Bila terasa cuaca sejuk begini, mulalah kita membayangkan alangkah puas hatinya jika dapat menghirup sup cendawan yang pekat berkrim sambil dicicah pula dengan sekeping garlic bread yang penuh beraroma. Memang puas hati!

Bukan sahaja kita orang dewasa menggemari menu ini  malah anak-anak kita tidak kurang juga menggemarinya. Jadi usah hanya membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan hidangan ini untuk dinikmati bersama keluarga.

Tidak tahu resipinya?  Jangan bimbang, Hafizah Mohari telah pun kongsikan di fb dan menurutnya resipi tersebut adalah merupakan resipi daripada suaminya, dan menariknya juga secret resipi daripada hotel katanya.

Jom semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu yang enak ini.


Budak2 suka mak pak budak pun suka.. Kira makanan sihat jugak sebab byk sayur-sayuran dan tumis guna olive oil. Ni resepi dari husband fiza.

Suami Wanita Ni Kongsikan Rahsia Resipi Sup Cendawan Seperti Makan Di Hotel, Memang Pekat & Berkrim!

Secret resepi dari hotel tau.Home made Mushroom soup with garlic bread. Boleh try sendiri.. Fresh.. Sedap.. 

Suami Wanita Ni Kongsikan Rahsia Resipi Sup Cendawan Seperti Makan Di Hotel, Memang Pekat & Berkrim!

Homemade Mushroom Soup

Bahan-bahan : 

IKLAN

Bahan A
Bawang holland(hiris)
Bawang putih(cincang)
Olive oil

Bahan B
Kentang potong dadu
Cendawan butang(dalam tin)
Cendawan kering(hitam) kena rendam bg kembang
Cendawan shitakee
Batang saleri
Lobak merah
Parsley kering(dalam botol)

Bahan C
Susu dutch lady full cream
Cooking cream
Garam
Serbuk perasa(maggie cukup rasa)

Cara Penyediaan :

1.Tumis bahan A dengan olive oil sampai naik bau.

2. Masukkan Bahan B satu persatu.  Masukkan yang keras2 dulu macam kentang dan lobak. Masukkan air sedikit jika terlalu kering.. diikuti semua jenis cendawan,batang saleri dan parsley. Gaul rata. Masak sehingga empuk.

IKLAN

3. Dah empuk semua,tutup api. Biarkn sejuk. Dah sejuk kisar semua bhn B tersebut. Masukkan sedikit air jika perlu semasa mengisar.

4.panaskan atas api bhn yg dikisar tadi. Biarkan sehingga agak pekat. Api kecil ye. Masukkan susu dutch lady sedikit demi sedikit.. Gaul rata.

5. Kacau sampai pekat. Perasa kn garam dan sedap rasa.

Suami Wanita Ni Kongsikan Rahsia Resipi Sup Cendawan Seperti Makan Di Hotel, Memang Pekat & Berkrim!

5. Last sekali masukkn cooking cream. Agak2 la ye..

IKLAN

Sedap di makan bersama garlic bread dan ini resipinya:

Suami Wanita Ni Kongsikan Rahsia Resipi Sup Cendawan Seperti Makan Di Hotel, Memang Pekat & Berkrim!

Homemade garlic bread

Roti perancis panjang tu dipotong mcm dlm gambar

Butter(dicairkan dlm suhu bilik) dicampur dgn bawang putih(cincang halus) dan tabur parsley (dlm botol).. Gaul rata.. Then sapu kat depan n belakang roti..

Bakar atas api. Siap

*Tips : Sapu roti byk2,wrapping plastik masuk dlm tipuware dan bekukan.. Terasa nk mkn,defrostkn suhu bilik then bakar.. Bila bekukn bols tahan lama tau..

Selamat mencuba.

sumber : Hafizah Mohari via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI