelf Bracket : RM 6.50 x 4 = RM 26.00 L Bracket : RM 2.10 Skru : RM 1.00
TOTAL : RM 208.90 sahaja
Rak buku ni tebal dan agak berat sedikit drp rak buku yg biasa duk beli yg tiada pintu.. hamba copy idea drp saudara Shuhaimi Zulkefli.. thanks a lot. Tengah pikir nak isi apa.
Menarik cara ini, apa kata cuba buat. Memang jimat!
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Wanita yang berkahwin tentunya hingga bahagia till jannah. Namun siapa sangka lelaki pilihan hati rupanya bukan pelindung diri sebaliknya perosak diri.
Diri wanita didera akibat cemburu dan sebagainya hingga melakukan keganasan rumahtangga. Ada isteri sanggup bertahan korban diri demi idamkan suami berubah. Tetapi sebaliknya.
Dengan ini jadikan kisah ini iktibar untuk kita mencari cahaya sinar kebahagiaan. Elakkan wujud pertelingkahan dan rasa cemburu dalam diri. Sebaliknya saling percaya dan saling melengkapi antara satu sama lain.
_______________________________
Keganasan rumahtangga ni boleh terjadi pada mana-mana wanita. Tak kira surirumah atau yang berkerjaya.
Dah ada dua doktor wanita yang saya tahu, pernah dan masih melaluinya.
Seorang tu suaminya menganggur, setiap hari selepas hantar isteri ke hospital akan mengintip isterinya. Periksa tengah buat apa. Berbual atau berbincang dengan doktor lelaki ke. Kawal setiap pergerakan isteri.
Tak cukup stalking bini, dia sebarkan cerita bukan-bukan untuk mengaibkan isterinya pada rakan sekerja isteri.
Balik kerja nanti adalah habuan untuk si isteri. Kena maki, sepak, terajang tu dah rutin harian. Esoknya kalau datang kerja dengan mata lebam tanpa ditutup cela dengan concealor pun kena marah juga.
Isteri memang makan hati tapi tak mampu nak tinggalkan rumahtangga penuh toksik itu. Macam ada rantai besi halimunan tergari pada kakinya. Entah apalagi yang ditunggu pun tak tahu.
Seorang lagi dah berjaya melepaskan diri dari neraka dunianya. Bekas suami yang sama-sama kerja doktor, depan orang pijak semut pun tak mati. Tapi di rumah dia lah bouncer pukul bini.
Depan kawan-kawan doktor lain bila orang komen kenapa muka isteri kau lebam, dia boleh buat lawak kata “aku belasah dia kut” sambil ketawa. Tanpa rasa bersalah.
Balik nanti sambung belasah bini lagi sebab tak sorok muka lebam tu.
HUKUMAN
Syukur dia dah dikenakan tindakan undang-undang. Baru dia tahu ada yang lagi kuat dari dia.
Bukan wanita berpelajaran rendah saja yang jadi mangsa, yang berpelajaran tinggi pun boleh terkena juga. Otak dan fikiran mereka automatik bertukar jadi mode hamba bila di hadapan pemangsa.
Tak mampu melawan. Malah beri alasan pula untuk suami pendera.
“Agaknya dia penat, sebab tu cepat marah.”
“Dia dulu mangsa keadaan juga. Tak cukup kasih sayang.”
“Bos dia garang sangat, jadi dia tertekan.”
Itulah kisah benar penderaan rumahtangga. Kadangkala mereka perlukan pertolongan untuk sedar dan bangkit melawan.
Kita pun perlu jadi masyarakat yang cakna. Berhentilah beri alasan untuk pendera.Kepada mangsa, langkah pertama menyelamatkan diri ialah sedar yang diri anda berharga. Shout for help. Ok?
Kredit: Hana Hadzrami
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.