Manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul tak? Apatah lagi bakat hebat seorang ayah kepada anaknya. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang yang mewarisi bakat tersebut.
Baru-baru ini, tular rakaman duet penyanyi lama, Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Zaki Yamani yang mendendangkan lagu ‘Gadis Melayu’ di sebuah majlis rumah terbuka.
Zaki mendapat perhatian warganet yang mengatakan gaya dan suaranya lebih kurang sama dengan Jamal, malah ada yang berseloroh suara anaknya lebih sedap berbanding bapanya sendiri.
Meninjau di ruangan komen di perkongsian Zaki, rata-rata memuji dan mengatakan suara anak lelaki Jamal sama seperti ayahnya. Malah, ada juga yang mengatakan bakal boleh melawan suara ayahnya.
Ads
Ads
Sumber : Instagram Zaki Yamani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Dynas Mokhtar yang sememangnya seorang yang aktif dalam bidang seni dan juga perniagaan.
Mengenali wanita ini, dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal kesihatan luaran dan juga dalaman.
Walaupun kini sedang hamil anak ke-4, Dynas masih lagi aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangkan sejak sekian lama.
Berkongsi detik bagaimana tahu dirinya hamil, pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan ini berkata;
‘Its an accident guys. Kalau tengok instagram saya, saya work out a lot. Tapi tiba-tiba tengok perut buncit. Perut nak period lain, dia kebawah.”
Saya cakap dengan suami..
“Eh .. You buat i pregnant yeh? “
“Jadi bila i check, bila birthday suami, saya letak dalam box (pregnancy test).”
Bila suami bukak kotak tersebut, dia ingatkan saya kena covid.
Kata Dynas lagi, oleh kerana mengandung secara tidak langsung telah mengurangkan aktivitinya.
“Saya boleh pergi ke spa, saya boleh uruskan restoran dan saya boleh buat macam-macam.’
“Alhamdullilah.. Its a girl. “ Kongsi Dynas mengenai jantina kandungannya itu.
Kata Dynas lagi, sepanjang kehamilan ini dia lebih berhati-hati memandangkan usianya sudah mencecah 40 tahun. Setiap kali scan, dia akan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik memandangkan dia mempunyai pengalaman trauma sewaktu kehamilan pertama dulu.
Baru-baru ini, Dynas telah melancarkan Syampu Wellsen x Dynas yang berlangsung di Wanra Cafe, Bukit Jelutong.
Setiap kali tampil dengan produk, ramai yang ternanti-nantikannya kerana yakin setiap yang dikeluarkan oleh Dynas pasti sesuatu yang bermutu memandangkan Dynas sememangnya seorang yang menitik beratkan banyak faktor terutamanya menganai kesihatan.
Apa yang menariknya mengenai syampu ini adalah ia akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur kerana formula yang digunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).
“Selain daripada tiada bahan kimia, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” kata ibu hamil yang kini usia kandungan mencecah enam bulan itu.
Jelas Dynas, beliau berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil.
“Perubahan hormon, stres dan salah produk antara punca masalah keguguran rambut, tambah lagi jika rambut sering diwarnakan akan menyebabkan ia rosak dan kering.
“Jadi saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui salun rambut terkenal, Wellsen.
“Pelbagai ilmu mengenai penjagaan rambut saya belajar termasuklah pentingnya bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.
“Saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut.
“Jadi akhirnya saya dan Wellsen setuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.
“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya yang memiliki rambut panjang dan lebat.
Ini kerana, katanya, terdapat kandungan berbahaya dalam sesetengah produk syampu yang membolehkan rambut tampak cantik dengan cepat tetapi akan merosakkan jika digunakan dalam jangka panjang.
“Produk ini 100 peratus buatan Malaysia, dimiliki pengusaha anak Malaysia, jadi, mereka mahu berikan terbaik dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut mesra vegan dan organik,” katanya.
Baru-baru ini, isteri kepada pelakon hindustan popular, Shah Rukh Khan dijemput menjadi tetamu dalam rancangan talkshow ‘Koffee with Karan Season 7’. Gauri Khan dalam program tersebut telah memberikan sedikit ‘nasihat cinta’ buat anak bujangnya, Aryan Khan yang kini sudah pun dewasa.
Merujuk kepada laporan dari The Indian Express, Gauri mengatakan bahawa Aryan bebas untuk keluar dating dengan sebanyak mana wanita sehingga dia membuat keputusan untuk bernikah.
Jadi, selepas dia mengambil keputusan tersebut, dia harus berhenti dari menjalinkan sebarang cinta dengan mana-mana wanita lagi.
“Keluarlah dengan seberapa banyak gadis yang kamu mahu, sampai kamu mengambil keputusan untuk bernikah, tolong berhenti dari melakukan itu semua lagi,” kata Gauri.
Walau bagaimanapun, ditanya tentang anak gadisnya pula, Suhana Khan, Gauri mengatakan yang dia berharap anak keduanya itu setia dengan satu pasangan sahaja.
“Jangan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan dua lelaki sekali gus,” tegas wanita tersebut.
Selain daripada memberikan nasihat kepada anak-anak, wanita berusia 51 tahun itu turut menitipkan pesan buat suami tercinta, Shah Rukh Khan dalam talkshow tersebut.
Katanya, dia berharap aktor hebat itu terus memberi perhatian kepadanya setiap kali mereka perlu berbincang untuk sesuatu hal dalam keluarga mereka.
“Saya ingin merasa dia selalu memberikan saya perhatian setiap kali dia bercakap dengan saya,” mintanya.
Untuk rekod, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan telah mendirikan rumah tangga pada 1991 dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Sering kali kita dihidangkan dengan kisah ibu tiri yang pemarah dan suka mendera. Namun jarang yang mengangkat martabat dan berkongsi kisah manis dengan wanita kedua dalam hidup selepas ibu kandung.
Berbeza dengan pengacara TV bagi program 9999, Anim Ezati yang baru-baru ini berkongsi kisah yang sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu tiri yang menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Anim berkongsi gambar bersama ibu tirinya beserta kapsyen menyentuh hati.
“Seorang wanita yang cukup tabah, cekal, ikhlas dan kuat semangat. Menjadi ibu tunggal besarkan kami lima beradik tanpa membezakan kasih sayang. Dia lah Ibu tiri yang ku anggap Ibu Bapa kandungku.
Terima kasih Mak sebab jaga Anim dengan baik lepas Abah dan Mama pergi. Sayang mak. Sangat,”ungkap Anim Ezati menerusi laman instagramnya.
Membaca di ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh dengan kapsyen yang ditulis oleh Anim dan ada yang mengakui ibu tiri Anim seorang yang baik dan tabah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.