Ikan terubuk memang sedap dan enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Apa lagi jika dibuat ikan bakar yang dicicahkan bersama air asam, tentu makan nasi bertambah-tambah.
Namun yang menjadikan kita malas dan berfikir dua tiga kali untuk makan ikan terubuk adalah kerana tulangnya yang mengganggu kelancaran proses makan. Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.
Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.
Ads
Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.
Ads
Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.
Ads
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak membuat donut ini memang nampak sahaja mudah, tapi untuk dapatkan donut yang betul-betul kita rasa puas hati dengan bentuk, tekstur dan rasanya bukanlah semudah yang disangka.
Tentu anda juga pernah alami pengalaman yang sama ketika membuat donut bukan? Umpamanya bila donut sudah sedia hendak digoreng tiba-tiba kita hendak angkat masukkan ke kuali, melekat pula pada bahagian bekas. Akhirnya bentuk donut berubah tidak lagi membulat seperti yang diharapkan.
Selain itu, ada juga yang bila donut digoreng nampak cantik di dalam kuali, tapi ada yang masih tidak puas hati sebab tiada ring terbentuk di sekeliling donut. Bukan itu sahaja, lagi geram dibuatnya jika donut yang dimasak tidak gebu teksturnya. Hendak dimakan pun kurang enak rasanya.
Jadi berkongsi cara untuk mendapatkan donut yang sempurna, cantik dan semestinya gebu untuk dimakan, wanita berumur 50an ini berkongsi tip dan resipi untuk lebih ramai mengetahui cara menyediakan donut terbaik.
Ini perkongsiannya;
Dah umur 50an, 20 tahun lebih jadi isteri orang baru pandai buat donat/bomboloni ada ring dan tak serap minyak… hehehe…Tak terlewat
Lihat history post kat MAHN, mesti lucu tengok gambar donut masa mula belajar. Rupanya hanya perlu tahu teknik rounding dan masak sahaja. Resepi kebanyakkan sama semuanya. Belajar dari gugel, tiada guru PJJ berbayar, jadi, kalau nak tahu, boleh la kita share share ilmu. Jika ada nak tahu…
Resepi kalau biasa buat, sama saja. Cuma teknik rounding tu bagi cantik. Try search “cara rounding donat” kat youtube jika nak belajar.
Ini resepi (edit sedikit untuk kesesuaian diri sendiri) :
Adunan ini menghasilkan 12 biji donut berat 40gr
Bahan A
Setengah paket yis segera + air setengah cawan + susu 3 sudu, kacau, tutup dan biarkan sebentar supaya pasti yis tiada masalah. Bahan B
1 setengah cawan Tepung Protein Tinggi (Tepung Roti)
1/2 cawan tepung gandum serbaguna (saya guna tepung cap rose)
1 biji Kentang (sudah di rebus & lenyek)
1 sudu besar Gula aising/kastor
1 sudu kecil Bread Improver ( pilihan, kalau tak nak letak pun tak apa)
2 sudu besar Susu Serbuk
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 cubit garam
1 sudu besar Mentega/Marjerin
CARA-CARANYA :
Campur semua bahan B, gaul/masukkan dalam bread maker. Lepas tu bahan A dituang sedikit demi sedikit hingga adunan tak lekat dibekas/tangan.
Jika menggunakan BM, pilih mode dough, bila dia berhenti kali pertama (dalam 30 minit), terus keluarkan untuk tujuan rounding (saya tidak pruf dan tumbuk buang angin untuk buat roti/donut)
TIPS PENTING CARA MENGETAHUI DOH TELAH SEDIA/SESUAI :
1. Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit, supaya nanti x terlebih lembut & adunan hingga susah di bentuk.
2. Apabila doh dipegang akan rasa melekat sikit di tangan. Kalau x melekat laangsung tu tanda kurang cecair sikit. Kalau pegang sanagt melekat itu tandanya terlebih cecair.
*Setiap tepung mempunyai kelembapan & tahap serap air yang berbeza, sebab itu kena tuangkan cecair sedikit demi sedikit.
