Sebagai ibu ayah sememangnya kita mudah berasa cemas bila melihat keadaan anak yang muntah-muntah dan tiada pula selera makan. Lagi-lagi ketika ini, macam-macam penyakit yang menyerang kanak-kanak.
Baru-baru ini pelakon Tya Arifin juga telah melalui detik cemas apabila anak sulungnya, Arif Jiwa mengalami kesukaran bernafas dan jantungnya berdegup kencang.
Situasi ini menyebabkan Tya dan suami bergegas ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya itu.
Sudah Arif Ara Pula
Kerisauan Tya terhadap kesihatan anak-anaknya sekali lagi diuji, bila mana kali ini Ara pula muntah-muntah. Hal ini dikongsikan bersama di dalam akaun instagramnya dan menarik perhatian umum.
Dua hari ini syukur juga Tya memang bekerja dari rumah, ada jadwal personal coaching dengan my usahawan.
Jadi break lunch dan petang dah selesai, Tya boleh back to anak anak.
Tiba-tiba masa petang tu, Tya dapat tau dari kk nya, Ara muntah 2 kali.
Masa dia bangun tidur muntah semua apa yang dia makan 😳
Dan dibagi susu, dia muntah lagi..
Tak mau makan, 4 sudu je masuk.
Ads
Tya nampak dia lemas di kursi, maybe dehidrasi.
Jadi Tya terus bawa ke klinik yang sama macam abang semalam.
Huhuh mesti ibu2 kalau anak2 sakit tak tega kan, rasa baik kita yang sakit 🙁
Pergi Docter, kata doc,
Ara tengah batuk, dan dia muntah karna dia tengah keluarkan “kahak” nya.
Salah satu cara nak keluar kahak dengan muntah.
Legaaaaa…
Jadi Doc bagi ubat utk kontrol muntah, dan batuk utk Ara.
Ads
Malam ini Tya mesti tidur dengan Ara, ( kalau anak sakit Tya memang akan bermalam skin to skin dengan mereka) sampai dia sembuh..
Meninjau di ruangan komen nyata ramai yang mendoakan agar Ara segera sembuh dan ada juga yang memberi komen mengiyakan bahawa sekarang ini ramai anak-anak yang demam dan sakit.
Musim buah ni.mkate org Melayu..tak anak..Kecik basa ..sehat2 ye nak 😍
Sarapan apa pagi ini? Itu antara soalan yang memeningkan kepala kan. Kalau asyik ulang menu sama setiap pagi, tak nasi lemak, roti bakar atau roti canai. Atau bihun goreng. Anak-anak pun bosan.
Jadi, admin nak kongsikan resipi sarapan yang simple tapi sedap perkongsian dari oleh Puan Zatil Arip.
Ibu ni mengolah tortilla wrap untuk buat breakfast dip ala nachos. Menarik kan, sihat pula tu.
Resepi Breakfast Dip Guna Tortilla Wrap
Hari tu saya beli gardenia wraps walaupun masa tu tak ada idea nak masak apa lagi. Tapi anak-anak tak berapa minat makan wrap. Isi je dema kutip nanti. Saya dok pikir apalah nak dibuat dengan gardenia wrap ni?
Maka tercetuslah idea resepi sarapan mudah ni pagi tadi.
Bahan-bahan
Bahan Telur Hancur (scramble eggs)
4 biji telur
Setengah cawan susu segar
Garam
Lada hitam
Tomato-dadu
Bawang-dadu
Daun ketumbar-hiris
Sehiris lemon
Cara nak buat boleh rujuk gambar di bawah:
Cara menukarkan wrap kepada tortilla chips:
1. Sapu wrap dengan minyak zaitun.
2. Potong menjadi bentuk segitiga-segitiga kecil.
3. Tabur garam dan lada hitam jika suka.
4. Bakar suhu 180°C selama 7 minit atau sehingga kerangupan yg disukai.Siap chips utk dicicah dengan telur hancur dadih
Cairkan mentega, masak telur api perlahan je sambil kacau2Soft & curdy scramble eggsPerah lemon sikitTaburlah apa yang kita suka nak cicah sekali. Kalau masuk timun potong dadu pun sedap ni “Umi esok buat macam ni lagi tau!” Haa..berjaya ler tu.
Beberapa bulan lepas, adik bongsu saya yang kini tingkatan 4 di MRSM ada minta nak pindah sekolah menengah harian.
Biasanya orang akan pujuk supaya jangan keluar sekolah sebab bukan senang nak masuk MRSM.
Tapi, keluarga saya tidak.
Nak keluar, keluar. Tapi fikir masak-masak, jangan menyesal di kemudian hari.
Saya pula, lagi ekstrim. Siap tanya
– Hala tuju lepas habis sekolah.
– Kalau sekolah harian, boleh disiplin ke bangun pagi tanpa mak kejut?
– Solat tanpa disuruh?
– Kalau sekolah asrama ada prep petang dan malam, kalau duduk rumah dia nak buat apa?
Kalau adik saya jawab, dia nak belajar skil kemahiran contohnya belajar main piano, belajar buat kek atau belajar buat coding. Lepas itu, boleh disiplin seperti di sekolah asrama. Pasti saya cakap,
Gambar hiasan
“Ok, baguslah keluar”.
