Pelakon terkenal, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar memaklumkan anak sulung mereka, Wan Khair Amir selamat menjalani proses berkhatan pada usianya 30 hari.
Perkongsian tersebut dimuatnaik hos program Nona menerusi laman instagramnya.
“Ketahuilah Papa dan Mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa sunat/khatan!
“Mama menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. Papa tak menangis, tapi ngilu. Tapi sepanjang masa sehingga selesai; kamu tenang dan senyap.
Ads
“Senang doktor nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan (sunat) sudah lepas, bawah (buang air besar) pun sudah lepas.. you’re a cool baby.
“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!,” tulis Emir panjang lebar.
Perkongsian pasangan ini meraih perhatian ramai termasuklah rakan selebriti. Ada yang mengakui anak berhatan awal sangat mudah dijaga dibandingkan apabila sudah besar.
cyrabubu Alhamdulillah! inshaAllah 2 hari dah kering! sgt mudah jaga baby boy sunat 😍😍😍 #sunnahrasulullah
adilalmi Alhamdulillah inshaAllah sunat time baby ni actually lg cpt sembuh. Baby saya sunat time 4bulan. Dlm seminggu je dh sembuh.
aisyaaajasmeen Sejak ada anak la baru faham macam mana mak kita sayang dan jaga kita dari kecil. Alhamdulillah diberi rezeki merasa menjadi seorang ibu. Penat tapi menghiburkan dan InshaAllah menjadi kenangan indah untuk dikenang sampai bila2. Buat yang belum ada rezeki menjadi ibu, dont worry Allah bagi peluang honeymoon lama & rezeki jaga parents / family dengan ada kelapangan masa dan tenaga ❤️ semoga ada rezeki buat kalian. All the best moms 💪🏼
Sekadar info, Mira Filzah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.
Cara nak buat baja untuk pokok bunga mahupun sayuran mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Kalau sebelum ini admin kongsikan tip menggunakan roti. Kali ini kita cuba pula guna yakult dan juga telur.
Cuma guna sebotoi yakult gan 2 biji 🥚🥚, telur tu saiz apa pon tak pa. Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai2 la adjust nisbah dia.
Cara dia campur telur dengan yakult dalam satu bekas yg boleh tutup rapat, campur dan goncang2.
Peram dalam 3 hari, dah 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur gan 1 liter air.
Lg best campur dgn air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boley.
Dah masuk dalam botol spray tu kan, yg balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak 🙊 Kalau nak siram ke tanah pon sama ja. Campur pas tu siram..
Segala jenih pokok boleh, pokok bunga 🌷🌹🌻🌺, pokok sayuq 🥬🥒🥦🌶️🌽, pokok buah 🍈🥭🍓🍇🍉 spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing2.
Spray/ siram pagi2 nah..selalu pokok bunga sy spray, pokok sayur sy siram..
Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak aii besaq gedabakk. Pucuk mencacak naik. Bunga pon makin meriah. Buah pon tembun2.😁
Indoor plant sy tak letak..hehe paham2 la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian ketika satu sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik @RitaRudainiFC, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad membacakan pertanyaan seorang netizen ketika sesi siaran langsung tersebut.
“Ada orang tanya, ‘Bagi tak kalau Mommy nak kahwin lagi?’
Rayyan dan Qaqa yang berada di belakang Rita ketika sesia live berlangsung dengan pantas terus menjawab soalan tersebut.
“Tak payahlah, Mommy tak payah kahwin lagi.
“Mommy seorang pun dah cukup dah,” kata mereka.
Lebih menyentuh hati bila mana Rita sendiri memaklumkan yang dia tidak akan berkahwin lagi sambil memeluk erat kedua anaknya itu.
“Hah dengar itu korang. Mommy tak akan kahwin lah sebab mommy nak duduk dengan Rayyan dan adik.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen tiga beranak itu.
