Siapa sahaja yang tak suka makan mi segera bukan? Menu ringkas yang enak dimakan pada bila-bila masa. Boleh dikatakan bukan sahaja ketika  zaman kanak-kanak, malah bila sudah berkeluarga sekarang ini pun sekali sekala teringin juga menikmati mi segera tersebut.

Pun begitu, ada satu video berkenaan mi segera ini yang cukup menarik perhatian yang dikongsikan di aplikasi TikTok yang menunjukkan sebuah keluarga ini menyambut Hari Lahir ahli keluarganya dalam suasana yang cukup meriah dan apa yang menariknya apabila kek yang dibawa adalah dibuat daripada mi segera!

Suka Sangat Makan Mi Segera, Gadis Ni Dapat ‘Kek Istimewa’ Dari Keluarga. Memang Rare Sungguh!

Keluarga Sepakat Bagi Kek Maggi 

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga meraikan hari lahir seorang gadis dan difahamkan dia sangat suka makan maggi dan sekali gus memberi satu idea istimewa untuk meraikan sambutan hari lahirnya kali ini.

@abdulcicis Birthday girlnya suka makan maggi #foryoupage #fyp ♬ Oh No – Kreepa

Apa yang mencuri tumpuan adalah kek hari jadi yang dibawa oleh seorang perempuan kepada gadis tersebut.

IKLAN

Suka Sangat Makan Mi Segera, Gadis Ni Dapat ‘Kek Istimewa’ Dari Keluarga. Memang Rare Sungguh!

Ia bukanlah kek biasa tetapi kek maggi yang dihias dengan riben dan lilin. Bahkan bukan itu sahaja, siap boleh tarik duit lagi.

Suka Sangat Makan Mi Segera, Gadis Ni Dapat ‘Kek Istimewa’ Dari Keluarga. Memang Rare Sungguh!Suasana yang terakam cukup meriah dan indah dapat dilihat. Pastinya akan menjadi antara momen yang tidak akan dilupakan buat keluarga ini.  Lebih-lebih lagi buat ‘birthday girl’ yang diraikan.

Dalam pada itu apabila meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dan seronok melihat gelagat keluarga ini yang begitu kreatif hingga ada yang teruja untuk melakukan perkara yang sama.

Malah tidak kurang juga yang menyakat mengatakan kek ini lebih jimat, nanti bila lapar boleh rebus dan ‘duit tarik Jutaria’ boleh buat main.

IKLAN

Sumber : @abdulcicis

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI