Biasanya ikan siakap dibuat masak tiga rasa, stim dan juga digoreng begitu saja. Mungkin anda dah bosan dengan resipi ini, apa kata tukar sedikit selera kali ini.
Jom cuba resipi Siakap Tom Yam padu ni, hasil perkongsian dari puan Noor Hafiza Mohamad.
Siakap tom yam padu habis macam restoran Thai 💃💃 Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.” Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur.
Dah masak kena kemas pulak. Kan kan ☺️. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah😂
Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar.
Banyak lauk nanti tak habis pulak. Kalau korang nak try tom yam ikan, baca caption pada gambar ye:
Ads
Bahan utama:
Serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Ads
Cara membuat:
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau2. Tutup periuk dalam 5 minit.
2. Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai.
Ads
3. Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
4. Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
5. Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki ruang dapur yang kemas tersusun rapi dengan adanya kabinet dapur tersergam indah, pasti mampu membuatkan ruangan dapur nampak hebat dan terserlah.
Pun begitu, siapa kata tanpa adanya kabinet dapur nan sempurna tidak mampu menjadikan ruang dapur cantik bergaya?
Ini telah dibuktikan oleh Fara di mana dengan menggayakan aturan rak yang digantung di bahagian dinding dapur, juga mampu mencipta gaya yang tersendiri untuk ruangan dapurnya. Lebih hebat lagi, kos untuk menghasilkannya cukup murah!
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ini.
“Hari tu i promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja2 memasak. Semua item i beli kat Mr.DIY and daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan2
Rumah sewa i kitchen dia kecik je kalau dok 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la better simpan duit tu buat kat rumah sendiri nnt
Dapur i dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer in shaa allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.
Rak and spice jar i beli kat Mr.DIY je, harga i dah mention kat pic bawah k. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel mcm i boleh cuba cara ni semoga bermanfaat”-Fara Amirullah
Bahan-bahan yang diperlukan :
2. Rak from Mr.DIY harga RM9.50 i guna 4
3. Spice jar ni i plan nak beli kat kedai eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jaaaaauuuh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each i beli 24pcs baru RM20.40 murah kan
Cara-caranya :
This is how u use hot melt adhesive wall hook tu, u kena bakar sikit kat gam yang sedia ada belakang hook tu bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana oii. Dah cair baru u tampal and let it sit for 2 or 3 hours baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.
Ini hasilnya
My spice organizer berangan sangat nak ada pantri ala2 farmhouse.
Berkongsi pengalaman sendiri untuk mencari me time yang sebenar dengan terpaksa mengurus anak-anak dan dalam masa yang sama menjaga ibu mertua yang tidak berapa sihat diakui oleh Sri A’jilah memang mencabar. Bahkan menurutnya bagi memotivasikan diri, pelbagai usaha dilakukan. Berkongsi kisah tersebut jom kita baca entry di fbnya.
Ada satu peristiwa yang saya ingat dengan jelas sehingga kini dan buat saya sedar banyak perkara.Waktu zaman saya down dan terperuk dalam rumah beberapa tahun dulu, saya banyak membaca untuk motivate diri sendiri.Sudah tentulah saya baca tulisan-tulisan tentang rumah tangga, tentang keluarga, tentang isteri, dan anak-anak.
Saya ingat sungguh ayat yang saya baca itu. “Seorang isteri mesti ada masa untuk diri sendiri, adakan me-time untuk refresh diri. Perlukan ‘self care’ supaya sentiasa bersemangat untuk uruskan keluarga.Dan saya mengambil kata-katanya itu bulat-bulat.
Saya mahukan me-time sendiri. Tapi susahnya nak dapat. Solat pun berdukung anak. Solat cepat-cepat sebab ada anak yang menangis. Saya tak harap me-time lain pun, cukuplah dapat solat dengan tenang, tak terkejar-kejar, dan selesa.
Tapi tak dapat!
Solat tergesa-gesa, buka telekung pun tergesa-gesa.
