Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yang disumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Pantai Timur dan dimakan bersama dengan nasi kerabu.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂 Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek
Bahan-Bahan: 20 biji lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia, garam & gula Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada.
Ads
Cara Membuat: 1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang 2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.perasakan dengan garam dan gula.
Ads
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Kebelakangan ini ramai yang mengadu tak sihat. kalau tengok kat sekeliling kita pun mesti akan ada yang batuk atau selesema. Sesekali boleh la cuba buat minuman body booster untuk kesihatan badan, ada banyak manfaatnya kepada kesihatan badan.
Malah untuk resipi ini, siap membekalkan ciri antibakterial dan antioksida sekali tau!
Ramuan bahan yang diperlukan memang padu. Di mana, ia merupakan sumber bahan makanan sihat yang popular dan seringkali digunakan untuk manfaat kesihatan. Jom cuba resepi di bawah dari Doktor Rizal Abu Bakar.
RESEPI BODY BOOSTER MINUMAN PELBAGAI MANFAAT UNTUK BADAN!
Resepi bekalkan ciri antibakterial dan antioksida :-
Bantu hidrasikan tubuh ketika cuaca panas.
Bantu percepat proses penyembuhan parut dan luka.
Legakan inflamasi.
Tingkatkan seri kulit muka.
Kebalkan sistem usus dengan singkirkan bakteria jahat.
Bantu seimbangkan paras gula dalam darah.
Padu tak padu resepi ini. Senang pula tu nak buat!
RESEPI BODY BOOSTER
Bahan-bahannya :-
Aloe Vera
Air
Lemon
Madu
Kurma merah
Cara-caranya :-
1. Potong dan asing isi aloe vera dalam bites size.
2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.
3. Masukkan air perahan 1/2 biji lemon. Kalau lemon kecil pakai sebiji.
4. Masukkan 5-6 biji kurma merah dan daun pudina jika mahu.
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, mencipta fenomena luar biasa hingga menggaut keuntungan tertinggi dalam sejarah filem tempatan. Setiap hari ada sahaja penonton membanjiri pawagam bagi menonton kehebatan pahlawan Melayu ini.
Tidak dengan itu, kesan daripada filem ini juga telah meniupkan semangat ibu ayah untuk turut menghantar anak-anak mempelajari ilmu persilatan.
Keterujaan rakyat Malaysia tidak terhenti di situ sahaja, malah siapa sangka filem ini juga telah menyatukan kembali susur galur keluarga Mat Kilau.
Ini sebagaimana menerusi perkongsian video di laman TikTok oleh @tehnazfamily yang tular baru-baru ini.
Booking Satu Hall
Video tersebut memaparkan sekumpulan keluarga menggelarkan diri mereka sebagai waris Mat Kilau hadir ke panggung wayang dan menempah satu dewan untuk menonton filem Mat Kilau bersama-sama.
Dalam hantaran video tersebut, individu itu berkongsi detik-detik manis pertemuan waris pahlawan yang diangkat sebagai watak utama dalam filem yang menjadi sebut-sebutan kini.
“Bila waris Mat Kilau tempah satu dewan sekali pakej air dan popcoron tengok (filem) Mat Kilau. Sepanjang scene Mat Kilau, semua bersorak tepuk tangan.” tulisnya.
Dalam video itu juga, turut dijelaskan mengenai susur galur waris yang hadir menonton filem itu.
“Mereka semua ini keturunan isteri pertama Mat Kilau iaitu Yang Chik seperti dalam filem ini. Mat Kilau dan Yang Chik ada satu-satunya anak perempuan iaitu Khatijah.
“Banyak kisah-kisah mengenai Mat Kilau yang boleh diceritakan, kisah yang hanya dikongsi dengan keluarga dan tiada diceritakan dalam filem Mat Kilau ini. Kalau ada rezeki nanti, boleh kongsi bersama semua,” tulisnya.
Turut kelihatan, kain rentang yang tertera tulisan ‘Perjumpaan Waris Mat Kilau dari Susur Galur Anaknya, Khatijah’.
Meninjai di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada juga yang perli kononhya keluarga tersebut muncul apabila filem ini ‘pecah panggung’ dan semua itu hanya mahukan perhatian.
“Cerita meletup, barulah semua nak mengaku waris Mat Kilau, semua nak ambil kredit,” tulis satu netizen yang bersikap negatif.
Namun, komen itu dibalas semula oleh pemilik akaun TikTok itu, menjelaskan bahawa tujuan mereka bukanlah untuk menumpang nama atau mendapatkan kredit, sebaliknya ingin menyokong kehadiran filem itu.
“Bukan nak ambil kredit. Nak beritahu yang waris Mat Kilau ada saja yang sokong filem ini. Semua suka gila tengok cerita pasal nenek moyang mereka,” tulisnya.
Selain itu komen positif dapat dibaca adalah seperti
“Kenapa saya yang happy tengok diaorang berkumpul”
“Finally!! Aku Series tunggu je part macam ni “Waris Mat Kilau” Mana la diaorang ni semua, Finally keluar pun. Jika benar, Allahuakbar”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.