Memang benar kata perpatah, Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Yang Lain”. Jasa dan baktinya akan dikenang walaupun terputus hubungan. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kasih sayang seorang guru Pendidikan Khas SMK Tengku Kudin, Raub Pahang, Cikgu Mohd Khairul Che Hassan memeluk cium pelajarnya tanpa mengira bangsa di majlis perpisahannya sempena pemergiannya ke sekolah baharu.
Video tular itu telah menarik perhatian netizen yang melahirkan rasa sebak dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru berkenaan. Biarpun tiada pertalian darah, namun tanggungjawab yang digalasnya menjadi amanah buat dirinya untuk mendidik anak-anak bangsa walaupun mereka pelajar istimewa.
Video yang dikongsi oleh Mohd Raizuddin Abdullah telah menarik perhatian ramai.
“Cikgu Khairul suka bercucuk tanam, dan pandai memasak. Segala ilmu yang dia ada akan cuba dicurahkan sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar istimewanya.
“Sebenarnya hampir 10 tahun juga Cikgu Khairul mengajar di SMK Tengku Kudin. Cikgu ni yang banyak mengajar pelajar pendidikan khas ini berdikari. Contohnya pertanian, penternakan, memasak, dan ada juga di antara bekas pelajarnya sudah berjaya dan bekerja sendiri.
Cikgu Khairul bagaikan ayah dan anak, rapat dengan pelajar dan Ibu bapa pelajar pun turut menyenangi cikgu ni.
“Ada satu kata-kata beliau yang sangat menyentuh hati ketika majlis perpisahan…’ Andaikata masa hari hisab saya di padang Mahsyar nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..’ Itu yang buat kami semua sebak..”
KASIH SAYANG SEORANG GURU TANPA MENGIRA BANGSA!
Cikgu ni peluk cium TANPA MENGIRA BANGSA!!! Betapa sygnya cikgu ini kepada anak-anak istimewacredit : Rhye Zhue PhotoVideo
Posted by Nelydia Senrose Fans on Saturday, 29 June 2019
Tahniah Cikgu Mohd Khairul Che Hassan menjadi inspirasi buat anak-anak dan ibu bapa dalam mendidik anak-anak penuh dengan kasih sayang yang mendalam. Biarpun anak itu punya kekurangan diri, namun jika didik dengan penuh berhemah dan kasih sayang, ada sinar kehidupan yang lebih baik untuk masa depan mereka.
Sumber: Mohd Raizuddin Abdullah via www.gpsbestari.com