Terdahulu Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Qaqa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ada antara kita yang pernah menanam jagung di laman rumah, apatah lagi buat mereka yang gemar bercucuk tanam. Pun begitu, ramai juga yang berasa kecewa bila melihat tanaman jagung tidak menghasilkan tuaian jagung yang padat isinya.
Lantaran itu, apa kata anda ketahui cara atau langkah-langkah untuk pastikan tanaman jagung dapat dituai dengan sebaiknya. Ini seperti mana tips yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
Menurut perkongsiannya ada 12 langkah yang boleh dipraktikkan untuk dapatkan hasil jagung yang padat isi. Nak tahu lanjut jom kita baca perkongsian di bawah.
12 Steps Paling Mudah Tanam Jagung Tepi Rumah
Minggu lepas saya kutip jagung yang ditanam oleh Muhammad Aqeel. Aqeel anak kedua saya, usia baru 5 tahun.
Aqeel tanam tak banyak, hanya 4 point sahaja. 1 point 2 biji benih. Tanam biji terus di dalam petak tanaman.
Hanya 5 pokok yang hidup. Walaupun 5 pokok, hasilnya sangat ohsem. Dapat 8 tongkol. Ada 3 pokok yang hasilkan 2 tongkol buah jagung. Yang paling bestnya, semua 8 tongkol tu gred A dan isi ketat – ketat.
Aqeel tukang tanam je ya. Bila dah tumbuh, abahnya yang tolong jaga.
Baik ini tipsnya.
1. Tanam dalam petak tanaman guna tanah campuran. Nisbahnya 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian organik.
2. Tanam biji jagung secara terus. 2 biji benih untuk 1 point. Caranya tekankan biji benih hingga tenggelam lebih kurang 1 inci. Siram dengan sedikit air untuk lembabkan media. Aqeel tanam 4 point.
3. Semua benih (8 pokok) mula bercambah selepas 3 – 5 hari lepas tanam. Hanya 5 pokok sahaja yang nampak sihat, yang bakinya saya cabut. Ini salah satu kekurangan bila tanam secara terus.
4. Bila anak benih dah tumbuh, siram dengan air kosong setiap hari. Anggaran kuantitinya antara 200 – 500 ml setiap point.
5. Umur 10 hari dah boleh start siram air baja. Saya guna kaedah siraman. Guna larutan baja subur NPK Larut Air 18.18.18 + Mikro dengan kepekatan 2.0 mS. Siram lebih kurang 500 ml satu point.
6. Ulang langkah no 5 dua kali seminggu hingga pokok berusia 20 hari. Hari yang tak siram baja, perlu siram dengan air kosong paling kurang 1 kali sehari.
7. Kawalan serangga dan kulat juga perlu dibuat bermula umur pokok 10 hari. Saya guna racun organik buatan sendiri (bio pesticid + cuka kayu). Eloknya sembur pada awal pagi.
8. Ulang langkah no 7 dua kali seminggu hingga hasil boleh tuai. Kadang – kadang tu, seminggu sekali pun ada saya sembur.
9. Bila pokok umur 21 hari, siram 2 kali seminggu dengan air baja subur. 1 liter 1 point pada kepekatan 2.0 mS. Siram air kosong pada hari yang kita tidak siram air baja.
10. Ulang langkah no 9 hingga pokok berumur 30 hari.
11. Bila pokok berusia 31 hari, siram dengan baja strong @ NPK larut air 12.12.36 + mikro dua kali seminggu. 1 – 2 liter 1 point pada kepekatan 2.5 mS.
12. Ulang langkah no 11 hingga pokok dah boleh tuai. Biasanya antara 63 – 70 hari lepas tanam.
Kaedah ini saya telah uji tanam berkali – kali. Ada yang ditanam dalam pasu, tanam dalam tong cat dan ada juga tanam dalam tayar. Alhamdulillah hasilnya saya sangat puas hati, buah semua gred A dan isi pun penuh.
Paling seronok dan puas bila dapat makan hasil fresh yang kita tanam sendiri. Bukan setakat segar, malah cantik dan tiada serangan perosak serta 100% bebas racun kimia.