CARA MENGETAHUI TAHAP PROOF DOH : Underproof : Apabila jari di tekan pada doh, doh memantul semula ke bentuk asal tanpa meninggalkan kesan. Proofed : Jari di tekan, doh memantul secara perlahan dan kembali sehingga separuh bentuk asal sahaja, ( tidak kembali 100%) Overproof : Apabila, jari di tekan, doh tak memantul lagi, dan kesan jari kekal sama.
TIPS MENGURANGKAN SERAPAN MINYAK KETIKA MENGGORENG :
1. Buka penutup atau kain tutupan doh 10 hingga 15 minit sebelum di goreng, agar permukaan luarnya menjadi sedikit kering & apabila di goreng mengurang penyerapan minyak. Pastikan di buka sewaktu belum proof sepenuhnya.
2. Goreng api yang perlahan (macam tak nampak dia berbuih goreng tu, masak pelan jer minyak dalam kuali tak berbunyi). Nampak kaler perang kat bawah, alihkan sekali (jangan alih banyak banyak kali).
TIPS Tambahan :
Nak rounding tu, pastikan bulat cantik dan letak atas kertas tabur sedikit tepung. Senang nak angkat goreng satu satu. Kertas 4 segi kecik kecik (saya guna A4 paper, potong jadi 6 keping)
SELEPAS ROUNDING, tunggu 10-20 minit, lepas tu leperkan dan lubangkan (saya guna penutup botol). Kemudian pruf lagi 30 minit sebelum goreng.
Biasanya tidak menunggu lama sebab untuk rounding dari pertama sampai ke akhir tu, lebih kurang 10-20 minit, jadi, selepas selesai kita rounding, kita dah boleh start leperkan sedikit dan tebuk lubang satu demi satu. Jika buat laju, boleh la tunggu sebentar.
Selamat berjaya .
Kalau kita lihat gerai-gerai yang menjual buah ketika ini, mesti mata kita akan tertumpu pada longgokan buah durian yang banyak di bahu jalan. Harumannya begitu semerbak, dari jauh sudah dapat dihidu hingga buat ramai peminat raja buah tidak sabar untuk menikmatinya.
Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga sering dijadikan tempoyak iaitu yang dibuat daripada isi buah durian. Isi durian itu diasingkan daripada bijinya dan akan disimpan di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Pun begitu, apa kata hari ini anda sediakan sambal bilis tempoyak seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Menu ini nampak begitu menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan tempoyak segar
20-25 biji cili padi – kisar @ tumbuk
Petai secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Ikan bilis – kisar @ tumbuk
Bawang merah dan putih – kisar @ tumbuk
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk sehingga wangi dan masak.
4.Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih.
5.Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sesekali tekak kita terasa jemu juga menjamah nasi, kalau boleh enak juga jika dapat pekena mee hailam yang berkuah banjir dan ‘mewah’ dengan daging, sotong dan udang. Memang puas hati menikmatinya.
Pun begitu, tidak semua restoran atau kedai makan menyediakan mee hailam seperti yang dibayangkan. Kadang-kadang bila dipesan, dapat pula mee hailam berkuah cair dan ramuannya tidak berasa.
Jadi apa kata anda sediakan sendiri memandangkang tidak susah mana pun untuk menyediakan menu mee hailam ini.
Apatah lagi dengan perkongsian resipi daripada Puan Hasniza Hassan, kuah mee hailamnya agak istimewa dan lain sedikit kerana perlu ditumis dengan lada hitam. Sekali gus menjadikan kuah lebih berasa dan berempah.
RESIPI MEE HAILAM
BAHAN-BAHANNYA:
bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.
2. Tumis sehingga wangi dan kekuningan.
3. Kemudian, masukkan daging dan tambahkan air.
4. Selepas itu,boleh masukkan air rebusan kulit udang jika ada dan biarkan mendidih untuk daging empuk.
5. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.
6. Masukkan udang dan sotong tetapi jangan biarkan terlalu lama.
7. Lalu, masukkan hirisan cili dan tomato serta garam dan gula secukup rasa.
8. Masukkan hirisan kobis dan masak seketika.
9. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sawi dan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520