Tapi kalau waktu cuti balik rumah, tidur lambat, bangun pun mak kena kejut, bilik pun mak yang kemas atau kerja rumah pun tak buat. Masa terluang banyak main game, lebih baik duduk asrama sahaja.
Saya minta adik saya fikir masak-masak. Yang sekolahnya dia, bukan kami. Tiba-tiba adik saya kata tak jadi keluar asrama.
Rupa-rupanya, adik saya stress dengan exam IGCSE risau tak sempat ulang kaji. Yuran mahal, kalau tak dapat cemerlang macam buang masa ambil exam itu. Lebih baik fokus subjek SPM terus.
Mak ayah saya turutkan sahaja kehendak adik saya, sebab dia lebih tahu kemampuannya sendiri.
Saya juga ada 2 orang adik lelaki lain yang Sekolah Rendah Kebangsaan Cina sejak tadika, dengan harapan mereka pandai berbahasa cina.
Masa salah seorang adik saya darjah 6, dia beritahu mak ayah nak pindah sekolah kebangsaan biasa. Katanya risau tak dapat 7A UPSR, lagipun kadang-kadang cikgu ajar subjek sains dan matematik dalam bahasa cina. Mungkin susah untuk adik saya faham di dalam kelas.Saya pula memang batu api sikit suka cabar adik saya kalahkan keputusan UPSR saya 4A (je pun).
Mak saya turutkan permintaan adik saya, tapi adik saya kena janji kena belajar sungguh-sungguh. Semangat betul mak saya naik turun PPD nak uruskan sekolah anak-anak. Padahal 6 bulan sahaja lagi UPSR. Daripada nombor corot, terus jadi pelajar terbaik sekolah. Akhirnya, dapat juga 5A UPSR, tingkatan 1 hingga 5 belajar di MRSM.
Pilihan sekolah di MRSM juga adalah pilihan adik saya sendiri.
Cuba bayangkan kalau ibu ayah saya tak bertegas dan tak beri adik saya pindah sekolah. Pasti sampai bila-bila adik saya cakap,
“Itulah, dulu Aman nak pindah sekolah biasa tak bagi”
Anak itu akan sentiasa menyalahkan ibu bapanya kerana kononnya tidak mendengar kemahuan anak sendiri. Pendapat saya, sekolah hanyalah sekolah iaitu tempat belajar. Mana-mana pun sama, yang penting individu itu sendiri. Tidak perlu terlalu taksub dengan label sekolah. Terpulang pada anak itu membawa diri di sekolah .
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya, tetapi dalam masa yang sama kita perlu juga mendengar keluhan anak. Ajar juga anak untuk berfikir secara rasional kebaikan dan keburukan apabila melakukan sesuatu perkara.
Gambar hiasan
Baru-baru ini viral tentang adik Akmal Hazim, software engineer berumur 17 tahun. Sebelum ini pernah belajar di MRSM Bentong pada Feb 2018 hingga Mac 2019.1 tahun sahaja belajar di MRSM, mungkin kerana mahu fokus kerjaya beliau juga.
Saya pasti kalau beliau kekal sekolah berasrama, terikat dengan prep pagi dan petang dan larangan bawa telefon bimbit dan komputer, pasti susah untuk beliau capai ke tahap ini.
Sekolah mana-mana pun boleh berjaya, yang penting anak ada “intrinsic motivation” (motivasi dalaman) untuk belajar dalam apa-apa bidang yang dia mahu.
Saya juga ada pengalaman keluar asrama semasa 3 bulan sebelum SPM sebab ada masalah elergi makanan, entahlah waktu itu tiba-tiba elergi makan ayam.
Penyudahnya menyesal keluar asrama sebab susah nak disiplin belajar di rumah. Belajar sekejap, tengok TV, pantang mak ayah keluar mesti saya nak ikut. Sudahnya keputusan SPM saya tak capai target yang saya mahu.
Nasib ada peluang lagi nak tebus kesilapan masa SPM, saya belajar “gila-gila” masa matrik.Alhamdulillah dapat ambil bidang yang saya mahu, terapi cara kerja.
Sebab itu, sekolah berasrama atau sekolah harian memang sangat bergantung kepada anak itu sendiri.
Kalau anak jenis susah nak disiplin diri untuk belajar macam saya, baiklah masuk asrama.
Kalau anak jenis cemerlang walaupun di sekolah harian, boleh disiplin dan dalam masa yang sama ada target lain yang dia mahu capai, contohnya minat buat kek, jahitan, muzik, melukis atau coding macam adik Akmal Hazim. Eloklah ikut kehendak anak.
Lepas itu kena juga lihat kesediaan anak untuk berjauhan dengan keluarga. Kalau tingkatan 1 anak tak bersedia, eloklah tunggu tingkatan 4 nanti baru masuk asrama.
Sekadar pendapat tentang sekolah asrama dan sekolah harian.
Apa pendapat mak ayah lain?
Kadang-kadang setiap ibu bapa ada pendapat dan cara tersendiri dalam mendidik anak masing-masing. Yang penting tujuannya adalah sama, ingin melihat anaknya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.