Salah ke apa yang saya baca tu?
Tak salah langsung!
Yang salahnya ialah penerimaan saya pada ayat tersebut.
Bila anak kecil-kecil dan saya cuba nak dapat me-time atau cuba nak buat self-care, memang tak dapatlah, kan! Masanya tak sesuai. Waktu itu, saya pjj dengan suami. Duduk pula dengan mentua, dan mentua pun tak berapa sihat.
Me-time apa yang kau harapkan?
Allahuakbar.
Stressnya tu, Tuhan saja yang tahu sebab kita dah set dalam kepala yang kita nak buat juga me-time. Saya terlepas pandang satu perkara.
Orang boleh bercakap, boleh tulis pelbagai teori, dan boleh share macam-macam tips untuk bahagia. Tapi hakikat bahagia tu, ada dalam diri kita sendiri.
Dah tahu anak kecil-kecil dan perlukan perhatian, kau masih nak me-time bagai? Habis tu, nak harapkan siapa tengok anak-anak?
Makanya, nak aplikasikan sesuatu, biarlah sesuai dengan situasi kita. Kalau tak, kita sendiri yang akan stress dan bertambah susah nak urus diri. Anak-anak dah besar sikit nanti, dah faham, dah boleh menolong, kau ambillah banyak mana pun me-time yang kau nak.
Me-time sampai lebam!
Bermula sebagai rakan kongsi sebelum mulai serius dan menyulam cinta, Zulin Aziz, 33, dan Farhan Norzaini, 35, akhirnya mengikat tali pertunangan selepas dua tahun berkenalan.
Majlis pertunangan bdiadakan secara tertutup dan sederhana selain dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di kediaman abang pelakon tersebut.
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, dia dan tunang sepakat memilih untuk melangsungkan pertunangan pada hari ini selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Pada majlis berkenaan, Zulin turut menerima dua bentuk cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya.
“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.
“Majlis pada malam ini juga diadakan serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat sahaja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” kata Zulin usai majlis selesai.
Ditanya mengenai Farhan yang berjaya memenangi hatinya sehingga terbuka hati untuk memilih lelaki itu sebagai teman sehidup semati, bekas penyampai radio Suria FM, percaya Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya,” kata Zulin.
Sementara itu, Farhan menyifatkan Zulin sebagai seorang yang mempunyai hati yang tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
“Dia berada bersama saya di saat saya mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika saya kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Disitu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri itu,” kongsinya.
Menyingkap kembali momen saat pertama kali mereka berkenalan, kata Farhan dia yang memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin menerusi Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.
“Waktu itu saya sedang menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Malah tak semena mena, arwah ibu tiba-tiba cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.
“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. Saya memberanikan diri dan tak sangka dia membalas mesej. Masa itu saya fikir tak mungkin Zulin membalas mesej itu kerana saya hanya orang biasa di antara jutaan pengikutnya yang lain,” kata Farhan.
Pasangan ini menetapkan tempoh kurang dari sebulan untuk ikatan pertunangan dan merancang untuk berkahwin pada 20 Februari depan.
Mereka sepakat memilih 20 Februari 2022 kerana tarikhnya cantik selain tidak mahu bertunang lama-lama dan mempercepatkan benda baik.
Terdahulu, kisah keintiman pasangan ini mula dihidu sejak tahun lalu apabila Zulin berkongsi gambar bersama Farhan di Instagram pantas mencetuskan spekulasi.
Tanpa berselindung, Zulin sekitar Mac tahun lalu menerusi entri gambar berdua di Instagram (IG) yang dimuat naik turut berani memanggil Farhan dengan gelaran ‘B’ atau ‘Baby’ di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun ketika itu, Zulin diibaratkan hanya berkongsi ‘teaser’ mengenai hubungan mereka dan belum selesa bercerita lebih mendalam.
Namun kunjungan mereka berdua ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah terus menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan mereka serius.